Monday, March 18, 2013

Island BBQ Steamboat


Island BBQ Steamboat adalah tempat feveret Gua untuk ber-buffet untuk melantak makanan rebus-rebus dan bakar.. Bukannya apa, sebab tempat ni dekat sangat ngan rumah Gua.. Dalam 5 minit je dah sampai. Lokasinya yang terletak agak terpencil di Kampung Melayu Subang, dan dikelilingi kawasan kampung, dahulunya tak la terlalu famous sebab tak ramai yang tahu.. Tapi sejak dah masuk Jalan-Jalan Cari Makan hari tu (Gua ada makan situ masa sesi rakaman), setiap malam sentiasa penuh.. Kalau malam minggu kalau booking last minute, memang takde tempat. Harga pun dah naik sikit, tapi masih belum tahap rip-off sebab makanan pun dah semakin banyak, tempat pun dah makin besar.. Dewasa RM21.90 dan budak-budak 6 tahun ke 12 tahun, RM9.90. Makan la sampai kenyang.. Takde sapa nak larang..
Nubaid Makan Sayur je..

Masa 17/3/2013 lepas, Ummi belanja Gua satu family makan kat sini. Terima kasih banyak-banyak la Ummi.. Next time kita pegi lagi..
Tengah tunggu Meggi Masak


Monday, March 11, 2013

R.I.P.... 13/2/2013 - 10/3/2013

POK TAM.. 13/2/2013 - 10/3/2013
Mungkin kerana dia berbulu hitam seperti bapa dia, Tom.. Dia telah dipinggirkan oleh ibu dia, Ginger dan adik-beradiknya yang berbulu putih.. Allah lebih menyayangi mu Pok Tam..Dia telah meninggalkan kami kurang sebulan selepas dilahirkan ibunya, Ginger... Kami merindui telatahmu yang sedang aktif membesar..

Kau Ginger tak rindu ke kat anak kau Pok Tam???

Monday, February 25, 2013

Selepas Seminggu Lebih

Ni Pok Tam.. Salah seekor anak Ginger selepas berumur seminggu lebih. Dalam 4 bradik, dia sorang je yang berbulu gelap. Mengikut jejak bapak dia si Tom. Budak-budak bulu ni dah pandai makan sendiri, walaupun masih menyusu badan..

Wednesday, February 20, 2013

Dapat Cucu


Dulu masa tahun 2004, sebelum Najmi lahir, Gua ada bela 2 ekor Hamster jenis baka Winter White. Gua bagi nama Tuttie & Fruittie.. Bila Gua dah dapat 1st Baby (Najmi), Gua hantar 2 ekor hamster ni ke rumah Mertua Gua, untuk dijaga oleh Adik Ipar Gua, Namirah.. Tapi sekor mati dan sekor lagi hilang entah ke mana..

Masa Birthday Najwa ujung tahun lepas, Gua bagi dia hadiah sepasang Hamster jenis Winter White jugak.. Gua bagi dia nama Tom & Ginger. Gua memang nampak 2 ekor budak bulu ni memang mesra semacam je..

Ginger yang memakai contact lense merah
Nak dijadikan cerita, masa Gua balik Gong Rosmoh, Kuala Terengganu baru-baru ni, Gua bawak la balik budak bulu 2 ekor ni.. Mungkin iklim di Kuala Terengganu yang berdekatan dengan laut, ataupun si Ginger ni teringin nak bagi anak-anak dia merada dapat Wang Ihsan hasil dari Royalti Minyak bila pakatan memerintah nanti, Si Ginger ni pun terberanak la 5 ekor baby yang besar jari kelingking budak je kot. Tapi sekarang tinggal 4 ekor sebab sekor lagi tu, hilang entah ke mana.. Ginger tertelan kot..
Cucu-cucu angkat Gua

Gua belum bagi nama lagi cucu-cucu Gua ni, sebab jantinanya masih belum dikenalpasti.. Kene bawak kedai haiwan peliharaan kot untuk check jantinanya..

