Sunday, November 21, 2010

Makanan Jiwa

Ummi ada cakap kat Gua yang terlalu gemar mendengar muzik-muzik keras. Sekali-sekala, dengar la lagu-lagu nasyid ataupun ketuhanan, lagu-lagu macam tu merupakan makanan jiwa.



Nah...Sepanjang jalan dari Gong Badak, Terengganu ke Subang Galaksi, Selangor...Gua dengar CD Maher Zain yang Ummi beli 2-3 hari lepas. Entah berapa kali pusing kot CD tu.

Wednesday, November 17, 2010

Kaki Lembu


Selalunya gua tukang makan je. Kali ni gua diberi satu task force yang sememangnya gua tak pernah buat sebelum ni. Tapi demi Ummi yang dah terrer makan sup kaki lembu, gua try jugak la settle kan special task ni. Call mak kat kampung nak tanya prosedur. Kena gelak panjang dengan mak. Tu la..sebelum ni tau nak makan je.

Bende pertama kena buat, nak kena buang bulu kat kaki lembu tu. Gua pernah tengok Abah gua guna pisau cukur Gillete buang bulu kaki lembu ni.... hehehe...Mak suruh gua bakar dulu kaki lembu tu atas dapur gas sampai rentung. Pastu nanti, kikis je kulit kat kaki lembu tu, di bawah air yang mengalir.

Tapak kaki / Kuku? Yang ni, memang kena buang. Keras tu, mana boleh makan. bila dah bakar sampai rentung, secara automatik, akan ada rekahan kat kuku kaki lembu ni, yang akan memudahkan kita untuk kupas je keliling kuku dia tu.

Kalau ada kapak, elok la potong kaki lembu ni dalam 4-5 keratan. Senang nak rebus. Kalau tak tak muat periuk nanti.

Pastu gua gi rendam potongan-potongan ni dengan air asam jawa. Kononnya nak hilangkan bau la tu. Next, kena rebus sampai sampai naik lemak-lemak dia. Buang air rebusan tadi (Sebab berbau) dan ganti dengan air lain. Resepi seterusnya, gua copy & paste je resepi masak sup kaki lembu. Rasanya kalau follow, sure jadi je kot.

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan:
2 batang kaki lembu
2 bungkus rempah sup tulang adabi
kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
5 bawang merah dan putih (dihiris)
daun sup dan daun bawang




Cara Menyediakan Kaki:
Kaki lembu perlu dibakar terlebih dahulu untuk membuang bulunya. Untuk membakar, gunakan dapur arang atau dapur gas mudahalih. Selepas itu,buang kukunya menggunakan kapak. Kupas kulit mengunakan pisau kecil yang tajam. Kemudian, pisahkan urat-urat kaki daripada tulang dan potong-potong.
Cara:
Tumis (dalam periuk) rempah sup adabi, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, sekali dengan sebahagian hirisan bawang merah dan putih. Kemudian, masukkan air dan potongan kaki tadi. Rebus tulang sehingga selama 5 atau 6 jam (menggunakan dapur gas biasa). Jangan lupa, masukkan garam sesedap rasa.

Goreng sebahagian lagi bawang merah dan putih.

Cadangan Hidangan:
Setelah masak dan potongan urat dan kulit menjadi lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

Gua henjut kereta ummi dari Subang Galaxy pkl 11:20PM (Selepas terpaksa berpatah balik sebab tertinggal handphone). Dengar citer jem teruk kat MRR2 sampai tol Gombak. Gua memang budget, paling lewat gua kena gerak dari rumah, sblm pukul 12 tgh malam. Kalau tak gua memang tak sempat nak sembayang raya kat Surau Gong Badak (Depan rumah mertua gua). Masuk je jalan Sungai Buloh - Kepong, jalan still clear. Ahh.. maybe masa pukul 6 - 9 tadi je kot jem teruk. Gua menyedapkan hati. Sebab tadi memang ada member gua patah balik rumah, tak jadi balik kampung sebab 4 jam sangkut kat MRR2.

Masuk je area Batu Caves, betul-betul dpn Giant, dah start sangkut. Pheh.. ni kalau sampai tol Gombak lekat camni, pukul berapa nak sampai? 2 jam gua bawak kete max speed 20km/h je. pukul 1 pagi lebih, gua baru sampai Genting Sempah. Singgah Petronas, belasah Power Root Tongkat Abah Gua setin. Pheh.. Terus segar.

Gua teruskan perjalanan... Lepas Genting Sempah, smooth sikit. Tapi takleh laju. dalam 60KM/h je. Rupanya, Orang Kelantan sibuk nak balik malam ni. Masa exit nak ke Bentong tu, gua nampak jem lekat.

