Tengok world cup kat Mamak je.. Kalau RTM ada buat siaran langsung atau ulangan, boleh la tengok.. Tapi RTM ni pun satu...Match yang tak berapa orang nak tengok yang dia tayang... Mahal kot nak kena beli ngan Astro...
Thursday, June 17, 2010
Masih di Melaka
Gua masih di Melaka... Menyelesaikan kerja-kerja yang tak selesai di Pejabat Tanah Galian Melaka. Hari Selasa ni ada Acceptance test... Kalau lulus kompeni akan dapat payment..Gaji pekerja, sure takkan naik punya...Ujung tahun kalau ada rezeki dapat la bonus.... Project e-Tanah ni membuatkan gua seperti berpijak macam dah tak cukup tanah dah kelam kabutnya....
Sunday, June 13, 2010
Gol bodoh
Tuesday, June 8, 2010
Happy Birthday Najmi

Hari ni 8/6/2010, genaplah umur Najmi masuk 6 Tahun. Dah masuk ke alam kanak-kanak dewasa.. Masih aku ingat, betapa susahnya Ummi nak melahirkan budak lasak bernama Mohammed Farhan Najmi ni. Aku yang bagi nama ni sebab aku suka dengan nama Najmi ni, nama salah sorang kawan aku masa kat UTM dulu. Sekarang ni kerja kat Pejabat PM (Jabatan Perdana Menteri). Mohammed tu, Pak Mertua aku yang suruh letak.. Sebab nak bagi bunyi-bunyi Arab sikit. Farhan bermaksud Gembira dan Najmi bermaksud Bintangku.. Tu sebab dia ni enjoy je kerjanya.. Tak reti duduk diam... Bontot dia ada belon gas nitrogen...Sebab tu dia tak boleh duduk diam.. Paling lama dia akan duduk kalau kat meja makan.. 2 minit je kot. Semua anak-anak aku ada gabungan huruf F dan N. Sebab F tu mewakili akronim nama aku dan N tu pulak mewakili akronim Natrah (Ummi)..

Najmi dah dapat hadiah Beskal beroda 20" yang aku beli hari ahad lepas. Disebabkan Najmi dapat beskal, secara automatik, kena lah belikan Adik pun Beskal jugak..
Selamat Hari Jadi Najmi.. Abah harap Najmi jadi anak yang soleh.. Takyah jadi budak Punk macam Abah pun takpa...
Thursday, June 3, 2010
Argentina FC
Sibuk Dengan Aktiviti Duniawi

Aku sibuk minggu ni. Projek e-Tanah ni membuatkan aku kembali sibuk (ataupun kengkadang buat-buat sibuk). Start Hari ahad hari tu aku dah sibuk nak kena pegi outstation ke Melaka. Sepatutnya seminggu. Tapi petang Selasa aku dah kena balik KL sebab ada kerja-kerja lain di office yang nak kena settle. Tapi masa isnin malam tu aku sempat makan ikan bakar di Alai... Orang cakap lagi OK dari Umbai... Tapi aku rasa best yang kat Kuala Perlis lagi.... Sedap dan murah...
Minggu depan aku mungkin pegi Melaka lagi untuk menyibukkan diri...
P/S: Cendol Durian kat Mydin Melaka memang gerek seh....
Thursday, May 27, 2010
Minyak Petrol
Monday, May 24, 2010
Alam Medic S**K

Start 1 Mei hari tu, kompeni aku lantik PMCare untuk handle medical benefit untuk staff. So, bermula 1 Mei hari tu, kitaorang dah tak payah hantar medical claim kat HR lagi macam sebelum ni. Aku dapat 4 keping kad PMCare untuk aku, Ummi, Najmi ngan Najwa. So kalau gi klinik panel yang ada logo burung PMCare tu, tak payah la nak kena bayar sebab PMCare akan tanggung. Cuma tunjuk kad ngan isi borang je.

