Tuesday, October 26, 2010

Antiprotokol


Mana boleh naik stage kalau pakai kasut camni... Warna biru tua pulak tu... Warna Di-Raja Sultan Johor tu...

Sepetang Di Pohon Minda Studio

Jimbo test power camera baru dia kat Pohon Minda Studio, Pasir Gudang. Sapa nak tempah tangkap gambar studio, gambar kawen atau apa-apa function, boleh call Jimbo a.k.a Norhafizi 012-7521744 atau Lin 012-7501744. Harga pekej berpatutan. Sanggup turun walaupun sampai ke Perlis...

Kena Geletek Baru Nak Senyum

Koboi Cilik

"Bochah-Bochah" sedang bergumbira
From Left: Koboi Jimmy, Koboi Mexico, Koboi Baju Petak

Koboi Muncung

Lompat Katak

Rasa Macam Nak Gigit Hidung Dia


Adik Kene Kepit

Kacang Pool - REPEAT

On the way gua nak balik dari JB ke KL semalam, sempat lagi repeat Kacang Pool Haji kat Larkin. Kali ni taknak order bende lain. Kacang Pool semata.

Hasilnya, pagi ni gua breakfast Kacang Pool made from SGHC... Ummi test power kacang pool dia... Pheh, memang masuk... Boleh bukak branch Kacang Pool kat KL lepas ni...

Monday, October 25, 2010

Kacang Pool Haji


Ni makanan baru yang gua cuba masa berada di JB weekend baru-baru ni. Dengar citer kat KL pun ada satu port yang ada jual makanan ni. Tapi tak tau kat mana. Kacang Pool Haji ni kedai dia kat Plaza Larkin, dekat-dekat dengan stesyen bas. Mee Rebus Stulang pun dah pindah sana. Semalam gua try dua-dua sekali, mee rebus special stulang pas tu gua paw kacang pool Ummi.

Tuesday, October 19, 2010

Funfair Di Subang 2


Gua ingat lagi... Zaman gua sekolah rendah, kat funfair la kalau nak tengok Search, Wings dan band-band rock awal se zaman Battle Of The Band buat concert. Tradisi ini diteruskan sehingga zaman XPDC tengah naik masa penghujung 90'an. Tapi funfair sekarang dah takda band yang nak main. Mainan-mainan serta game-game 'tikam' pun dah mahal. Kena beli token dulu sebab tokey-tokey funfair nak make sure diaorang dapat collect duit dulu walaupun customer belum main. Setakat naik naik ferris wheel tu pun sampai 4 token (RM4 untuk 4 token). Masa gua pegi minggu lepas, anak-anaknye je la yang main. Mamat-mamat yang jaga permainan-permainan tu pun gengster satu macam je gua tengok. Silap-silap kalau lu tipu diorang, anak lu dia sebat terus...

Dia Nak Belakon Citer Supernatural Season 13


Mulut comot sebab baru makan ginjal budak

Monday, October 18, 2010

SGHC Crew vs Ulu Tiram SxEx



Agak chaos dibuatnya. Gua macam pakcik-pakcik kaya mana la bawak photographer crew bergambar kat KLCC siap dengan lighting crew yang mengawal pencahayaan semasa sesi bergambar...



Monday, October 11, 2010

Cangkuk Seluar Part 2


Ramai orang salah sangka dan tak puas hati masa 1st posting pasal cangkuk seluar kat toilet PTG tempohari. Macam mana la lu orang boleh buat prasangka buruk kat gambar tu? Fitnah tu dosanya lebih besar dari membunuh... Emo la pulak gua.






Toilet PTG Melaka ni gua suka. Macam kat sekolah tadika pulak gua rasa. Paling penting, cangkuk seluar dia kukuh dan ada double pencangkuk. Gua tak risau pasal nak gantung seluar ke, gua rasa beg laptop gua pun boleh gantung.


Gua memang suka toilet yang besih lagi wangi. Gua gua salute pada toilet maintenance kat PTG Melaka ni. Nanti gua post no telepon kontraktor dia kot kot sapa-sapa nak kasik kontrak bersih toilet kat diorang.

Saturday, October 9, 2010

Kacang Best..


Kepada yang sememangnya "true" lagi "extreme" melayan kacang mengelembu sambil lepak-lepak, kena try kacang ni. Gua rasa Ngan Yin pun tak sesedap kacang ni. Gua jumpa masa nak beli ubat gigi kat Giant Ampangan sebab last week masa gua outstation kat Somban, lupa bawak ubat gigi. Tapi rasanya, mana-mana Giant pun ada kot.

Kelinci dalam Bahasa Indonesia maksudnya Arnab...

Nama pun "Supernut". Didatangkan dari Pati, Indonesia oleh PT Dua Kelinci Food Industry, sekali bukak satu plastik, gua sorang pun boleh habiskan. Yang gua beli ni perasa garlic (bawang putih). Pheh.. Dia punya aroma memang semacam. Harga promosi kat Giant, RM1.90.. Gua beli 5 bungkus buat stock...