Kalau projek Gua ni menjadi, "kpesh..kpesh.." la kereta Gua lepas ni... Exora CFE pun selamba je Gua cucuk...
Wednesday, February 1, 2012
Nadi Baru
Gua tengah berkira-kira nak sumbat engine K3-VET dari Daihatsu YRV ni masuk Avanza Gua. Mula-mula, kena kumpul modal dulu. Ikut harga Mudah.my, halfcut YRV complete, boleh dapat dalam lingkungan RM5000 - RM6000. Cuma kalau nak masuk engine ni 'north - south' orientation, lepas ke tak.. sebab kete Gua rear wheel drive. Kalau setakat nak masuk kenari ke, kelisa ke, myvi ke, takda hal sangat.
Monday, January 30, 2012
Hidupkan Api Untuk Hujan
Set Fire To The Rain... Kalau tajuk lagu band hardcore ni, memang sesuai untuk band-band emo core macam Band Dicky dulu, Reprisal... haha.. Kalau band Deceased gua still ada lagi, memang Gua akan cover lagu ni.. Main style Anarcho Punk macam Conflict ke..Tak tau la macam mana bunyik dia.. Tapi dulu lagu Siti Norhaliza pun band Gua boleh Punk kan...
Ni pulak lagu Someone like you versi Rock.. Gua ada band nanti, lagu ni pun akan Gua punk kan...
Ni pulak lagu Someone like you versi Rock.. Gua ada band nanti, lagu ni pun akan Gua punk kan...
Senaman Untuk Yang Malas Bersenam
Baru-baru ni Gua punya officemate kena heart attack dia awal umur 30 'an. Ada saluran jantung dia yang tersumbat. Pheh.. Kalau nak ikutkan umur, Gua 3-4 tahun tua dari dia...Badan Gua pun besar sikit dari dia.. Cuak Gua..
Semalam bila Najmi bersungguh-sungguh ajak Gua gi temankan dia main beskal kat Tasik Kelana Jaya, Gua sekeluarga follow je..Keluar gak sikit peluh. Malam isnin ni nak gi main batminton pulak...
Semalam bila Najmi bersungguh-sungguh ajak Gua gi temankan dia main beskal kat Tasik Kelana Jaya, Gua sekeluarga follow je..Keluar gak sikit peluh. Malam isnin ni nak gi main batminton pulak...
Friday, January 6, 2012
Adam Adli
Memang rebel.. Muka ada iras-iras Atan Parkinson.. Gua memang salute Lu sebab turunkan bendera Najib kat PWTC hari tu... Kah Kah Kah...
Thursday, January 5, 2012
Tuesday, January 3, 2012
Gua Terharu...
Najmi memang suka melukis.. Bila malam tadi dia cakap kat Gua yang dia nak lukis potrait Gua, maka Gua pun duduk 'still' dan biarkan dia lukis gambar Gua... Bila siap, Gua suruh dia tulis kat sebelah Gambar tu, 'Ini Abah Saya' dan gua pun tangkap gambar yang dia lukis untuk Gua abadikan di dalam blog Gua sebagai kenang kenangan..
Pastu dia naik atas, masuk bilik, lukis gambar Ummi dia pulak...
Gua pakai jersey Argentina masa ni...
Pastu dia naik atas, masuk bilik, lukis gambar Ummi dia pulak...
Gua pakai jersey Argentina masa ni...
Sunday, January 1, 2012
Posting Pertama Gua di SGHC Blog 2012
Actually ni sambungan posting sebelum ni, 'Makanan Terakhir Gua Tahun 2011'. Gua ingat mula-mula nak bagi nama topic ni, 'Makanan Pertama Gua Tahun 2012'. Sebab apa yang Gua nak cerita ni pun pasal sambungan daripada aktiviti makan-makan Gua malam tadi kat Alai... Giler lambat siap..Sampai sejam lebih..Kalau nak ikutkan tempoh masa makan, mungkin setengah jam je settel semua...Dah la tak berapa sedap.. mahal pulak tu dia charge malam tadi... Harga New Year kot...
Saturday, December 31, 2011
Makanan Terakhir Gua Tahun 2011
Lokasi:
* Medan Ikan Bakar, Alai, Melaka
Masa menunggu untuk makanan disediakan:
* 1 Jam, 15 minit
Jumlah Otak-Otak yang habis dimakan sementara menunggu makanan siap:
* 20 batang otak-otak
Kesimpulannya:
* Kedai makan famous-famous malam new year macam ni memang mana-mana pun penuh. Apa yang ada jual, semua akan disebat sampai licin. Kalau dalam menu tu ada jual kepala gajah masak kicap sekali pun akan settel laku malam tu... Perut manusia ni memang power lagi tebal, sebab semua boleh masuk... Yang penting sumbat jek...
Nubaid Dan Seni Gambarnya
Seni pada gambar yang diambil pada kanak-kanak kecil memang mempunyai nilainya yang tersendiri. Setiap individu akan menilai seni ini dengan caranya yang tersendiri. Kanak-kanak ini tidak semestinya perlu disolekkan dengan make-up, dipakaikan dengan baju-baju yang lawa-lawa, dipaksa untuk posing macam-macam gaya... Yang penting, setiap kali selepas gambar diambil, kita akan bisa untuk terus membuat keputusan, sama ada nak keep gambar tu dalam camera kita ataupun mendelete gambar tersebut. Kalau kita keep gambar tu, beberapa perkara akan kadang-kadang bermain dalam fikiran kita, seperti:'Nak upload kat Facebook ke gambar ni?'
'Gambar ni buat profile picture Facebook OK tak?'
'Ni kalau besarkan gambar ni masuk frame 8R OK jugak ni'
Yang pastinya, beberapa gambar Nubaid yang Gua post kat sini, memag pada hematnya Gua rasa patut diabadikan kat blog Gua.. Dah..Takyah Gua nak merepek-repek lagi.. Ni mungkin posting terakhir kat Blog Gua tahun 2011 ni... Kalau setakat nak penuhkan kuota blog posting Gua untuk bulan ni, Gua sumbat je la apa-apa yang patut....Thursday, December 29, 2011
Makan Daging
Teringin nak makan special dengan pasangan, Gua bawak la Ummi gi makan kat Meatworks Citta Street Mall, shopping complex yang agak baru dibuka area Subang / Ara Damansara ni. Gua tak sure la restoran ni ada kena-mengena ke dengan NFC yang ada skandal pasal issue penternakan lembu tu ke, tapi yang Gua maklum memang Restoran ni, major share holder dia adalah seorang Datok. Salah satu menu dia pun ada perkataan Gemas yang sememangnya Gua dengar cerita tempat penternakan lembu yang disebut-sebut masa baca cerita pasal skandal lembu NFC tu.
Since Ummi pun kenyang lagi tengahari tu sebab baru je pekena Roti Telur sebelum tu, Gua decide order 1 makanan je. BBQ spare ribs. Power...
Since Ummi pun kenyang lagi tengahari tu sebab baru je pekena Roti Telur sebelum tu, Gua decide order 1 makanan je. BBQ spare ribs. Power...
Mamat-mamat Grindcore memang suka makan daging...
Subscribe to:
Posts (Atom)