Masuk je highway pantai timur, gua sebat Vios Ummi 140 - 160 km/h. Gua nak sembayang raya kat Gong Badak. Gua budget, pukul 4 pagi gua dah sampai Jabor, pastu pukul 7 gua dah sampai Gong Badak. Gua punya perkiraan lari sikit je. Sampai tol Jabor pukul 4:30, pastu ikut jalan sisir pantai, singgah kat Marang sembahyang subuh, pukul 7:30 sampai Gong Badak. Tahun ni rekod, sebab balik beraya, sampai-sampai kampung, dah start takbir sembahyang raya. Kelam kabut tukar baju raya, terus gi sembahyang raya. Khutbah, gua memang tak sedar apa, sebab dah terlelap.

Monday, November 15, 2010

Adik dan Chucky



Dalam banyak-banyak cerita budak-budak, gua rasa cerita Child's Play dan rentetan cerita yang dibintangi oleh watak patung ganas Chucky ni, adalah cerita budak-budak yang paling ganas dan gore sepanjang zaman. sapa ada anak-anak yang payah nak suruh tido malam, bagi dia tgk cerita si chucky ni. Cakap kat diaorang, lambat tido, nanti chucky datang. Gua bagitau kat Adik, Chucky ni pakcik Tan masa kecik. Siapa pakcik Tan, lain kali gua cerita. Tapi watak Pakcik Tan ni, memang adik takut giler.

Wednesday, November 10, 2010

Borang B1e


Ni namanya Borang B1e. Borang ni perlu dikepilkan bersama-sama dengan Geran Tanah bila Pejabat Tanah keluarkan geran tanah. Kalau sistem e-Tanah gua sangkut bila nak keluarkan pelan tu, mula la gua macam nak baling je laptop gua ni...

Hardcore Yang Serba Gothic


Playlist of the month:
Apa-apa je lagu daripada Within Temptation.



Friday, November 5, 2010

Sakitnya Hati


Lain kali Ummi jangan parking dekat dengan area Mat Mot parking. Mula-mula kena toreh dengan kunci kat sebelah kiri kereta dari depan sampai belakang. Ni kene sagat ke apa pulak ni... Yang pasti, memang kena masuk kedai ketuk body kalau nak re-spray balik ni... Minor touch up je kot.

Saturday, October 30, 2010

Jasin - Air Keroh - KL

Gua terpaksa settle kerja gua kat Pejabat Daerah & Tanah Jasin petang semalam. Shukri, Bos gua dah ajak balik dalam pukul 5 lebih tu. Takut nak jalan malam sebab kena lalu KM223 Plus Highway, lepas dengar citer Haji Jafri, Bos gua lagi satu yang lalu area tu minggu lepas, rasa macam ada orang duduk kat sebelah dia masa lalu area tu.

Jam menunjukkkan pukul 6:45 petang. Ah, sudah... Gua tinggal sorang je lagi kat kaunter Hasil ni. Gua kemas barang, terus gerak. Ummi call tanya sampai KL pukul berapa nanti. Gua dengan confident cakap, 8:30 malam sampai la. Sampai kereta Gua set GPS gua untuk masuk highway terdekat kalau dari Jasin ni. Perjalanan gua petang tu berpandukan GPS Garmin yang gua install kat Phone Nokia gua. Kalau GPS ni tipu, sesat la gua.

Dipendekkan cerita, GPS ni kononnya cerdik, nak bagi gua jimat duit tol kot. Dia gi bawah gua ke Tol Air Keroh jugak. Bukan tol Jasin..Siut la.. Dia gi bawak jalan celah-celah hutan mana tah... Kiri - kanan pokok getah je. Kereta dah la tak banyak yang lalu kat sini. Dalam hati gua,baca apa yang patut. Maghrib-maghrib camni, kot ada yang melintas ke, masak gua. Tengah sunyi-sunyi tu, tetiba GPS gua cakap "300 meter, turn left" .. Gila... Terkejut gua...Rasa meremang bulu belakang tengkuk... Masuk je highway,gua tutup GPS, dan gua tekad taknak tengok langsung kiri-kanan papan tanda Kilometer ke berapa highway Plus tu. Gua nak make sure gua takkan terpandang papan tanda KM223 atau berhampiran dengannya... Lepas Pedas-Linggi baru la Gua berani tengok kiri kanan.

Tuesday, October 26, 2010

Antiprotokol


Mana boleh naik stage kalau pakai kasut camni... Warna biru tua pulak tu... Warna Di-Raja Sultan Johor tu...

Sepetang Di Pohon Minda Studio

Jimbo test power camera baru dia kat Pohon Minda Studio, Pasir Gudang. Sapa nak tempah tangkap gambar studio, gambar kawen atau apa-apa function, boleh call Jimbo a.k.a Norhafizi 012-7521744 atau Lin 012-7501744. Harga pekej berpatutan. Sanggup turun walaupun sampai ke Perlis...

Kena Geletek Baru Nak Senyum

Koboi Cilik

"Bochah-Bochah" sedang bergumbira
From Left: Koboi Jimmy, Koboi Mexico, Koboi Baju Petak

Koboi Muncung

Lompat Katak

Rasa Macam Nak Gigit Hidung Dia


Adik Kene Kepit