Monday, December 20, 2010

Tugu Negara aka Pakcik Tan


Gua tau ramai daripada Lu orang yang dah 10 - 15 tahun duduk kat KL ni pun, tak pernah jejak kaki kat Tugu Negara ni. Patung besar yang diperbuat daripada Gangsa ni ni terletak tak jauh daripada bangunan Parlimen. Gua cakap kat Adik, ni la dia Pakcik Tan waktu siang...Bila malam dia akan bangun carik budak yang lambat tido...



Selamat Hari Jadi Siti Fareesya Najwa


Hari Adik lahir ni adalah hari yang sama mak Gua gi Mekah tahun 2006 dulu. Gua ingat lagi, lepas je Ummi selamat deliver dia ni dulu, Gua pun tengah kelam kabut nak uruskan untuk hantar Mak Gua gi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Mak Gua pun tengok Baby ni through digital camera je.




Selamat Hari Jadi ke 4 tahun Sayang Abah... Semoga jadi budak baik yang jauh lebih baik dari Abah kau ni...


Friday, December 17, 2010

subanggalaxy.rocks.it


Kata rockers... URL pun kena rock la jugak... Address baru blog gua yang juga boleh diakses melalui http://subanggalaxy.rocks.it

Sekolah Kat Atas Kapal


Ni nama sekolah Adik next year. Branch baru kat Nusa Subang. Nak register masuk je, habis RM1K budget hujung tahun.Nasib baik bulan-bulan ada diskaun sebab branch baru...

Notis Block Kereta Orang


Ummi masa kat tempat kerja dia memang suka parking ikut sedap dia je... Kalau dah takda parking sangat, main block je kereta orang. Akibatnya, dah berbalar-balar dah kereta dia sebab kene calar ngan manusia yang tak reti nak sabar. So diharapkan notis ni dapat membantu diaorang ni reti-reti sikit nak call dulu owner kereta sebelum melepaskan kemarahan...

D.A.D. Untuk Isteriku


D.A.D. ni bukannya Abah ke, Bapak ke, Ayah ke apa.... Ni brand accessories kereta yang ala-ala VIP styler kononnya camtu... Dalam tengah-tengah bulan ni, budget pun tak berapa ada nak beli emas, berlian, intan, permata, sempena Wedding Anniversary kita minggu depan... So terimalah cermin pandang belakang jenama D.A.D. ni untuk kereta Vios mu...Ada berlian jugak...

Thursday, December 16, 2010

Subwoofer DIY Kedai Bengkel Kereta


First time Gua tengok. Gua jumpa kat workshop area USJ tadi masa nak pasang spring Bilstein E36 kat Avanza Gua. Apek ni memang creative.. Gua tak tau la macam mana bunyik dia sebab dia tak pasang.

Untuk Dijual.. BMW 318 Spring Belakang


Gua rasa bukan setakat budak Avanza je carik spring ni... Budak Grand Livina pun sibuk carik spring E36 ni. Kedai potong pun dah start jual mahal sekarang. Kalau 4 tahun lepas, boleh dapat lagi dalam RM120. Sekarang sampai RM200 pun ada. Sapa-sapa nak, offer kat Gua sekarang sebelum barang terjual. Gua bagi sekali dengan Spring buffer sekali. Kat Brothers, spring buffer je dia jual RM80. Kali ni Gua bagi free je. Kalau Avanza pakai spring ni, lowered 2 jari setengah je dari fender.

BMW E36 Bilstein Coil Spring


Barang baekk. Gua dapat free masa angkat bodykit avanza kat member minggu lepas. Ni spring pakai kat M3 ni...

Wednesday, December 15, 2010

Sungai Penchala International Motorshow

Lu ada ke gambar posing ngan Satria Neo Lotus Racing ni

Gua malas nak bersesak-sesak gi PWTC tengok KLIMS yang berlangsung minggu lepas. Najmi merengek-rengek nak tengok kete kat KLIMS. Ada Bumblebee and Bat Mobile kata dia. Ceh..Tiket dah la mahal...Dengar citer feedback orang yang pegi tahun ni, tak banyak kete yang best-best pun.

1 Muharam lepas, gua bawak jugak la Najmi gi seberapa buah showroom kereta kat area Sungai Penchala dan Mutiara Damansara (Mukim Sungai Penchala jugak dulu ni). Mula-mula gi Proton Showroom kat Mutiara Damansara (Sebelah Tesco). Besar gak showroom ni. Niat di hati nak test drive Proton Inspira. Tapi salesperson hari tu pulak kata takda kunci hari tu. Tak tau la dia kelentong gua ke apa.

Posing kat Mini Cooper ni nampak macam kereta sendiri

Pastu singgah la kat salah satu Mofaz punya Showroom. Bukannya apa.. Nak bergambar dengan kete mahal jek. Cuma masa kat showroom VW, ada satu showroom continental car yang harga juta-jutaan. Gua tak berani nak ambik gambar, pasal salesman tengok semacam jek. Ada Lambo yang harga RM1.2 juta, Bugatti yang harga RM1.6juta..Jakun jugak gua.

Subaru Imprezza Hatchback


Subaru Forrester