Salah satu klinik panel PMCare yang paling dekat dengan rumah aku (Yang kira branded jugak) ialah Klinik Alam Medic. Sebelah kawasan Subang Galaxy tu je. Dia ada satu cawangan kat area Subang Perdana yang beroperasi 24 Jam. Tapi dari dulu lagi, aku dah perasan dah, charge kat Alam Medic ni memang mahal sikit dari klinik-klinik lain. Kalau bebudak demam tu, sure cecah RM40 ke atas punya. Aku rasa standard pun paling mahal RM30 je. Tapi takpa la, sebab aku dah tak payah bayar dah bill dia bila aku guna kad PMCare.
Bulan ni saja dah 4 kali aku guna kad tu kat Alam Medic. Sekali masa aku check darah tinggi (Sebab nak dapatkan MC), Ummi sakit tekak sekali, pastu minggu lepas 2 kali hantar Najwa sebab dia sakit mata dan demam.
Walaupun dah guna kad PMCare, aku tergerak untuk check jugak berapa dia charge setiap kali datang Alam Medic ni. Satu Tahun PMCare cuma kasik claim sampai RM2500 je. Baru-baru ni Najwa demam je, Alam Medic charge sampai RM62..What the 'Paku' (Tukar lah perkataan 'paku' tu mengikut kesesuaian bahasa kasar masing-masing)...selalunya ubat demam yang sama pun, setakat RM40 jek. Mentang-mentang la claim dengan PMCare, dia belasah cukup-cukup... Lepas ni aku 'ban' Alam Medic... Pegi Klinik An-Nisa' je la pulak...
Thursday, May 20, 2010
Main Game Bola

Dah dekat musim World Cup ni, tetiba aku ketagih main game bola kat PS2 Najmi. Aku tak sempat gi beli CD PS2 FIFA World Cup 2010 lagi.. So CD FIFA 10 ni pun kira layan la jugak..Aku baru habis main satu round FA Cup Tournament malam tadi. Aku ambik team Manchester City je bagi menang... Masa semi final tu, belasah Liverpool 4-2...
Musim World Cup nanti aku kena gi outstation ke Melaka dekat 3 minggu. Tak tau la tempat aku stay tu ada Astro ke tak...Macam nak kena layan World Cup kat kedai mamak je tahun ni....
Gila Judi

Asalkan boleh buat duit, semua boleh jalan....Vincent Tan jugak yang makin kaya. Banner ni aku rembat dari blog Pozan..rokmobil.blogspot.com...Start je Piala Dunia nanti, sure penuh kedai tikam judi, Sport Toto dengan golongan yang nak kaya cepat... Tapi yang makin kaya, si kapitalis Vincent Tan... SGHC sebagai salah satu komuniti yang perihatin dengan masalah ini, sekeras-kerasnya menentang penghalalan oleh kerajaan Judi Piala Dunia ni....
Friday, May 14, 2010
Manesss

Bekalan gula berkurangan kembali. Ini kedai dekat ngan rumah aku dah start sorok gula kat bawah meja kaunter dia. Ini semua taktik sebab nak tunjuk bekalan gula kurang dan nak paksa kerajaan naikkan harga gula. Utusan Meloya semalam (13 Mei) ada cerita pasal kerajaan sedang mempertimbangkan semula untuk menarik balik subsidi gula. Aik..Bukan baru je ke harga gula naik. Alasan, macam biasa la...Gula tak baik untuk kesihatan... Aku sejak tahun 2008, memang dah kurang ambik gula. Sekarang ni pun gi minum kat mana-mana, aku order semua yang kosong-kosong je... Nescafe 'O' Kosong, Teh 'O' Limau kosong...Tapi selalunya air kosong lah.. Nak manis sikit, order Milo kosong, Horlick kosong. Gula Equal tu , dah taraf macam handphone dah pada aku... Gi mana-mana pun mesti bawak. Aku pakai brand TESCO jek..Murah.
Kalau gula naik harga lagi, macam-macam bende pun akan naik harga la...Kadang-kdang yang takda kena-mengena dengan makanan pun naik harga jugak. Apa kena-mengena harga CD kat Distro Jimbo, Broken Noise naik harga sebab gula naik harga?
Subscribe to:
Posts (Atom)







