Tuesday, August 24, 2010

Ferrari Enzo


Sapa nak try, Gi kat Ikano Power Center. Bayar RM1 je dah boleh bawak Ferrari Enzo. Tapi kadang-kadang dia telan duit jugak. Rip-Off siak..

Friday, August 20, 2010

Kit Badan


"Gambar hanya hiasan semata-mata... Tiada kena mengena antara hidup ataupun yang telah tiada"

Dah 8 bulan bodykit ni tak terjual. Last-last aku yang angkat. Proses jual beli dijalankan malam tadi di depan 7-eleven Subang Galaxy. 2 orang jejaka Cina dengan Toyota Vios ala Ah-Beng menunggu aku yang datang hanya dengan Avanza yang dah sampai masa nak tukar minyak hitam.








Tengok condition bumper lip, memang agak menyedihkan. Calar balar. Nak ikutkan aku nak cancel je deal. Tapi memandangkan mamat ni dah datang dari Kajang bawak bodykit ni, tak sampai hati pulak aku. Tapi memang susah nak dapat orang jual 2nd hand bodykit TRD Aeroklass ni. Aku tabahkan hati dengan penuh nekad, bayar RM350 kat budak-budak tu dengan harapan, bila hantar kedai untuk spray hitam nanti, dia akan gosok balik bodykit ni dan touch up mana yang patut.


Balik rumah, ummi tanya macam-macam kat aku pasal bodykit tu...Pernah accident ke tak? Kenapa dia jual murah sangat? Macam mana boleh calar? Barang PU, bukan fiber.. Selagi tak pecah / patah, sure OK je bila touch up balik.

Monday, August 16, 2010

Mari Makan Landak Masak Lomak Cili Api



Gua diperkenalkan dengan kedai ni masa tahun 2002. Masa tu tengah roll-out project SPDK Upgrade, projek yang gua involved dengan Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Masa zaman ni, setiap negeri yang gua pegi, semua makanan yang best-best kat tempat tu gua dapat try.
Nama je Restoran Nelayan. Tapi yang famous kat sini masakan masak lemak ala kampung dia. Gila lu..PERHILITAN bagi lesen kat restoran ni jual masakan-masakan eksotik macam Landak, Rusa, Pelanduk, etc. Biawak dia tak jual la..sebab haram makan biawak. Binatang 2 alam.


Siapa nak try, ni dia alamatnya:

Restoran Nelayan Seafood and Catering Sdn Bhd,
Wisma PBNS, P/3 102 Rahang Square,
Jalan Za'aba, 70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Gua ingat petang ni nak tapau Otak Lembu masak lemak cili api....
P/S: Jangek tu, kalau tak silap gua, maksudnya kaki lembu...

Sunday, August 15, 2010

Spoiler Raya


Demi anak, apa saja sanggup dilakukan. Tak pernah dibuat aku, mencari barang kereta sampai ke Balakong, demi spoiler TRD V3 ni (Macam cerita yang Farid Kamil belakon tu je), aku gagahkan jugak la. Itupun lepas berjaya pujuk dia, sebab dia nak spoiler tiang gol ala Type-R tu.

Aku dapat lobang barang bodykit murah ni kat salah sebuah forum kereta kat internet. Bayangkan, aku dapat harga spoiler ni RM199 siap cat dan install. Aku dah tanya banyak tempat, harga spoiler je, sebelum cat dah RM280. Kedai Abang pun quote aku RM320 siap install dan cat.
Spoiler TRD version ni dia dah custom made supaya tak payah tebuk bonet belakang tu untuk slot wayar untuk brake light kat spoiler tu. Kalau jenis lain, semua kena tebuk.

Friday, August 13, 2010

Menu Berbuka Petang Ini


Gua tau, kalau puasa ni tak elok fikir sangat pasal makan. Sebab makruh yang kalau buat banyak-banyak boleh mengurangkan pahala puasa. Tapi memang adat manusia macam kita ni yang imannya tak la tebal mana, pagi-pagi lepas sahur dah berkira-kira buka puasa nanti nak makan / masak apa. So pagi tadi Ummi dah bagitau bibik suruh masak Popiah Goreng dan juga Mee Sup taruk Fish Ball.

Ummi dah pesan kat gua supaya jangan beli kuih langsung petang ni. Nanti Popiah Goreng tak laku. Tapi since 1st day puasa lagi, aku belum menjamah Roti John, makanan faveret aku kalau kat pasar ramadhan. Aku ingat petang ni, macam mana pun aku nak singgah jugak Pasar Ramadhan (PaRam - kalau istilah kat UTM dulu), untuk beli Roti John Panjang....Taruk black pepper.