Bela Hamster jenis Winter White ni, tak pening kepala sangat, sebab dia tak busuk macam yang jenis Syrian.. Najis dia pun kecik-kecik je..Tapi kalau Lu ada bela kucing, Gua nasihatkan, takyah la bela hamster..Silap-silap rumah Lu nanti jadi scene untuk cerita ala-ala Tom & Jerry pulak nanti..

Runtuh lagi...


Ni la projek kroni.. Dah runtuh pun boleh runtuh lagi.. Masa tengah repair pulak tu.. Apa punya stadium Gong Rosmoh la...Untuk Cerita Lanjut..

Thursday, February 7, 2013

Sayang

Gua memang dah lama tak bermain dengan video editing ni..Walaupun dulu Gua ambik major in Multimedia masa buat Degree dalam Computer Science, tapi zaman tu nak buat video editing punya la payah. Dari video tape, bawak masuk studio untuk buat raw editing.. Bila nak buat digital video pulak, tape tu kene bawak kat lab multimedia untuk buat digitizing..Pastu baru la boleh buat editing guna komputer. Zaman sekarang ni, semua dah digital.. Software untuk video editing pun dah berlambak dan kebanyakannya free pulak tu.. Cuma rajin tak rajin je la. Video ni dah lama gua buat. Cuma Gua segan nak publish kat sini. Tapi pada Gua, kepuasannya adalah amat berbeza berbanding dengan kalau Gua beli hadiah dan bagi kat orang tercinta masa anniversary.. Kalau tak percaya, cuba la buat..

Berkabung

Ini adalah entri pertama Gua untuk tahun 2013. Kalau kebanyakan Blog, entri tahun baru akan dimulakan seawal Januari 2013, Gua dah nak dekat pertengahan Februari, baru sempat untuk mengemaskini blog Gua.

Gambar kenangan Gua bersama Arwah Abah
Januari 2013, umpama bulan berkabung bagi Gua kerana pada 6 Januari 2013, Gua baru kehilangan Ayah Mertua tercinta, Haji Amat bin Daramuji. Allahyarham meninggal di Hospital Kuala Terengganu pada jam 10 malam, 6 Januari 2013, setelah 4 hari terlantar di Hospital, tidak sedarkan diri. Puncanya, Arwah Abah terjatuh di dalam bilik air, kemungkinan akibat stroke. Arwah Abah yang baru berusia 59 tahun, meninggal dunia di tatkala semua keluarga terdekat masih memerlukan beliau di sisi. Arwah Abah memang rapat dengan Gua, malah Gua boleh katakan yang Gua lebih rapat dengan Arwah Abah berbanding ayah kandung Gua sendiri. Tetapi cinta Gua kepada Arwah Abah dan Abah kandung Gua memang tidak pernah berbelah bagi. Kepada sesiapa yang mengenali Arwah Abah, Haji Amat Bin Daramuji, Gua memohon, sedekahkanlah sekurang-kurangnya Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga roh Arwah Abah tenang di alam sana.

Tak banyak aktiviti pada hari-hari yang lepas Gua boleh nak update kat sini. Cuma, alhamdulillah, bantuan persekolahan RM100 untuk anak-anak sudah Gua terima bulan lepas. Untuk 2 orang anak Gua yang bersekolah, Najmi dan Najwa, Gua dapat la RM200. Sekurang-kurangnya dapat la jugak cover sikit duit awal persekolahan yang dah habis masa bulan 12 dan awal tahun hari tu. Bila dah anak bersekolah ni, baru la kita tahu susah payahnya mak bapak kita nak membesar dan menyekolahkan kita satu masa dahulu. Dari segi kewangan, mak ayah kita tak pernah merungut pun masa tu. Cuma kita je yang tak faham. Kita selalu merungut pada mak ayah kita bila apa yang kita minta dari diorang, tak dapat ditunaikan. Tapi kita tak sedar, yang mak ayah kita dah sediakan keperluan asas kita dengan sempurna, dan itu adalah amat memadai untuk disyukuri.
Jurassic & Ice Age Adventure @ i-City

