Monday, February 13, 2012

Berpukong


Anak Banjar, kalau tak merasa pengalaman berpukong, belum 'True' lagi... Dalam 3 orang anak Gua, cuma Nubaid seorang sahaja yang dah merasai fasa pertama sebagai pengiktirafan Anak Banjar...

Lu tau tak, masa Gua kecik-kecik dulu, Gua boleh tidur dengan lenanya kalau tidur buai secara berpukong macam ni...Bom meletup sebelah rumah Gua pun, Gua boleh lena tidur dengan selambanya kalau berpukong macam ni...

The Soup Was Too Hot For Him

Gua dulu masa kecik, kalau kaut nasik dalam pinggan, nasik panas sangat, Gua akan bukak kipas meja, dan sejukkan dulu nasik Gua.. Tak sangka tabiat Gua itu telah di 'follow' oleh Najmi mengikut peredaran zaman...

Wednesday, February 8, 2012

Terima Kasih Kepada Yang Mengingati

Umur meningkat setahun lagi.. Buat isteri tercinta, anak-anak, ahli keluarga serta sahabat yang mengingati dan mengucapkan selamat kepada Gua, diucapkan ribuan terima kasih.. Doakan Gua panjang umur dan murah rezeki..

Friday, February 3, 2012

Konsert Artis Luar


Tak pernah Gua pegi konsert artis luar macam ni.. Hari tu Napalm Death pun Gua duduk kat luar je sebab ticket mahal.

Apa-apa hal pun, album Evanescence kali ni macam kureng sikit. Gua tak tau apsal. Cuma satu lagu ni je yang gua suka dengar..

Wednesday, February 1, 2012

Nadi Baru

Gua tengah berkira-kira nak sumbat engine K3-VET dari Daihatsu YRV ni masuk Avanza Gua. Mula-mula, kena kumpul modal dulu. Ikut harga Mudah.my, halfcut YRV complete, boleh dapat dalam lingkungan RM5000 - RM6000. Cuma kalau nak masuk engine ni 'north - south' orientation, lepas ke tak.. sebab kete Gua rear wheel drive. Kalau setakat nak masuk kenari ke, kelisa ke, myvi ke, takda hal sangat.
Kalau projek Gua ni menjadi, "kpesh..kpesh.." la kereta Gua lepas ni... Exora CFE pun selamba je Gua cucuk...

Monday, January 30, 2012

Hidupkan Api Untuk Hujan

Set Fire To The Rain... Kalau tajuk lagu band hardcore ni, memang sesuai untuk band-band emo core macam Band Dicky dulu, Reprisal... haha.. Kalau band Deceased gua still ada lagi, memang Gua akan cover lagu ni.. Main style Anarcho Punk macam Conflict ke..Tak tau la macam mana bunyik dia.. Tapi dulu lagu Siti Norhaliza pun band Gua boleh Punk kan...

Ni pulak lagu Someone like you versi Rock.. Gua ada band nanti, lagu ni pun akan Gua punk kan...

Senaman Untuk Yang Malas Bersenam

Baru-baru ni Gua punya officemate kena heart attack dia awal umur 30 'an. Ada saluran jantung dia yang tersumbat. Pheh.. Kalau nak ikutkan umur, Gua 3-4 tahun tua dari dia...Badan Gua pun besar sikit dari dia.. Cuak Gua..


Semalam bila Najmi bersungguh-sungguh ajak Gua gi temankan dia main beskal kat Tasik Kelana Jaya, Gua sekeluarga follow je..Keluar gak sikit peluh. Malam isnin ni nak gi main batminton pulak...

Friday, January 6, 2012

Adam Adli

Memang rebel.. Muka ada iras-iras Atan Parkinson.. Gua memang salute Lu sebab turunkan bendera Najib kat PWTC hari tu... Kah Kah Kah...

Tuesday, January 3, 2012

Gua Terharu...

Najmi memang suka melukis.. Bila malam tadi dia cakap kat Gua yang dia nak lukis potrait Gua, maka Gua pun duduk 'still' dan biarkan dia lukis gambar Gua... Bila siap, Gua suruh dia tulis kat sebelah Gambar tu, 'Ini Abah Saya' dan gua pun tangkap gambar yang dia lukis untuk Gua abadikan di dalam blog Gua sebagai kenang kenangan..


Pastu dia naik atas, masuk bilik, lukis gambar Ummi dia pulak...

Gua pakai jersey Argentina masa ni...