Wednesday, December 21, 2011

Indahnya Erti Perkahwinan

Lu mesti pernah dengar orang-orang yang baru kawin pernah cakap:
"Kalau aku tau kawin ni best, dari dulu lagi aku dah kawin"

Tapi selepas 10 tahun dia berkahwin, masihkah dia mampu untuk berkata sedemikian?
Apa yang kita selalu dengar, kes-kes perceraian yang semakin meningkat dari tahun ke tahun, sama ada melibatkan pasangan yang baru setahun jagung hidup bersama sebagai sepasang suami isteri, mahupun pasangan yang dah berpuluh tahun berkahwin dan berderet anak yang telah lahir sepanjang hidup bersama.

Kita mungkin pernah terdengar pepatah mengatakan, "Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri"..

Woii.. Apa la Lu pikir bukan-bukan ni..Memang la suami isteri suka gigit-gigit ni.. Tapi maksud pepatah tadi, betapa di dalam perhubungan suami isteri ini akan pastinya berlaku perselisihan faham.. Semuanya bergantung kepada pasangan tersebut menyelesaikan perselisihan faham tersebut..
"Wahai sang isteri..Janganlah kau terlalu mudah untuk meminta talak dari suami mu atas alasan tiadanya keserasian...Tahukah kamu bahawa bergegar tiang Arash setiap kali perceraian berlaku"

"Wahai Sang Suami...Bersabarlah kamu apabila melayan kerenah isterimu..Janganlah dengan mudahnya kau melafazkan talak, walaupun talak ini terletak di tanganmu sahaja.. Sebelum kau melakukan sesuatu, ingatlah kepada anak-anakmu, betapa mereka memerlukan sepenuhnya kasih sayang daripada ibu bapanya.."

Ummi.. "2112"..Sungguh unik nombor ini..Dan hari ini 21/12/2011, kita menyambut hari ulangtahun perkahwinan kita yang ke-9. Masih kecil angka 9 itu. Marilah kita sama-sama hangatkan perhubungan kita sebagai suami isteri seperi hanya baru semalam kita melangsungkan majlis pernikahan kita...Buangkan perasaan negatif yang melibatkan erti ketidakserasian dan sebagainya, kerana itu semua hanyalah bisikan syaitan yang kerjanya hanya mahu melihat betapa hubungan suci dan halal pasangan manusia ini menjalani keretakan, seterusnya menjerumus kepada keruntuhan rumahtangganya. Allah SWT telah menetapkan jodoh di antara kita berdua dan Allah SWT telah berjanji bahawa setiap perkahwinan yang dituntutnya itu akan berkekalan selamanya sekiranya pasangan itu menjaga batas-batas perhubungan yang dituntut di dalam ajaran Islam. Anugerah 3 orang cahaya mata yang diberikan oleh Nya sehingga kini, perlu kita jaga dengan sebaik-baik asuhan agar mereka tidak lalai dengan noda-noda dosa di dunia yang penuh pancaroba ini.

Akhir kata, Happy Wedding Anniversary to my sweet darling, Natrah Haji Amat. Semoga perhubungan kita akan dipelihara Allah SWT selamanya.

P/S: Siapa kata budak hardcore punk tak boleh emo-emo macam ni???

Thursday, December 15, 2011

Menjawab e-mail di tepi highway

Air yang tenang, jangan sekali dikocak... Sesekali air di kolah yang penuh dikocak, tidak mustahil akan berlakunya sedikit limpahan... Time Gua tengah driving nak gi kerja, tolong jangan hantar e-mail yang mencabar gua dan maki hamun Gua macam Gua ni tak reti buat kerja..Akan Gua berhenti di RnR menjawab e-mail tersebut serta merta.... Orang tak buat jawab e-mail panjang berjela guna handphone... Tapi Gua buat....

