Monday, July 12, 2010

Kancil perang


Hari ni genap 2 minggu kancil perang ni menjadi kereta rasmi keluarga gua. Daripada aircond tak sejuk langsung, skrg dah jadi sejuk lepas gua tambah gas. Spark plug yang tak pernah bertukar sejak abah gua beli 3 tahun lepas, gua dah tukar masa servis minggu lepas. Memeranjatkan, spark plug asal kereta tu ada 3 brand yang berbeza. Satu NGK, satu brand Proton dan satu lagi brand Sparx. Macam mana la selama 3 tahun ni abah gua boleh bwk kereta ni. Tapi tanduk kat depan bumper tu yang mahal. Kereta besar pun takut kalau gua cucuk kat highway.

Argentina masih pasukan feveret aku


Walaupun kalah masa quarter final dan gagal lagi untuk mengulangi kejayaan tahun 1986, namun 4 tahun lagi masa wrld cup, aku tetap akan menyokong team ni. Aku abadikan gambar ni untuk penyokong-penyokong setia Argentina FC.

New Champ


Mata aku rabak lagi ni. Mana taknya. Lps 90 minit still 0-0 lagi. Ternyata kali ni ramalan aku tepat. Spain is the new world cup champ. Gol iniesta minit 116 meranapkan harapan Belanda menjulang world cup kali ni. Belanda main ganas giler. Sepak terajang semua ada. Akibatnya sorang kena buang padang. Apa-apa hal, tahniah buat spain dan penyokong fanatik, terutamanya Faiz.

Thursday, July 8, 2010

World Cup Final 2010 - Sepanyol vs Belanda

Apsal semua team aku sokong kalah?? Final nanti kena la sokong Spain sebab taknak Belanda menang.. Tapi aku takut kalau aku sokong Spain, kalah pulak Spain nanti...

Tuesday, July 6, 2010

Diego Forlan


Kasi gol banyak sikit malam ni ye....Biar Belanda tak dapat masuk final

Sunday, July 4, 2010

Beralih Arus

Aku tahu, kawan-kawan sure cakap aku hipokrit. Tapi masa world cup 2006, memang aku sokong Germany. Kira untuk Team Europe, Germany memang menjadi team favourite aku. Tak sangka pulak quarter final Argen kena lawan Germany. Walaupun malam tadi aku sokong Argen sebenarnya, tapi disebabkan Argen kalah, aku tumpang gembira untuk Germany sebab dapat meneruskan perlawanan. Aku akan simpan jersi Argentina buat sementara waktu. Tapi walau siapa pun yang masuk final nanti, aku tak kisah... Janji bukan Belanda yang menang World Cup tahun ni....

Tuesday, June 29, 2010

Saham Higuain naik la lepas ni





So far sepanjang world cup ni gol Higuain ni yang aku nampak paling menarik. Penuh skill memperdayakan pihak lawan. Penjaring terbanyak setakat ni dengan 4 gol untuk 4 game. Penjaring hatrick pertama sepanjang kejohanan (masa lawan Korea Selatan). Aku harap lawan Germany nanti Higuain akan menambahkan lagi koleksi gol dia.

Sneijder baru 2 gol, Van Persie, Robben & Kuyt baru 1 gol. Lepas tu kena lawan Brasil pulak lepas ni. Aku for sure sokong Brasil....

Duka selepas bersuka ria



Hari ahad lepas, group Avanza Club aku mengadakan pesta muda mudi di Hutan Lipur Lentang, sebelah Karak Highway. Punya la syok layan kambing bakar dgn ayam bakar. Lepas tu, dengan panas-panas badan selepas melahab kambing bakar, aku menyejukkan badan dengan berendam kat kawasan air terjun.


Kira-kira jam 1 lebih tengahari, aku gerak balik KL. Hujan pun start turun renyai-renyai. Lepas je terowong Genting Sempah, hujan turun dengan agak lebat. Tiba time satu selekoh tu, tiba-tiba aku rasa tayar kereta aku membuang. Aku kat lane kanan sekali masa tu. Mungkin sebab panik, aku terus tekan brake dan kereta aku melanggar divider jalan. Spek aku terpelanting entah ke mana.Tapi aku try kawal steering aku agar tak masuk ke lane tengah yang masa tu memang ada kereta. Aku tengok sebelah kiri tepi jalan tak sesuai untuk aku berhenti sebab sempit. Aku try gagahkan bawak kereta aku dengan steereng yang senget tu hopefully boleh sampai tol Gombak. Aku rasa teruk kereta aku sebelah kanan ni. Tayar depan aku memang sangkut absorber rasanya ni. Bau hangit tayar tak tau nak cakap la. Tak lama lepas tu aku tengok tayar dah start berasap. Ada sedikit ruang kat tepi jalan untuk aku berenti. So aku pun berenti nak tengok keadaan kereta.


Aku garu kepala tengok tayar depan aku yang dah senget tu. Shaft dan arm bengkok teruk. Tayar aku yang sangkut absorber tu dah tunggu masa nak pecah je kot. Tak lama lepas tu 2 orang member masa picnic sama-sama tadi sampai (Adi dengan Mad). Aku call Kurnia Auto Assist dan diaorang hantar tow truck dari KL ambik kereta aku. Dekat 1 jam setengah jugak la baru tow truck sampai. Aku tumpang tow truck tu tarik kereta aku ke Balai Polis Gombak untuk tangkap gambar dan terus ke panel workshop kat Subang Jaya. Masa tangkap gambar kat Gombak tu aku tengok absorber depan aku dah terkulai. Nasib baik tak tercabut masa aku tengah bawak tadi.


Dekat pukul 5 baru settle dan aku pegi kat taxi stand depan summit nak ambik teksi untuk balik rumah. Tanya satu-satu teksi, semua nak RM30 ke Subang Galaxy. Kepala bapak dia. Ada meter, pakai je la meter. Alasan waktu tu jalan jem. Lepas tu takut sampai Subang nanti takda customer nak naik teksi. Kepala hangguk dia. Jem sikit je kat traffic light nak masuk Kesas Highway tu. Aku protest. Aku jalan kaki sampai lepas traffic light tu dan tahan teksi dari situ. Aku yang dari masa kat sungai tadi lagi dok tahan kencing rasa nak kencing kat tepi kedai dekat-dekat situ jek. Dekat 10 minit baru dapat teksi. Guna meter sampai Subang Galaxy baru RM15.

Sampai rumah dekat pukul 6 petang, aku terus masuk toilet melepaskan hajat yang dari pukul 1 tadi aku tahan.

Semalam aku balik Bagan Datoh, ambik kereta Kancil Abah aku. Patah kaki beb, takda kereta.

Sunday, June 20, 2010

Perang Saraf Buat The Oranje



Belanda menang nasib dengan Jepun... Setakat 1-0 je.


"Coronados de gloria vivamos...o juremos con gloria morir!!!! "

Let us live crowned in glory...or let us swear in glory to die!