Thursday, May 13, 2010

SGHC Menyokong Gerakan Anti-Nuklear Di Malaysia

Kalau ada baca berita, semenjak dua menjak PM kita balik dari US menghadiri persidangan pasal Nuklear dengan Presiden Obama, dah ada keluar beberapa kenyataan dari Govt yang Malaysia bakal menggunakan tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun lagi. SGHC sure yang reaktor nuklear ni nanti akan dibeli dari jenis yang 2nd hand punya, sama lah jugak macam kapal selam, kapal navy, etc. Diorang keep on saying that pembangunan loji nuklear ini tidak merbahaya. Tapi bukankah sebelum ni pun dah beberapa kali berlaku kes loji nuklear yang runtuh?


" bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh

loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun

sellafeild
chernobyll
adalh dua contoh dimana loji janakuasa nuklear runtuh
hingga ke hari ini bahaya radio aktif telah menimbulkan
barah yang berterusan kepada warga yang duduk
beribu ribu batu dari kawasan itu. debu radio aktif
beterbangan dan bahaya yang dibawanya tidak tamat
hingga berjuta tahun. " - Diambil dari blog Tukar Tiub

Tanyalah Encik Wikipedia pasal Chernobyll Disaster yang berlaku di Ukraine tahun 1986.. Boleh klik link ni:


Salah satu usaha kecil untuk menyokong Gerakan Anti-Nuklear ini, copy banner Gerakan Anti-Nuklear yang warna kuning di atas tu dan letakkanlah di blog masing-masing... Sebarkanlah kepada dunia akan bahaya radioaktif kepada kita semua terutamanya generasi akan datang...


Sunday, May 9, 2010

Kad Untuk Kekasih

Adat manusia, menghantar kad kepada seseorang sebagai salah satu tanda menghargai / memperingati sesuatu peristiwa atau hari-hari penting dalam hidup seseorang itu. Budak-budak sekarang dah semakin advance. Najmi, lagi 2-3 hari sebelum Mother's Day, dia dah bagi hint kat aku untuk beli present sempena Mother's Day. Terus terang aku cakap, bila aku dah kawin ni baru aku kenal akan adanya hari ibu dan hari bapa. Sebelum ni, kadang-kadang Birthday mak abah aku pun aku tak pernah ingat...Bersempena dengan Hari Ibu ni, aku cuba memberikan didikan awal kepada anak-anak aku untuk memperingati Hari Ibu. Biarlah Ummi dia yang melahirkan diaorang akan sentiasa merasa dihargai oleh anak-anak sepanjang masa. Maka terhasil lah beberapa keping kad yang pada aku ada nilai seninya yang tersendiri...
Ni Adik Najwa punya...Aku suruh dia sambungkan dotted alphabets yang ada tulis Happy Mother's Day.. Tapi dia tak reti lagi...


Ni Najmi punya... Dia cuba melukis gambar kami sekeluarga.. Siap ada sticker bentuk Toyota Avanza lagi...



Ni aku terjumpa kad birthday yang aku bagi kat Ummi masa zaman bercinta dulu.. Masa tu aku taksub kepada dunia Crust Punk...Semua tulisan tu main potong tampal punya... Kat dalam kad ni dulu ada patches gambar hati yang aku print pakai rubber dye dan kain t-shirt hitam...

Selamat Hari Kekasihku........Ibu


Dibaca dengan nada emocore....

Buat Hajjah Jaharah Binti Mohamad.... Mak, Jai ucapkan Selamat Hari Ibu...Ku pohon ampun maaf jika aku banyak menyakiti hatimu selama ini. Semoga Mak Panjang umur dan murah rezeki...

Ibu mertua tercinta, Hajjah Siti Norazizan Binti Shd Abdullah.... Mak, terima kasih sebab merestui perkahwinan saya dengan anak mak, Natrah...aya akan menjaga dan membimbingnya hingga akhir hayat... Selamat Hari Ibu...

Kekasihku Natrah Binti Amat...Selaku Ummi kepada Mohamed Farhan Najmi dan Siti Fareesya Najwa, Abah ucapkan, Happy Ummi's Day... Jadilah Ummi yang baik untuk anak-anak kita... Kami semua sayang Ummi...

Makanan Siam


Budak-budak skuad Jalan Hamzah, Kampung Baru... (Radin -Penghulu, Faozan - Bendahari, Zul Tegak - AJK Kerohanian, Besor - AJK Belia dan Sukan, Mat Kuding - Biro Tatanegara, Enchek - Biro Perundangan)... Bila kita nak makan kat kedai ni? Kawasan Sukhumvit Tomyam ni dulunya kawasan semak dengan rimbunan pokok buluh area depan rumah sewa kita kat Jalan Hamzah Kg. Baru. Sekarang port aku kalau nak makan tomyam, dan pada aku antara yang best kat KL ni. Vichuda pun kalah. Lu orang set date, kita kumpul tayang anak-anak dan bini....
Set RM59 utk 4 orang makan.. Banyak jugak lauk dia

Yang berapi tu namanya 'homok'.. Macam otak-otak
Pak mertua aku tgh layan pulut mangga....

Bela Ikan


Aku baru start bela ikan kat Blog aku. Sapa-sapa singgah kat blog aku, hulur-hulur la makanan kat ikan-ikan aku tu. Akuarium dia kat sebelah kanan blog ni.

Tuesday, May 4, 2010

Jam Ayam


Ni lah jam yang memekak tetiap pagi dengan bunyik ayam berkokok.. Sungguh bingit telinga aku bila dia berbunyik. Rasa tekanan yang amat sangat. Tak bangun, saja lah... Very cheap stuff made in China...Silap-silap lagi 2-3 bulan kalau aku tension pagi-pagi dengar bunyik dia, mau aku baling kat dinding.. Sure terbarai punya...

Monday, May 3, 2010

Pegi Sekolah Ke, Nak Meracun?

Dunia semakin tercemar. Gambaran ini jelas menunjukkan secara simbolik di mana satu masa nanti mungkin generasi akan datang terpaksa memakai topeng gas di mana-mana sahaja mereka pergi. Masa virus H1N1 tengah 'in' tahun lepas, kita nampak kebanyakan orang akan pakai mask bila pegi ke tempat-tempat sesak sebab nak elakkan kena jangkitan. Aku dan anak-anak aku pun terlibat sama. Ini adalah salah satu tanda-tanda kecil di mana satu masa nanti, tak mustahil orang akan pakai gas mask ke mana-mana sahaja mereka pergi sebab udara di persekitaran kita dah tak selamat lagi untuk kita hidu pada waktu itu.

P/S: Lu rasa gambar budak kat atas tu, dia pakai kasut Puma kan?

Bergambar Di Depan Rumah

Lampu ni baru pasang kat depan gate Taman SGHC.


SGHC headquarters

Wednesday, April 28, 2010

Nightwish & Anette

Gua dah boleh menerima kehadiran Anette sebagai pengganti Tarja selaku vocalist Nightwish. Dari segi muzik, release Nightwish dengan vocalist baru dia ni, nampak lebih creative sebab nak cover kelemahan vocal Anette yang tak setanding Tarja.