Friday, May 20, 2011

Stop Lynas


Malaysia is not a RADIOACTIVE's Waste Dump Site

Ole sayang Part II


Repeat makan kat Ole Sayang minggu lepas. Kali ni Gua sempat mengambil gambar Otak-Otak yang memang best kat sini. Kalah otak-otak Gelang Patah.

Linghams


Sos cili ni takda kena mengena dengan band Noise Grind Sadistic Lingam Cult. Tapi sos cili ni memang legend. Makan chicken chop ada french fries cicah dengan sos cili Linghams memang hardcore..

Mata Sepet



Soalan interview JPJ untuk Timmy... Pasang eyelid kat lampu depan macam ni kena saman tak? Hehehe

Untuk dijual..Wireless - N router


Gua punya Maxis Huawei modem jahanam minggu lepas. So semalam gi la carik broadband modem baru. Pegi kat kedai PC, paling murah pun jenama D-Link. Balik rumah, cucuk kat wireless router Gua...haram..tak support. So terpaksa la Gua tolak Aztech wireless-N router ni. Gua nak tolak murah je. RM100.. Walhal kat market harga dia ada yang cecah RM200 lebih. Gua baru je pakai sebulan. Special nya router ni, Lu hanya perlu cucuk lu punya broadband stick (Compatible dengan semua dari jenis Huawei), then satu rumah boleh guna internet through wireless. Ada 2 antena, so coverage pun agak kuat.

Set didatangkan bersama dengan power adapter, UTP cable, CD user manual, 2 batang antena serta modem berkelajuan tinggi. Cepat, barang baik ni. Kalau sapa-sapa pakai streamyx kat rumah pun boleh cucuk kat router ni. TM punya streamyx router pun jenis chekaii punya je..

Thursday, May 12, 2011

Makan Roti John bersama Ayam Golek


Punya la jauh Gua makan malam tadi. Setakat nak makan Roti John pun sampai nak kene pegi Tanjung Kling Melaka. Tapi yang special dia roti john kat sini, dimakan dengan ayam golek..pheh..memang pegiiii...Nama kedai, Restoran Barkat Roti John & Ayam Golek.



Emblem Scion


Kepada pengguna-pengguna kereta Toyota. Meh la tukar logo kereta anda kepada logo Scion.. Baru gerek. Sapa nak order, RM40 termasuk postage...Tulisan dia ada 2 jenis. Yang ni kaler merah..Lagi satu tulisan dia kaler hitam...

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Buruh


Selamat Hari Pekerja kepada semua Umat Manusia sedunia yang memburuh, membanting tulang demi mendapatkan punca pendapatan untuk menanggung kehidupan sendiri & keluarga. Untuk mereka yang tak bekerja, Mat-Mat Pet, Perompak, Pencurik dan yang meminta-minta, korang buat la hari lain untuk meraikan apa yang korang buat tu. 1st May dah lama kami booking.

Friday, April 29, 2011

Produk Baru


Kepada pengguna-pengguna Gen2 dan Persona. Sila hubungi Gua @ chiklong78@yahoo.com untuk order lampu belakang LED yang menawan ni... Harga, RM320 je.. Ada kaler merah ngan kaler putih clear. Gua dah bagi special deal dah ni...Kat luar mau RM400 ni...
Bila Lampu dinyalakan

Close up

Tuesday, April 26, 2011

Abang Besar


Gua kalau makan kat tempat sedap-sedap, selalunya Gua takkan lupa nak promote kat kawan-kawan. Kebetulan, Gua dah gaji. So seperti bulan-bulan sebelumnya, tetiap bulan Gua dan keluarga akan carik satu tempat makan best yang sebelum ni tak pernah try makan sekeluarga.


Restoren bakar-bakar ala Barat ni namanya Big Brother Restaurant & Grill. Kedai Abang Besar ni diperkenalkan oleh Bos Gua, Shukri. Tapi ada kes la masa Gua makan ngan dia hari tu, yang menyebabkan Gua dapat makan Free masa tu. Cuma menurut Taukeh restoren, bende tu 1st time terjadi... So Gua takda hal la dan malas nak diperbesar-besarkan. Lagipun restoren orang kita jugak dan masakan dia memang sedap.


Sapa nak try, boleh la gi kat area Dataran Sunway, Kota Damansara. Somewhere kat area Giant & Carrefour Kota Damansara. Kalau nak makan steak kat TGI Friday ke, Chilli's ke, mahal sangat.. Tapi kat Big Brother ni, boleh la rasa steak & Chop yang resepi dia ala-ala restoren-restoren Grill lain yang branded-branded tu...