Malam minggu lepas, kepala gua sekali lagi berdenyut..Puncanya, kepala gua terhantuk bucu rak dinding kat ruang tamu rumah Gua, masa nak spray Ridsect... Sopak dahi Gua...Ingat benjol macam tu je..ehhh.. berdarah pulak..
Monday, January 17, 2011
Kepala Berdarah
Gua jarang mengalami kecederaan di bahagian kepala. Abis kuat pun kena sengat tebuan masa bawak motor (Zaman sekolah-sekolah dulu).. Itupun sebab tebuan tu dah mati kutu sebab tak boleh kuar daripada helmet Gua. So dia buat tindakan drastik, dia sengat je la kepala Gua...Berdenyut kepala..
Tuesday, January 11, 2011
Monday, January 10, 2011
Pisau Cukur
Gua paling ngeri kalau gunting rambut kat kedai, pastu tukang gunting tu offer gua nak cukur janggut guna pisau cukur... Time dia cukur kat leher tu, gua selalu terbayang macam-macam. Kalau la dibuatnya dia hilang fokus...Zasss terpotong urat merih....memancut-mancut darah kuar..Gua rasa pasni gua tak bagi dah dia cukur janggut gua.. kalau nak trim pun, pakai mesin cukup la.. Trim no 2 ke... No 3 ke...
Monday, January 3, 2011
Jalan U3 Hardcore Crew

Memang Chaos... Tapi Gua tengok, Mak Bapak yang over...Masa budak-budak beratur nak beli makanan kat kantin, ada satu mak budak ni, ikut beratur sekali dengan anak dia, sampai kena sound dengan makcik kantin...

Gua ngan Ummi tunggu sampai waktu rehat je...Ajar Najmi beli kuih ngan mee kat kantin...Esok pandai-pandai la kamu Najmi...

Dia punya feel layan Meggi Goreng kat kantin
"RAJIN NAJMI RAJIN, RAJIN LA BELAJAR, JANGAN KASI MALU, SAMA ANAK BANJAR..."
Pembalut Buku Dah Canggih
Live Dari Bahtera Ilmu
Thursday, December 30, 2010
Jersey Nike Malaysia Sold Out

Masuk je Team Malaysia ke Semi Final Piala Suzuki AFF, semua sibuk carik jersey Nike Malaysia..Tengok la kat Al-Ihsan.. Mak aii..RM200 lebih..Sama je harga jersey-jersey International Club yang ada jual jugak kat situ...Tapi dengar citer jersey Malaysia memang laku.. Termasuk la yang jual kat Pasar Malam, etc..Anyway, tahniah buat skuad muda Malaysia kerana berjaya mengalahkan Indon yang sememangnya salah satu pasukan Gergasi Bolasepak Asia Tenggara. Walaupun kalah 2-1 di Indon malam tadi, tapi berbekalkan kemenangan kat Bukit Jalil hari Ahad lepas (3-0), kita menang dengan aggregate 4-2.. Tahniah Pasukan Harimau Malaya
Saturday, December 25, 2010
Layan Corner
Tuesday, December 21, 2010
Ulangtahun Perkahwinan

Banyak betul sambutan hari-hari penting bulan ni... Awal muharram, Krismas, etc... Semalam birthday Adik... Hari ni pulak wedding anniversary Gua ngan Ummi ... Gua sayangkan Masjid yang Gua bina bersama Ummi ni... Demi mempertahankan masjid yang dibina ini, insyaAllah Gua janji akan buat banyak lagi bende yang akan mengembirakan hati Ummi dan anak-anak..Akan Gua pertahankan Masjid yang Gua bina ni, seperti mana mempertahankan Masjid Al-Aqsa kat Palestin sana...Alhamdulillah..Doakan semoga Gua ngan Ummi serta anak-anak kekal bahagia selamanya... Sayangnya Gua kat family Gua, melebihi segalanya.. I love you Natrah, Najmi & Najwa...Love you so much...
Tahun ni, sebab tak sempat nak buat preparation apa-apa, kadpun tak sempat nak beli..Cuma Gua je la yang dah beli Rear Mirror jenama DAD (yang ada bling-bling berlian) kat Ummi minggu lepas..So petang tadi, Gua balik keje kira awal la jugak.. Pukul 6:00 ptg Ummi dah tunggu kat opis Gua.. Kitaorang gi makan kat Muara Ikan Bakar, Port Klang... First time gua jejak kaki kat sana.. Itu pun Garmin yang tolong guide. Order lebih kurang untuk 2 orang makan...ada Ikan siakap steam, Udang masak pedas, Sotong goreng tepung, sayur kangkung belacan...sampai-sampai je..nah kau...macam 4-5 orang makan...
Tapi Gua dah layan makan seafood kat Umbai dan Alai (Melaka)...Kuala Perlis...Gua rasa kat Muara Ikan Bakar ni, consider paling mahal la..Ikan pun tak fresh mana..Cuma masakan memang sedap...Next time boleh pegi lagi kot...
Mula-mula Sotong Goreng Tepung dengan kangkong goreng belacan sampai
Udang masak pedas yang dekat 4-5 orang makan punya
Siakap steam dia tak lawan macam kat Pak Mud Tomyam kat Seri D'sara
Habis licin semua
Macam kene tembak... Nampak sangat gelojohnya
Monday, December 20, 2010
Tugu Negara aka Pakcik Tan
Gua tau ramai daripada Lu orang yang dah 10 - 15 tahun duduk kat KL ni pun, tak pernah jejak kaki kat Tugu Negara ni. Patung besar yang diperbuat daripada Gangsa ni ni terletak tak jauh daripada bangunan Parlimen. Gua cakap kat Adik, ni la dia Pakcik Tan waktu siang...Bila malam dia akan bangun carik budak yang lambat tido...
Subscribe to:
Posts (Atom)






