Thursday, April 8, 2010

K3-VET


Toyota Avanza Turbo ni budak Kuantan punya. Setakat ni kalau kat Malaysia, ni lah pengubahsuaian yang paling radikal dilakukan pada sebuah Avanza. Engine 1.3 dengan kod K3-VET yang diambil daripada Daihatsu YRV Turbo ni mampu menghasilkan lebih kurang 140hp.


Dashbord dan stereng original Daihatsu YRV. Pakai gear tangan.

Disk brake belakang yang ntah dari model apa. Mungkin daripada Daihatsu YRV jugak. Kereta ni dah tukar daripada pacuan belakang (RWD) kepada pacuan depan (FWD). Banyak bende kena buat tu.


Ni gambar terkini kereta ni, aku ambik kat Mudah.my. Owner dia nak test market. RM75k yang aku rasa overpriced sebab dengan harga ni boleh dapat Avanza 1.5G baru.
Complete dengan Apexi AFC neo.

Adik Capek...

"Bik.. Adik taknak pegi school esok. Adik capek.."

Inilah akibatnya kalau dari kecik dijaga oleh pembantu rumah dari Indonesia.
----------------------------------------------------------------------------
'Capek' dalam bahasa Indonesia bermaksud 'Penat'

Wednesday, April 7, 2010

Kemusnahan


Daripada gambar sahaja, sudah menceritakan seribu satu tafsiran akan kemusnahan akibat kerakusan kapitalis-kapitalis yang begitu tamak dalam mencipta kemodenan di zaman ini. Bertuhankan wang ringgit, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhkan poket masing-masing. Perperangan menjadi satu perniagaan yang amat menguntungkan para kapitalis walaupun di sebelah pihak lagi, nyawa dan kemusnahan dijadikan pertaruhan.

Artwork ni memang lawa. Kalau sesiapa ada lobang nak printing T-Shirt gambar ni, bagitau aku.

Metalcore Jet..Jet..


Hari ni gua layan mp3 band Metalcore dari Savannah, Georgia nih.Nama band Kylesa. Lama dah tak layan lagu-lagu hardcore style camni. Asyik layan lagu grind pasal blender daging mentah je.

LP title 'Time Will Fuse It's Worth' released by Havoc Record. Favourite track 'Where The Horizon Unfolds'.




Kylesa Current Lineup
Phillip Cope – vocals, guitars (2001–present)
Laura Pleasants – vocals, guitars (2001–present)
Corey Barhorst – bass, vocals (2002–present)
Carl McGinley – drums, percussion (2006–present)
Eric Hernandez – drums, percussion (2008–present)

Metal Abang-Abang


Sesekali layan band metal abang-abang. Soulfly new album "OMEN" akan release 25/5/2010. Band kegemaran Aru Koffin Kanser ni masih mengekalkan muzik keras New Wave Metal dia yang ada unsur-unsur samba ala-ala Brasil tu. (Worldcup dah dekat. Kena review unsur-unsur bola jugak).



Nak dengar lagu baru Soulfly, "Rise Of The Fallen" boleh bukak kat website Roadrunner Record nih


Dah tua dah Abang Max Cavalera nih. Tapi suara ngan gitar riffs dia still power. Macam masa dgn Sepultura dulu jugak. Max Cavalera baru buat side project ngan adik dia, Igor Cavalera dengan nama band Cavalera Conspiracy main style Thrash Metal macam masa zaman Sepultura dulu-dulu.





Balik pasal cerita album baru Soulfly, 'Omen', teringat aku cerita seram pasal anak setan dulu-dulu, The Omen jugak nama cerita tu. Budak kecik tu langgar mak dia naik beskal dan mak dia jatuh dari tingkat atas rumah sampai patah tengkuk.

Tuesday, April 6, 2010

Ummi ngan Jeli Masa Kecik


Ummi masa kecik memang suka buli Jeli (adik ipar aku). Kalau perasan, tengok kaki Ummi tengah pijak kaki Jeli. Masa ni, Ummi belum pandai tutup aurat lagi. Tu yang seksi sangat tu.

Mainan Anak Orang Kaya


Kalau aku kaya, aku beli 7 bijik.

5 daripadanya aku bakar,

1 bagi Najmi,

1 bagi Najwa

Maxis Broadband - Gagal Menambat Hatiku


All Subang Galaxian HC Crew said "F**k up Maxis service". Very damn low coverage... Very damn slow Edge Connection, even no damn 3G coverage at all here in Subang Galaxy.

Friday, April 2, 2010

Geng Ananda Krishna-core


Tahun 2008 aku guna Celcom Broadband..RM68 sebulan. Speed 368kbps je. Tapi potong sebab lama tak bayar bil. Pertengahan 2009 aku mencuba Digi Broadband. Ambik pekej 720kbps. RM53 sebulan. Daripada mula pakai, sampai la kena potong sebab bil tak pernah sampai, tak pernahnya dapat connect 3G mahupun HSDPA. Abis kuat Edge. Sampai-sampai bil je lepas kena potong, RM150. Mana aku tak hangin. Terminate terus...




So hari ni aku ambik keputusan mencuba pula Maxis Broadband dengan bayaran RM48 sebulan. Speed up to 7.2Mbps (kata dia lah). Dapat la free modem Huawei jenis USB punya. Kalau ikut agreement, 5 bulan pertama ni aku cuma perlu bayar RM18 je sebulan sebab Maxis bagi rebate RM30 sebulan x 5 bulan = RM150 = Harga modem.



Boleh la aku simpan buat sementara modem jenis datacard Option GT Max 3.6 Express aku. Mahal aku beli modem ni masa 2008 dulu. RM550 masa tu. Tapi zaman tu USB modem pun harganya RM700++. Sekarang ni nak tolak RM100 pun takda sapa yang nak.

Monday, March 29, 2010

PSP Tiruan


Aku nak tolak PSP tiruan ni starting price RM200 (Tambah RM10 untuk postage). Sapa nak boleh contact aku. Baru lagi dan tak pernah pakai. Spesifikasi:
Memori - 2GB
Display - 4.3" (sama macam sony PSP) QVGA 1600k-true color
Camera - 3 megapixel
Game format: NES, SNES, GBA, BIN, SMD, GBC (Nintendo format)
Boleh dengar radio, mp3, mp4 (tgk video).
Macam-macam fungsi lagi la. Tapi takda wifi la macam PSP. Bateri boleh tahan sampai 5 jam. Sesuai untuk bapak-bapak yang menjanjikan PSP kat anak dia kalau dia janji nak cabut gigi.

Pakej disertakan dengan:
1 x PMP (portable multimedia player)
1 x charger
1 x AV cable
1 x USB Cable
1 x earphone