Weekend lepas, Gua bawak la anak-anak dan isteri ke i-City. Ada dekat 2 tahun dah kot Gua tak gi sana. Banyak tempat-tempat menarik baru yang dah ada kat sana. Tapi since Gua pegi pun dah petang dan malas nak balik malam sebab esoknya budak-budak dah nak sekolah, Gua hanya sempat bawak budak-budak masuk "The Jurassic & Ice Age Adventure" yang baru sahaja dibuka di i-City. Dapat la budak-budak tengok dinasour buatan, walaupun Gua tengok tempat tu pun macam tak siap je lagi.




Macam Ultraman Tiga tak?
2 hari lagi, Gua akan bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.. Gua dah plan nak balik Gong Rosmah, Kuala Terengganu. Doakan perjalanan Gua pergi dan balik semula ke KL dengan selamat. Gua akan melawat kubur Arwah Abah yang amat Gua rindui.

Wednesday, December 19, 2012

Nak Bukak Sekolah

Asal cuti akhir tahun je, sibuk sale sana sini, dan barang wajib adalah pakaian sekolah.. Dari kasut sekolah, seluar sekolah, baju sekolah, beg sekolah, pencil box, pembalut buku, etc.. macam-macam la...

Tahun depan sorang lagi anak Gua akan masuk sekolah rendah.. Najwa punya turn pulak masuk darjah 1. Kalau dah budak pompuan ni, stendet la.. Semua nak yang ada kene mengena sama ada dengan Barbie, Dora, Disney Princess, Powerpuff Girl, etc. Beg Ummi belikan beg jenama Swan ada gambo Powerpuff Girl. Siap ada roda lagi.. Ke hulu ke hilir si Najwa ni tarik beg dia ni.. Silap-silap bukak sekolah nanti dah jahanam dah beg tu nanti.. Kasut brand Disney Princess.. Itupun asalnya nak yang Barbie punya brand..Tapi Gua berjaya memujuk sebab Barbie punya brand, bodoh-bodoh pun Rm30.. Stokin Barbie punya brand.. Beli pun sebab murah..Tapak stokin kaler pink..Gua tengok bila time cuti sekolah ni, sale pakaian sekolah bukannya makin murah.. Mahal lagi ada..Cuba lu gi check balik harga-harga barang sekolah bila dah masuk bulan 2 nanti ke..sure ada barang yang lagi murah harganya daripada sekarang.. Nak clear stock katakan...

Kasut Kiki Lala.. Beg Swan gambo Powerpuff Girl.. Stokin Barbie
Najmi, sejak lepas sunat ni, dia rasa dia dah dewasa la kot.. Beli beg sekolah pun dah taknak yang ada gambo katun-katun dah.. Nak yang plain je.. Cuma Gua ikut gak la dia punya mengidam kasut sekolah tapak kaler merah.. Dari pertengahan tahun lagi dia nak kasut Pallas Jazz tapak kaler merah tu.. Mahal siut.. RM30++ harganya.. Dulu masa zaman Gua sekolah, kasut Pallas Jazz ni RM10 je boleh dapat.. Sepasang lagi Gua beli la kasut B-First (Bata punya) tapak kaler Biru.. Tapi Pallas ada keluar produk baru model diberi nama Rejam... Ni untuk main Takraw la ni... Tapak kaler Hijau tu.. Nanti bila dah trandy, sure Najmi nak jugak kasut tapak kaler hijau pulak lepas ni...

Najmi pakai yang Zip Zap je..Tak pandai lagi ikat tali kasut


Ni contoh tapak kasut Pallas Jazz yang tapak merah


Overall, untuk 2 orang anak yang bersekolah rendah ni, RM450 tu kira minimum la nak kene spend bila diorang nak bukak sekolah... Dah la bantuan RM100 dari kerajaan untuk seorang anak bersekolah dalam budget 2013 tu pun tak dapat lagi... Tahun lepas dia bagi awal pulak...Nak tunggu dekat pilihanraya ke-13 kot baru diorang nak bagi....


