Ni makanan baru yang gua cuba masa berada di JB weekend baru-baru ni. Dengar citer kat KL pun ada satu port yang ada jual makanan ni. Tapi tak tau kat mana. Kacang Pool Haji ni kedai dia kat Plaza Larkin, dekat-dekat dengan stesyen bas. Mee Rebus Stulang pun dah pindah sana. Semalam gua try dua-dua sekali, mee rebus special stulang pas tu gua paw kacang pool Ummi.
Monday, October 25, 2010
Kacang Pool Haji
Ni makanan baru yang gua cuba masa berada di JB weekend baru-baru ni. Dengar citer kat KL pun ada satu port yang ada jual makanan ni. Tapi tak tau kat mana. Kacang Pool Haji ni kedai dia kat Plaza Larkin, dekat-dekat dengan stesyen bas. Mee Rebus Stulang pun dah pindah sana. Semalam gua try dua-dua sekali, mee rebus special stulang pas tu gua paw kacang pool Ummi.
Tuesday, October 19, 2010
Funfair Di Subang 2

Gua ingat lagi... Zaman gua sekolah rendah, kat funfair la kalau nak tengok Search, Wings dan band-band rock awal se zaman Battle Of The Band buat concert. Tradisi ini diteruskan sehingga zaman XPDC tengah naik masa penghujung 90'an. Tapi funfair sekarang dah takda band yang nak main. Mainan-mainan serta game-game 'tikam' pun dah mahal. Kena beli token dulu sebab tokey-tokey funfair nak make sure diaorang dapat collect duit dulu walaupun customer belum main. Setakat naik naik ferris wheel tu pun sampai 4 token (RM4 untuk 4 token). Masa gua pegi minggu lepas, anak-anaknye je la yang main. Mamat-mamat yang jaga permainan-permainan tu pun gengster satu macam je gua tengok. Silap-silap kalau lu tipu diorang, anak lu dia sebat terus...
Monday, October 18, 2010
SGHC Crew vs Ulu Tiram SxEx
Wednesday, October 13, 2010
Monday, October 11, 2010
Cangkuk Seluar Part 2

Ramai orang salah sangka dan tak puas hati masa 1st posting pasal cangkuk seluar kat toilet PTG tempohari. Macam mana la lu orang boleh buat prasangka buruk kat gambar tu? Fitnah tu dosanya lebih besar dari membunuh... Emo la pulak gua.


Toilet PTG Melaka ni gua suka. Macam kat sekolah tadika pulak gua rasa. Paling penting, cangkuk seluar dia kukuh dan ada double pencangkuk. Gua tak risau pasal nak gantung seluar ke, gua rasa beg laptop gua pun boleh gantung.
Gua memang suka toilet yang besih lagi wangi. Gua gua salute pada toilet maintenance kat PTG Melaka ni. Nanti gua post no telepon kontraktor dia kot kot sapa-sapa nak kasik kontrak bersih toilet kat diorang.
Saturday, October 9, 2010
Kacang Best..

Kepada yang sememangnya "true" lagi "extreme" melayan kacang mengelembu sambil lepak-lepak, kena try kacang ni. Gua rasa Ngan Yin pun tak sesedap kacang ni. Gua jumpa masa nak beli ubat gigi kat Giant Ampangan sebab last week masa gua outstation kat Somban, lupa bawak ubat gigi. Tapi rasanya, mana-mana Giant pun ada kot.
Nama pun "Supernut". Didatangkan dari Pati, Indonesia oleh PT Dua Kelinci Food Industry, sekali bukak satu plastik, gua sorang pun boleh habiskan. Yang gua beli ni perasa garlic (bawang putih). Pheh.. Dia punya aroma memang semacam. Harga promosi kat Giant, RM1.90.. Gua beli 5 bungkus buat stock...
Wednesday, October 6, 2010
MacBuntu

Mac OS + Ubuntu OS... Jadilah MacBuntu. Nak pakai Macbook tak mampu lagi. Bila hardisk laptop gua corrupted bulan lepas, so gua pun mencuba-cuba pakai Linux pulak. Tak macam masa awal tahun 2000 dulu, bila nak pakai Linux je, banyak nak kena pakai command yang ala-ala unix punya command. Sistem pengoperasian Linux sekarang dah banyak yang ada desktop tersendiri. Salah satu yang popular sekarang ni Ubuntu.
Gua pakai pun sebab terbaca artikel pasal MacBuntu desktop yang dah release pertengahan tahun 2010 hari tu. Dari segi look and feel lebih 50% la macam Mac OS. Tapi dari segi performance, sememangnya linux lebih power. So bila pakai MacBuntu, dapat la look and feel yang macam Mac OS tapi dengan linux perfomance yang still remain.



Sapa-sapa yang baru nak try pakai Ubuntu, tapi taknak buang lagi Windows korang, boleh download Wubi (Ubuntu setup file yang boleh run dari windows). Kalau tak suka, boleh uninstall je dari Windows.

Download Wubi kat sini: http://releases.ubuntu.com/10.04/wubi.exe
Monday, October 4, 2010
Selamat Hari Jadi Natrah Haji Amat
SGHC Open House

3 orang otai yang sedang membakar ayam, dari kiri, Abang Dollah, Wak dan Abang Zul
Semalam, secara tak rasminya gua jadi salah seorang ahli bertugas untuk majlis jamuan hari raya Jalan Bumi U5/136A, SGHC. Dari mengangkat khemah, susun meja, menghidupkan bara api dapur BBQ sampai la memanggang ayam, gua ada terlibat. Memang secara tradisinya, majlis-majlis anjuran kariah SGHC, mesti ada BBQ. So bila pukul 4:30 petang tu, nampak je asap naik, diaorang pun terus la serbu. Alhamdulillah, majlis kali ni consider berjaya. Sampai 10 malam baru settle. Makanan pun dengar citer, takda la yang sampai terbuang. Semua settle.
P/S: Kepada organizer, mintak maaf sebab kuah durian untuk cicah roti jala terpaksa bertukar kuah kari ayam. Durian tak musim sekarang ni..Takkan gua nak buat kuah durian pakai D24.
Subscribe to:
Posts (Atom)







