Wednesday, April 14, 2010

Gua Poser Wayang


Sabtu lepas gua sekeluarga gi layan Evolusi KL Drift 2. Itu kira macam hadiah gua kat anak gua Najmi sebab dia memang minat kereta. Dia boleh beza Proton Wiralution dengan Lancer Evolution, Perodua Myvi dengan Toyota Passo, mahupun Camry yang ngada-ngada letak logo Lexus kat depan bumper dia. Kereta favourite dia, Nissan Skyline, Nissan Fairlady 350z, Subaru Imprezza, Toyota Supra dan jugak Mazda RX7. Kebetulan dalam KL Drift 2 semua kereta ni ada.

Toyota Supra terbalik tengah kejar Nissan Fairlady


Mamat Shamsul Yusof ni memang rezeki dia dapat bapak kaya. Buat filem pun kasi hancur 3-4 bijik kereta power-power pulak tu. Mazda RX7 jatuh jambatan dan meletup, BMW E39 langgar tiang traffic light, Toyota Supra terbalik langgar divider jalan. Aku tengok balik dalam youtube toyota supra tu 3-4 kali tukar bumper sebab pecah. Scene kereta Toyota Supra terbalik tu, kesian kat anak stuntman tu, nangis tengok bapak dia accident.
















Mazda RX7 jatuh Jambatan

Habis filem najmi cakap kat aku, "Zack bawak Nissan Skyline, Aleya bawak Toyota Supra, Joe bawak Nissan Fairlady, Ery bawak Mazda RX7". Power... 32GB dia punya memory.

Dalam youtube ada banyak scene belakang tabir lu boleh tengok.


Toyota Supra Terbalik



Mazda RX7 jatuh jambatan

Mazda RX7 terjun jambatan

Baju Raya Tahun Ni


Ummi bagitau aku dia boleh dapatkan 50% discount untuk jersey baru Liverpool, sebab Standard Chartered sponsor Liverpool untuk next season. Aku yang poser EPL dan tak pernah support Liverpool ni pun kemungkinan akan jadi poser Liverpool lepas ni sebab aku rasa jersey ni salah satu baju raya aku tahun ni. Kalau korang nak, gi la carik kawan-kawan yang kerja kat Standard Chartered kot-kot diaorang boleh tolong belikan.

Monday, April 12, 2010

Shitty Coffee Bean


Pagi tadi aku dengar Hot FM, Faizal Ismail menceritakan pengalaman dia pegi Hong Kong baru-baru ni. Dia kata ada satu jenis kopi yang agak gore jugak dijual kat sana. Kopi yang dihasilkan mempunyai aroma yang lain daripada yang lain.

Cara pemprosesan biji-biji kopi yang sangat unik di mana hanya biji kopi yang terpilih sahaja digunakan. Macam mana dia pilih biji kopi tu? Ni yang part paling gore tu. Monyet-monyet diberi makan biji-biji kopi (arabica coffee la kot). Biji-biji kopi tersebut diperam dalam perut monyet-monyet tersebut dan dikeluarkan dalam bentuk najis. "HANYA BIJI KOPI TERPILIH SAHAJA AKAN DIPROSES". Dikeringkan dan di "grind" menggunakan coffee grinder.... dan coffee disediakan menggunakan coffee maker. Tambah gula serta creamer secukup rasa... Slurrppp...Ahhh..

Thursday, April 8, 2010

K3-VET


Toyota Avanza Turbo ni budak Kuantan punya. Setakat ni kalau kat Malaysia, ni lah pengubahsuaian yang paling radikal dilakukan pada sebuah Avanza. Engine 1.3 dengan kod K3-VET yang diambil daripada Daihatsu YRV Turbo ni mampu menghasilkan lebih kurang 140hp.


Dashbord dan stereng original Daihatsu YRV. Pakai gear tangan.

Disk brake belakang yang ntah dari model apa. Mungkin daripada Daihatsu YRV jugak. Kereta ni dah tukar daripada pacuan belakang (RWD) kepada pacuan depan (FWD). Banyak bende kena buat tu.


Ni gambar terkini kereta ni, aku ambik kat Mudah.my. Owner dia nak test market. RM75k yang aku rasa overpriced sebab dengan harga ni boleh dapat Avanza 1.5G baru.
Complete dengan Apexi AFC neo.

Adik Capek...

"Bik.. Adik taknak pegi school esok. Adik capek.."

Inilah akibatnya kalau dari kecik dijaga oleh pembantu rumah dari Indonesia.
----------------------------------------------------------------------------
'Capek' dalam bahasa Indonesia bermaksud 'Penat'

Wednesday, April 7, 2010

Kemusnahan


Daripada gambar sahaja, sudah menceritakan seribu satu tafsiran akan kemusnahan akibat kerakusan kapitalis-kapitalis yang begitu tamak dalam mencipta kemodenan di zaman ini. Bertuhankan wang ringgit, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhkan poket masing-masing. Perperangan menjadi satu perniagaan yang amat menguntungkan para kapitalis walaupun di sebelah pihak lagi, nyawa dan kemusnahan dijadikan pertaruhan.

Artwork ni memang lawa. Kalau sesiapa ada lobang nak printing T-Shirt gambar ni, bagitau aku.

Metalcore Jet..Jet..


Hari ni gua layan mp3 band Metalcore dari Savannah, Georgia nih.Nama band Kylesa. Lama dah tak layan lagu-lagu hardcore style camni. Asyik layan lagu grind pasal blender daging mentah je.

LP title 'Time Will Fuse It's Worth' released by Havoc Record. Favourite track 'Where The Horizon Unfolds'.




Kylesa Current Lineup
Phillip Cope – vocals, guitars (2001–present)
Laura Pleasants – vocals, guitars (2001–present)
Corey Barhorst – bass, vocals (2002–present)
Carl McGinley – drums, percussion (2006–present)
Eric Hernandez – drums, percussion (2008–present)

Metal Abang-Abang


Sesekali layan band metal abang-abang. Soulfly new album "OMEN" akan release 25/5/2010. Band kegemaran Aru Koffin Kanser ni masih mengekalkan muzik keras New Wave Metal dia yang ada unsur-unsur samba ala-ala Brasil tu. (Worldcup dah dekat. Kena review unsur-unsur bola jugak).



Nak dengar lagu baru Soulfly, "Rise Of The Fallen" boleh bukak kat website Roadrunner Record nih


Dah tua dah Abang Max Cavalera nih. Tapi suara ngan gitar riffs dia still power. Macam masa dgn Sepultura dulu jugak. Max Cavalera baru buat side project ngan adik dia, Igor Cavalera dengan nama band Cavalera Conspiracy main style Thrash Metal macam masa zaman Sepultura dulu-dulu.





Balik pasal cerita album baru Soulfly, 'Omen', teringat aku cerita seram pasal anak setan dulu-dulu, The Omen jugak nama cerita tu. Budak kecik tu langgar mak dia naik beskal dan mak dia jatuh dari tingkat atas rumah sampai patah tengkuk.

Tuesday, April 6, 2010

Ummi ngan Jeli Masa Kecik


Ummi masa kecik memang suka buli Jeli (adik ipar aku). Kalau perasan, tengok kaki Ummi tengah pijak kaki Jeli. Masa ni, Ummi belum pandai tutup aurat lagi. Tu yang seksi sangat tu.

Mainan Anak Orang Kaya


Kalau aku kaya, aku beli 7 bijik.

5 daripadanya aku bakar,

1 bagi Najmi,

1 bagi Najwa