Wednesday, February 16, 2011

Larian Untuk Kesihatan


Rimas dengan komplen saudara mara yang mengatakan badan Gua dah naik sangat, semalam Gua mengambil keputusan untuk melakukan sedikit larian anak-anak (Berjogging sambil memegang tangan anak-anak). Lokasi yang agak mainstream, Taman Rimba Kiara kat Taman Tun Dr. Ismail, sebab kat sini tempat orang-orang kaya yang takut mati awal melakukan senaman dan jogging seawal 6:30 pagi.

Perkara yang slack sekali Gua dah buat..ada ke Gua gi breakfast dulu pastu baru sibuk nak gi jogging?? Tak true langsung... Baru lari 50 meter dah mengah... Kalau kira balik gua lari semalam dalam 1 KM lebih ke...200 meter je kot Gua lari..Yang lain jalan....

Hari ni, bangun tidur je, badan gua sakit-sakit...Rasa mcm nak ambik MC jekk

Sunday, February 13, 2011

Macam Lak Hanattt Part 2

Gua memang jarang dapat peluang tido petang. Ntah macam mana ptg semalam, lepas makan nasik lauk ayam kampung masak lemak,telur dadar dengan pecal, Gua masuk bilik gua yang sejuk ber aircon, terus gua baring dah tertido.

Masa tido gua telah bermimpi yang Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor tengah makan tengahari kat rumah Gua. Siap ada 2 bijik jet parking depan rumah gua...Gua tak pasti apa yang membuatkan Gua terjaga. Mungkin ternampak muka Rosmah Mansor kot... Gua tgk jam lagi 10 minit nak masuk asar...Gua tak sembahyang zohor lagi ni...

Wednesday, February 9, 2011

Gua Yang Berbintang Aquarius


Semalam genap la umur Gua 33 tahun. Pada Gua, bila dah masuk 30'an ni, Gua satu macam punya takut bila tanggal tarikh lahir Gua tiba. Tak macam dulu-dulu. Gua dok asyik menunggu je bila la orang nak wish kat Gua Happy Birthday. Ada rezeki dapat la hadiah. Secara purata umur manusia boleh mencapai lebih kurang 63 Tahun. So kalau umur Gua dah cecah 33 Tahun ni, maknanya kalau ikut purata umur manusia, gua dah melebihi separuh hayat. Itupun kalau panjang umur, boleh cecah angka tu. Ni dah masuk 30'an dah macam-macam penyakit dah start datang.


Tahun ni Gua dapat 2 kad birthday yang istimewa. Thanks Ummi dan anak-anak for a very special card. Abah sayang Ummi, Najmi ngan Najwa...



Satu kad lagi datangnya dari Hong Leong Assurance..Yang gua terharu ni, bos-bos besar dia sign tangan tu kat kad Gua. 4 Tahun Gua buat Public Mutual, tak pernah satu kad pun Gua dapat dari Public Bank...Gua rasa upline Gua pun dah lupa kat Gua...

Monday, February 7, 2011

M5 Wanna Be


Lampu belakang Vios Ummi pecah... So Gua jadikan sebagai alasan untuk gua tukar lampu belakang kereta Ummi, masuk lampu LED ala-ala BMW M5 (E60 Wanna Be)...

Ganazz..Kalau jumpa kat jalan...Tolong la jangan cucuk...Bini Gua yang bawak...

Sunday, February 6, 2011

Apa Barang Tiram... Kepah la...


Lama dah gua tak jadi nelayan. Kalau dulu masa zaman sekolah, ada la 2-3 kali gua redah Sungai Belukang carik kerang... Sekali turun je, memang boleh dapat seguni beras penuh ngan kerang...
Abang ipar Gua yang dudukkat Manjung tu memang jenis tak suka sangat beli lauk kat kedai...Nak makan apa je, redah je laut carik lauk apa yang patut. Nak dijadikan cerita, Jumaat malam lepas, Gua gi tidur rumah dia kat Manjung, Perak. Malam tu dia masak Kepah rebus je..Tapi dia punya feel makan kepah segar dari laut...phehhh...Cakap banyak tak guna...Abang ipar gua cakap, kalau nak lagi, esok kita turun...Setengah jam je boleh penuh se 'besen'.....
Masa kutip kepah tu, Gua cakap lu, macam kutip batu je...Kat mana gua jejak...berterabur kepah kat kaki gua...Pukul 9:30 pagi pegi, pukul 11 pagi dah balik..Hasilnya, sebesen setengah ada kut kepah gua kutip...Ni la namanya Nelayan Muara Sungai....

