Tuesday, May 4, 2010

Jam Ayam


Ni lah jam yang memekak tetiap pagi dengan bunyik ayam berkokok.. Sungguh bingit telinga aku bila dia berbunyik. Rasa tekanan yang amat sangat. Tak bangun, saja lah... Very cheap stuff made in China...Silap-silap lagi 2-3 bulan kalau aku tension pagi-pagi dengar bunyik dia, mau aku baling kat dinding.. Sure terbarai punya...

Monday, May 3, 2010

Pegi Sekolah Ke, Nak Meracun?

Dunia semakin tercemar. Gambaran ini jelas menunjukkan secara simbolik di mana satu masa nanti mungkin generasi akan datang terpaksa memakai topeng gas di mana-mana sahaja mereka pergi. Masa virus H1N1 tengah 'in' tahun lepas, kita nampak kebanyakan orang akan pakai mask bila pegi ke tempat-tempat sesak sebab nak elakkan kena jangkitan. Aku dan anak-anak aku pun terlibat sama. Ini adalah salah satu tanda-tanda kecil di mana satu masa nanti, tak mustahil orang akan pakai gas mask ke mana-mana sahaja mereka pergi sebab udara di persekitaran kita dah tak selamat lagi untuk kita hidu pada waktu itu.

P/S: Lu rasa gambar budak kat atas tu, dia pakai kasut Puma kan?

Bergambar Di Depan Rumah

Lampu ni baru pasang kat depan gate Taman SGHC.


SGHC headquarters

Wednesday, April 28, 2010

Nightwish & Anette

Gua dah boleh menerima kehadiran Anette sebagai pengganti Tarja selaku vocalist Nightwish. Dari segi muzik, release Nightwish dengan vocalist baru dia ni, nampak lebih creative sebab nak cover kelemahan vocal Anette yang tak setanding Tarja.

Ummi & Tanter Lisa


Gambar ni agak lama dah aku ambik. Masa gi Bandung bulan Februari dulu. Ni gambar Ummi dengan Tokey Jamu yang memang famous kat Pasar Baru. Kami panggil dia Tanter Lisa. Kalau tanya umur, dengan bangganya Tanter Lisa akan cakap umur dia dah 50' an. Dah dia jual jamu, memang la nak kena buktikan jamu dia boleh bagi awet muda. Peramah orangnya. Rabak duit Ummi dekat 1 Juta Rupiah beli ubat dari dia. Jangan tak caya, Artis Malaysia pun ramai ambik barang dari dia. Kalau nak tau siapa artis-artis tu, contact Gua. Takleh reveal kat sini.

Kopi Mahal


Ini bukan iklan Starbucks. Tapi satu tanda betapa pengaruh kapitalis mempergunakan kanak-kanak bawah umur dalam mempromosikan produk mereka.

P/S: Kalau ni iklan Starbucks, aku dah boleh mintak royalti kat Starbucks dah. Lepas gak nak beli stock susu Anmum Essential coklat kat Najwa untuk stok setahun.

Muka Tak Puas Hati

Mata menyorot tajam tanda protest. Tak puas hati sebab kena makan kat kedai mamak...

Thursday, April 22, 2010

Ning Baizura Pun Boleh Nyanyi Macam Tarja



2-3 minggu ni aku dah start syok layan band ni. Tapi bila bukak blog Faozan pagi tadi, menyebabkan hari ni sehari suntuk dengar lagu Nightwish. So macam peminat-peminat Nightwish lain jugak. Semua orang suka release-release diaorang masa zaman Tarja jadik vocalist band ni. Suara dia nyanyi style soprano tu yang buatkan lagu-lagu diaorang jadik sedap. Silap Nightwish sebab tak ambik Ning Baizura ganti Tarja dulu.

Tuesday, April 20, 2010

Gua Taknak Bagi Jimbo Tidur Lagi Malam Ni


Jimbo..Lagi satu stuff Hardcore Metal Jett Jett dari Kylesa. Kalau dah sampai 2 drummer tu, memang hardcore Jett Jett tahap rabak dah tu...

Abah..Nak Beli Catur Besar



Apa lu orang nak buat kalau anak lu yang baru masuk tadika mintak benda alah ni? Lu pulak bukannya minat main benda ni. Main berjam-jam nak pikir movement terbaik untuk bunuh king dia. Nak sebut 'Check' berkali-kali sebelum akhirnya 'checkmate'.

Tapi kalau nak beli pun apa salahnya. Bukannya mahal pun. At last gua pegi kedai 2 ringgit carik chess set yang murah-murah. Masa kat kedai tu, Najmi grab satu set yang harganya RM13. Gua pikir pulak sekali lagi. Kalau gua beli pun, gua nak kena ajar dia main. Gua kurang sabar dalam bab mengajar ni. Dulu gua ajar Najmi buat keje sekolah matematik dia pun, siap ada rotan kat sebelah. Melalak-lalak dia nak siapkan sehelai keje sekolah matematik dia.

Gua ambik keputusan long term. Gua belikan dia satu set Dam Ular je cukup la. Harga pun cuma RM5 dan ada 6 set game. Dam Aji, Dam Ular, Dam Kapal Terbang, Dam Ghostbuster, Dam Bolasepak, lagi satu gua tak ingat. Itu pun balik rumah, bergaduh gua ngan dia sebab dia tak paham-paham nak gerakkan dam ular tu ikut nombor pada dadu.