Thursday, August 12, 2010

Najmi Dah Belajar Puasa


Gua memang salute anak gua sorang ni. Dia kira pecah rekod peribadi gua sebab gua pun start puasa masa Darjah 1. Hari ni masuk hari ke - 2 dia puasa penuh. Najmi baru je masuk 6 tahun masa bulan Jun baru-baru ni. Gua tanya dia, lapar ke tak. Dia kata tak lapar. Gua tanya pulak kat Adik, Along ada makan tak kat Skool. Dia kata Along tak makan. Maknanya sah la dia puasa penuh. Gua janji ngan dia kalau dia puasa penuh, hari-hari buka puasa gua belikan dia ayam goreng. Nak taknak tadi sebelum buka puasa, gua singgah la kejap kedai mamak carik ayam goreng. Gua taknak janji apa-apa kat dia kalau dia puasa cukup 30 hari tahun ni. Tak macam ibu bapa lain yang menjanjikan RM10 sehari kalau anak dia puasa penuh. Gua rasa dia memang ikhlas nak puasa. Sebab masa hari selasa hari tu dia sendiri yang volunteer nak puasa. Gua tak pernah paksa. Gua pun dah sound kat dia, kalau lapar kat skool, makan je. Tapi nampaknya dia memang ikhlas nak puasa.


P/S: Masa gua mula-mula puasa dulu, gua ingat lagi, masa 1st day Ramadhan tu gua bawak bekal air pegi sekolah. Disebabkan malu, esoknya gua start puasa. Dapat la lebih kurang 20 hari tahun tu gua puasa.

Wednesday, July 28, 2010

Ahli Keluarga Baru


Ni la no plet ahli keluarga permotoran terbaru dalam family gua. Ramai orang cakap, hitam itu menawan...

WNB4268 Dah Keluar Bengkel Dan Mengganas Semula


Habis NCD insurance Kurnia gua yang dah 55%. Alhamdulillah, setting semua still OK. Hari sabtu hari tu Gua tukar tayar depan dia pakai Continental saiz 195/60/R15 pulak. Bridgestone Turanza hari tu mengecewakan gua. Tak sampai 6 bulan pakai dah koyak masa accident hari tu. Road tax ngan insurance dia mati 30/7 ni. Gua dah renew insurance. Bila nak idupkan road tax, sangkut pulak ada saman dekat RM900 kat Polis Traffic... Haram jadah betul. Kopak gua bulan ni.

Tapi hari Isnin lepas, jalan agak basah sebab lepas hujan. Masa gua nak ambik U turn kat depan opis, drop gear 3 (tekan overdrive off), pastu drop pulak D2 dan gua tekan minyak.... Gua berjaya membuat aksi slalom yang geli-geli je dengan Avanza gua ni.

Tuesday, July 27, 2010

Rokok Elektronik


Aku diperkenalkan dengan bende alah ni oleh Abang Long aku yang duduk kat Seremban. Sebelum tu aku ada la nampak bende alah ni dijual kat Giant Kota Damansara. Takda la pulak rasa keinginan nak mengetahui dengan lebih lanjut. Abang Long aku sekarang dah tak beli rokok biasa lagi sejak dia guna rokok elektronik berjenama Smoker Haven ni. Produk USA ni kira yang paling branded di kalangan e-Cigar yang ada di pasaran sekarang. Harga starter pack dia pun boleh tahan mahalnya. RM290 satu set. Cuma lepas tu, nak kena maintain tukar dia punya cartridge (Filter dia) yang mengandungi bermacam-macam perasa (Dunhill, Marlboro, Strawberry, Coffee, kretek, shisha..etc). Satu cartridge harganya RM3 yang boleh tahan sampai 120 - 150 sedutan. Standard macam 14 batang rokok lah (kata advertisement tu). Yang baiknya rokok elektronik ni tak membahayakan kesihatan. So straight Edge pun boleh isap kot... Dia tak mengandungi tar, carbon monoksida, dan lebih 4000 kandungan merbahaya dalam setiap batang rokok. Asap dia tu pun bukannya asap betul. Cuma wap air yang akan meruap di udara. Rasa sebijik macam rokok betul, cuma takda bara api betul dan abu rokok. Aku rasa ini cara baling selamat dan best untuk perokok-perokok tegar kalau still nak teruskan merokok ataupun berhenti merokok. Abang Long aku cakap, lepas dah isap rokok elektronik ni, nak isap rokok biasa pun rasa dah tak sedap.

Aku try check kat lelong.com. Ada berlambak lagi brand electronic cigar yang murah-murah. Between RM90 - RM180.

Sunday, July 25, 2010

Kitar Semula

Ni kira ayat power minggu ni...



Budak-budak ni belasah baldi la, tong sampah la, kuali lah..asal jadik bunyik... Gua rasa budak-budak Marching Band SDJ kat JB pun takleh lawan....