Friday, January 28, 2011

Duit Belanja


Masa Gua mula sekolah tahun 80'an dulu, mak Gua bagi duit belanja sekolah RM0.20 sen sehari. Jarang-jarang la ada balance. Masa zaman tu 20 sen boleh la beli sebungkus nasik lemak lauk ikan bilis dan telur rebus separuh. Kadang-kadang sambal udang atau sambal sotong dengan telur rebus separuh. Kalau Wan punya nasik lemak, selalunya sotong dia ada telur yang belum menetas (Sotong bunting).. Masa makan, belah tepi, keluarkan telur sotong tu dulu..pheh..best zaman tu.. Masuk Darjah 3 mak Gua up sikit jadik 30 sen dan Darjah 4 - Darjah 6, mak Gua bagi gua duit belanja 50 sen sehari..sebab masa tu Gua dah naik beskal gi sekolah.. So dah pandai la singgah kedai Abu kat Simpng 3 time pagi-pagi tu, beli nasik lemak ayam yang harganya 50sen sebungkus...

Tahun ni, bila Najmi masuk darjah 1, Gua ngan Ummi ambik keputusan bagi dia duit belanja RM2 sehari... 10 kali ganda dari apa yang mak gua bagi masa Gua darjah 1. Satu jumlah yang agak besar untuk budak darjah 1 yang baru belajar nak pegang duit. Sebulan kalau sekolah 20 hari.. dah RM40.. Mana taknya..Gua tengok harga makanan kat kantin, RM1 baru lepas nak beli nasik lemak sejemput lauk ikan bilis dengan telur rebus potong 16....Kalau masuk air sirap, secawan 50 sen..Kalau Najmi ngada-ngada nak beli vitagen yang dijual kat kantin, sebotol seringgit. Since Najmi sekolah petang, selalunya tengahari sebelum gi sekolah, Gua suruh bibik sumbat dulu perut dia dengan sepinggan nasik... Macam Mak Gua jugak dulu, tetiap pagi memang gua makan nasik putih panas + kicap dan telur goreng sebijik...Mak Gua kata Budak nak menuntut ilmu, kena pastikan perut dia kenyang.. senang budak tu nak bagi tumpuan belajar.. Hasilnya.. nah kau..Masuk darjah 3, seluar gua sekolah Gua memang takda jual kat kedai..semua kena tempah..Gua pun dah start masuk scene kedai bundle pasar selasa kat simpang 3 sebab jeans saiz 25 gua dah boleh muat..Levi's, Bobson, Big John..antara jeans yang gua boleh dapat dengan harga tak sampai Rm15..

Berbalik cerita duit Belanja si Najmi ni, masa awal-awal dulu, tetiap hari ada la balance duit dalam 50 sen ke RM1 sehari.. Lately ni balik je, Gua check wallet dia, memang kosong.. Gua tanya makan apa, setakat nugget 2 bijik je... Semalam dia kata beli pemadam gambo MUFC kat kedai buku sekolah...Siak laa... Takkan pemadam kecik 4 segi tu pun harga dia RM1 sebijik??? Gua suspect dia selalu kena pau kat sekolah ni...tak pun org kantin / Kedai Buku sekolah selalu tak pulangkan balance duit kat budak-budak ni sebab dia tau budak-budak ni tak reti lagi pegang duit..Siut laaaa.....

Punkidis


Gua rasa nama ni sesuai untuk budak-budak punk rock main style-style NOFX, Rancid, Pennywise, Bunkface etc yang tengah tercarik-carik nama band diaorang...Nasib baik tak PUNK-Kudis....

Monday, January 24, 2011

Nasik Ganja....


Wanggeh..Wanggeh... Sapa mamak tu pada kami sambil menyediakan meja kosong dan kerusi untuk kami duduk... Ni 2nd time Gua gi makan Kat Nasik Ganja yang terletak di Ipoh ni... Serious Gua cakap..memang power..Dalam perjalanan balik ke KL naik kereta Izzaham, mata Gua terus stim...sedar-sedar dah lepas Rawang..Memang power Ganja dia...

Ayam Merah? Gua tengok hitam je ayam dia

Ni semua dah tak tahan dah ni..Gian tak ingat..

Wednesday, January 19, 2011

Korek Telinga Besi


Gua kalau nak manja-manja ngan Ummi, kengkadang gua suruh la dia korekkan taik telinga gua pakai korek telinga besi... Gua tau, mengorek telinga Gua dan anak-anak, memang salah satu hobi dia... Tapi bila dia start korek je telinga Gua, memang secara automatik Gua akan pejamkan mata..Bukannya stim ke apa...Cuak beb..Ummi kata kulit dalam telinga Gua nipis...Gua ada experience, masa baru-baru kawen dulu, dia korek telinga gua sampai berdarah sehhhh...

Lagi satu, Gua memang selalu terbayang... Kalau la dia terlepas korek telinga besi tu..pastu terus masuk dalam telinga Gua..Apa jadi ngan gegendang telinga Gua ye????