Sunday, April 8, 2012
Skinhead Bawak Porsche
Kalau anak orang kaya, pakai Porsche, jadik skinhead.. Memang rosak scene... Bapak skinhead kat JPM, jadi menteri undang-undang... Anak, jadi skinhead kat Kondo Mewah je... Nak belasah Pak Guard...Low Standard Skinhead....
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 12, 2012
Dell Vostro.. Barai..
Apa punya laptop... Setakat nak kuarkan hardisk pun nak kena barai sampai macam ni...
Bila Gua pasang balik, banyak giler skru lebih....Memang fail...Nasib baik mouse, display, keyboard, sound semua berfungsi dengan baik...
Wednesday, March 7, 2012
Evanescence Live In KL - I Wished That I Was Here
Damn...Gua gi mana 23/2 tu???
Credit to those yang upload this video...
Credit to those yang upload this video...
Thursday, February 23, 2012
Hardkor Jet Jet....
Lu belum purely hardcore jet jet kalo lu tak layan lagu ni...
N.E.T. (Never Ending Threat) adalah antara band hardcore terawal yang gua layan sejak Gua menjejakkan kaki ke scene JBHC.. Untuk scene hardcore Malaysia, lagu Whats The Point ni adalah lagu hardcore Jet Jet sepanjang zaman... Brutal Raging Hardcore...
N.E.T. (Never Ending Threat) adalah antara band hardcore terawal yang gua layan sejak Gua menjejakkan kaki ke scene JBHC.. Untuk scene hardcore Malaysia, lagu Whats The Point ni adalah lagu hardcore Jet Jet sepanjang zaman... Brutal Raging Hardcore...
Wednesday, February 22, 2012
Murtabak Craker
Ni makanan rare.. Mahal tapi besar, sedap dan power... Bisa dijadikan sebagai kek birthday yang Gua rasa lebih berbaloi compare dengan kek icing....
Lu takkan menyesal kalau beli... Takkan dapat lawan 10 keping murtabak biasa...
Monday, February 13, 2012
Berpukong
Anak Banjar, kalau tak merasa pengalaman berpukong, belum 'True' lagi... Dalam 3 orang anak Gua, cuma Nubaid seorang sahaja yang dah merasai fasa pertama sebagai pengiktirafan Anak Banjar...
Lu tau tak, masa Gua kecik-kecik dulu, Gua boleh tidur dengan lenanya kalau tidur buai secara berpukong macam ni...Bom meletup sebelah rumah Gua pun, Gua boleh lena tidur dengan selambanya kalau berpukong macam ni...
The Soup Was Too Hot For Him
Gua dulu masa kecik, kalau kaut nasik dalam pinggan, nasik panas sangat, Gua akan bukak kipas meja, dan sejukkan dulu nasik Gua.. Tak sangka tabiat Gua itu telah di 'follow' oleh Najmi mengikut peredaran zaman...
Wednesday, February 8, 2012
Terima Kasih Kepada Yang Mengingati
Umur meningkat setahun lagi.. Buat isteri tercinta, anak-anak, ahli keluarga serta sahabat yang mengingati dan mengucapkan selamat kepada Gua, diucapkan ribuan terima kasih.. Doakan Gua panjang umur dan murah rezeki..
Friday, February 3, 2012
Konsert Artis Luar
Tak pernah Gua pegi konsert artis luar macam ni.. Hari tu Napalm Death pun Gua duduk kat luar je sebab ticket mahal.
Apa-apa hal pun, album Evanescence kali ni macam kureng sikit. Gua tak tau apsal. Cuma satu lagu ni je yang gua suka dengar..
Subscribe to:
Posts (Atom)