P/S: Kiki Lala, Diadora, Fila pun dah keluar kasut sekolah dah sekarang ni.. Tapi zaman Gua dulu, sape pakai Converse putih pegi sekolah, memang kaya la...Dulu RM60 lebih je.. Sekarang dah RM100++.. Gua hanya mampu pakai All America...
RM100 lebih dah harga sekarang

Thursday, December 13, 2012

Lynas = Jamban Australia Untuk 1 Malaysia


Gua sememangnya dari awal menentang keras pembukaan loji sisa nuklear oleh Lynas, sebuah syarikat yang sebenarnya hampir bungkus di Australia sana.. Sehinggakan negara sendiri pun tak sanggup nak simpan sisa nadir bumi ni. Pastu diorang cuba bodek China, pun tak sanggup.. Tiba kat Malaysia, ada pulak Pak Menteri bangang yang bersetuju nak proses bende alah ni... Mana taknya, poket sudah masyuk banyak siak.. Gua cabar Adnan Yaakob yang suka mencarut tu, tak pun Maximus Ongkili buat rumah sebelah loji Lynas kat Gebeng tu.. Buat la banglo ke istana ke yang besar-besar sikit, pastu duduk kat situ 5 tahun pun jadi la...Kita tgk la kalau-kalau telinga Adnan Yaakob jadi besar sebelah sebesar telinga gajah ke lepas tu...Senang sikit Gua nak cantas...

Wednesday, December 12, 2012

12/12/2012


Gua membuat posting ni selepas detik 12 malam pada 12/12/2012. Satu tarikh yang agak unik yang mana pernah menjadi kepercayaan sesetengah Mat Salleh bahawa tarikh ni adalah tarikh keramat, di mana kemungkinan sesuatu peristiwa penting akan berlaku pada tarikh ini. Sampai ada yang mempercayai bahawa hari kiamat jatuh pada tarikh ini. Semua itu karut belaka. Mana mungkin manusia boleh mengetahui tarikh hari kiamat melainkan Yang Maha Esa sahaja yang maha mengetahui dan telah membuat ketentuan ke atas apa yang telah ditentukan oleh Nya. 

Sebuah filem telah diterbitkan pada tahun 2009 bertajuk '2012' yang berkisarkan tentang kehancuran dunia, apabila gempa bumi yang sangat dasyat melanda disertakan dengan Tsunami yang membanjirkan sebahagian besar muka bumi, sehinggakan ratusan juta manusia tidak dapat menyelamatkan diri dari bencana ini. Di dalam cerita ini, kita dapat melihat bahawa kononnya hanya Kapitalist yang berhak untuk hidup, apabila kira-kira 400,000 manusia terpilih dan berharta mampu untuk membeli tiket menaiki Bahtera besar yang kononnya mampu menyelamatkan mereka dari bencana ini. Agak kelakar apabila ramai Mat Salleh yang mempercayai bahawa masih ada peluang untuk mereka menyelamatkan diri daripada hari kiamat. Kalau sebelum ini, banyak kajian dilakukan untuk melihat sama ada kesesuaian manusia untuk hidup di Planet Marikh, seandainya Bumi ini musnah, lebih kurang macam tu lah jugak plot cerita ni. 

 Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat.   (Surah Azzumar : 68)

Tatkala Israfil meniupkan sangkakala yang kedua, tidak akan ada makhluk yang akan terlepas daripada kematian, di langit dan di bumi.

Aku baca satu penulisan berkenaan Kengerian Hari Kiamat dan sememangnya Aku insaf... Semoga Kita akan tergolong di dalam Ummat Nabi Muhammad S.A.W, yang akan dipermudahkan untuk dihisab di akhirat kelak dan apabila Kita dibangkitkan dari kubur kelak, berita gembira yang kita terima adalah, syurga kita telah tersedia untuk kita semua.. Amin.