Wednesday, December 7, 2011

Singa Malaya

Sekarang ni tengah musim Harimau Malaya ngan Harimau Muda tengah 'in'.. Gua pun ada Singa Malaya yang tengah lasak ngan buas ni... Nak jinakkan dia sikit, Gua hantar dia ni gi Kem Ibadat time cuti sekolah ni.. Padan muka dia... Hari-hari 8 pagi sampai 5 petang kena duduk kat sekolah sampai 23hb ni... hehehehe...

Mengelembu

Gua kalau ikutkan taknak la blog Gua ni jadi terlampau political sangat.. Tapi hari ni bila Gua jumpa je gambar ni kat tukartiub, Gua memang takleh gi... Kena post jugak untuk tatapan ramai... Kah Kah Kah...

Tuesday, November 29, 2011

Selamat Pengantin Baru.. Nabil

Gua kalau dulu continue Sekolah Agama sampai masuk Al-Azhar ke, mungkin macam ni la dressing Gua kot.. Sebab dulu-dulu masa Darjah 3, Gua dah pandai ikat serban... Buka puasa kalau dalam sebulan tu, ada la 15 hari buka puasa kat surau... Walaupun lepas terawih tu Gua belasah main meriam buluh pulak kat depan surau...

Selamat Pengantin Baru Nabil dan Isteri... Nabil ni adik ipar Gua.. Bulan 9 hari tu baru je balik dari Mesir... Demi kawin kamu Nabil, Abang Long sanggup pakai jubah putih Adik kamu Naquib ni, yang mana saiznya bukan la saiz Abang Long sebenarnya...

Mee Rebus Haji Wahid The Legend

Weii Orang JB.. Lu jangan ingat kat Kampung Melayu je ada Mee Rebus Haji Wahid.. Ni Pak Omar Haji Wahid dah bukak cawangan kat Seremban 2.. Memecahkan tradisi keluarga dengan lori bergeraknya.. Adik-beradik semua main restoran.. Tapi Pak Omar main lori..Berhujan berpanas di Seremban 2 ni....Lepas ni geng-geng Pak Omar ni Gua dah ajak nak try rasa Mee Rebus Mastan Ghani Teluk Anson pulak...

Memang khas untuk penggemar mee rebus macam Gua...

Cendol ni pakai santan kelapa sawit yang kurang lemak dan 0% kolestrol

Wednesday, November 23, 2011

Kontraktor Kelas F



Gua rasa kontraktor-kontraktor kelas F sekarang ni memang takda klass langsung laaa... Masa kita periksa dulu, Gred F yang cikgu-cikgu kita berikan masa periksa pertengahan tahun atau akhir tahun, bermaksud 'Fail' atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud GAGAL...

Kontraktor-kontraktor kelas F ni, kerjanya menunggu projek-projek kerajaan yang diperolehi oleh kontraktor-kontraktor bergred lebih tinggi dari mereka, untuk di subcon kan kepada diaorang... pastu diaorang boleh subcon kan lagi kat kontraktor-kontraktor kelas F yang lain... kadang-kadang sampai 10 kali subcon pun ada...

Gua membebel ni bukannya apa... Tapi memang dah dasar kontraktor kelas F ni, memang low klass punya..Barang-barang dia pakai untuk buat projek dia tu pun selalunya low klass la jugak.. Buat bangunan runtuh.. Buat jambatan runtuh.. Buat katering makan, tak sedap...

Minggu sebelum tu baru je pasang
Dan baru-baru ni, di sebuah jabatan kerajaan, Gua tengok buat pintu toilet pun tak sampai seminggu dah tercabut tempat lock dia...Budus siak...
Minggu ni dah tercabut

Monday, November 21, 2011

Timmy time


Gua tak tau kenapa bila Anak Gua tengok katun ni, Gua mesti akan teringat seseorang... Dalam dunia ni, Gua cuma ada sorang kawan yang ada kena-mengena dengan nama Timmy ni... Dia pun bukannya suka sangat mandi...