Monday, March 29, 2010

PSP Tiruan


Aku nak tolak PSP tiruan ni starting price RM200 (Tambah RM10 untuk postage). Sapa nak boleh contact aku. Baru lagi dan tak pernah pakai. Spesifikasi:
Memori - 2GB
Display - 4.3" (sama macam sony PSP) QVGA 1600k-true color
Camera - 3 megapixel
Game format: NES, SNES, GBA, BIN, SMD, GBC (Nintendo format)
Boleh dengar radio, mp3, mp4 (tgk video).
Macam-macam fungsi lagi la. Tapi takda wifi la macam PSP. Bateri boleh tahan sampai 5 jam. Sesuai untuk bapak-bapak yang menjanjikan PSP kat anak dia kalau dia janji nak cabut gigi.

Pakej disertakan dengan:
1 x PMP (portable multimedia player)
1 x charger
1 x AV cable
1 x USB Cable
1 x earphone

DROPDEAD


Masa aku mula-mula dengar music HC Crust tahun 1997 dulu, Dropdead adalah salah satu band lama dari US yang terawal aku dengar. Tadi tengah boring-boring time keje aku taip la kat Google nama band Dropdead sebab nak tahu perkembangan band ni. Alih-alih gambar ni pulak yang keluar.



Sejak bila pulak ada brand pakaian jenama drop dead ni?

3S-FE


Kalau duit dah banyak, nak masuk enjin trailer pun boleh...


Enjin Toyota 3S-Fe 2.0. Boleh ambik dari model Toyota RAV4 tahun 1994. Avanza ni sekarang salah satu King Of Drag kat Thailand sana.

Penggusti Straight Edge

Kepada peminat wresting, sure kenal mamat CM Punk ni. Satu-satunya wrestler yang mengamalkan ideology straight edge dan cuba promote straight edge sebagai satu positive lifestyle kepada public melalui penglibatannya dalam sukan gusti. Aku harap CM Punk masuk geng baik semula.

Punk berkeluarga

"IF YOU HAVE THE YOUTH, YOU HAVE THE FUTURE" .... Profane Existence

Aku suka quote ni. Ye lah.. Aku pun kira tahap punk peringkat pakcik-pakcik camni.

Intensity - Harrdkorr Sekolah Lama

Salah satu band old school hardcore dari Sweden yang aku paling minat. Berikut adalah review daripada Bad Taste Records berkenaan salah satu release diaorang tahun 1998 "Wash Of The Lies"

"Release Date 1998-04-01
One of the best hardcore albums of -98! Imagine the ultimate blend between Judge and old Sick Of It All and you're getting there… 10" vinyl version available from Putrid Filth Conspiracy. "
Aku punya favourite track "Silence = Consent"


Abang Rodrigo Alfaro (Voc) dan Abang Cristoffer Lind (Bass) in action.

Sunday, March 28, 2010

Kambing Golek


Semalam Abang Zul, jiran depan rumah buat kenduri cukur jambul cucu dia yang pertama. Meriah jugak kenduri dia kali ni. Pada aku kenduri paling happening setakat ni kat Subang Galaxy. Aku dari pagi sarapan kat rumah Abang Zul, melayan dia ber'surah Banjar'. Sampai dengan jiran-jiran lain pun dia belasah cakap Banjar. Abang Zul ni aku dah anggap macam saudara aku sendiri la jugak. Kalau dalam Bahasa Banjar kita panggil "kulaan".

Seekor kambing ditumbangkan untuk menunaikan ibadah Aqiqah sempena menerima cucu sulung Abang Zul ni. Belum pernah aku tengok kenduri cukur jambul orang buat "kambing Golek" secara self service macam ni.

Monday, March 22, 2010

Kalau Aku Berambut Panjang


Kalau la rambut aku panjang macam ni, baru la best headbanging... Gila banyak cincin aku pakai masa ni...

Sunday, March 21, 2010

Acrobatic


Aku belek-belek gambar-gambar lama dan terjumpa pulak gambar Rock Kangkang ni.. Adik ni ada talent buat gimrama nampak gayanya ni...

Layan Putra LRT


Hari ni Ummi kene gi office baru dia kat PJ. Since besok dia punya 1st day kat office tu, hari ni kena setting system, phone, etc. Aku pulak, kena train Ummi drive ikut jalan yang nak ke office baru dia ni. Sebab mungkin esok dia kena drive ke sana. Tak sanggup aku nak redah Federal highway tu pagi-pagi hantar ummi pastu nak patah balik office aku kat subang.

Lepas hantar Ummi aku gi breakfast ngan Najmi & Najwa. Kena paw breakfast kat KFC hari ni. Aku makan bubur ayam, Najmi amik burger Morning Riser.

Lepas makan, tengah tunggu ummi kat parking, Ummi call. Kena tunggu dalam sejam setengah lagi. Aku nak buat apa dgn budak-budak ni lagi sejam setengah ni. Lalu terlintas la satu idea yang tak berapa terfikir oleh bapak-bapak yang duduk kat KL ni. Aku nak bawak budak-budak ni naik Putra LRT gi KL Sentral pastu patah balik Asia Jaya.

Budak-budak punya la suka naik LRT ni rupanya. So kalau korang tak tau nak bawak budak-budak jalan-jalan mana-mana kat KL ni, bawak je diorang naik LRT ke, Komuter ke, Monorel ke. Kalau naik Putra LRT ni, jimat sikit sebab tambang budak-budak belum sekolah free je. Diorang sure kagum tengok train yang diorang naik tu bergerak kat atas, sama tinggi dengan bangunan.