Thursday, September 16, 2010

Masuk Darjah 1


Gua rasa, setakat ni Jabatan Pendidikan Selangor antara yang paling advance la, sebab dah ada sistem daftar budak nak masuk darjah 1 secara atas talian (online). Lu buat la, macam mana pun, at last nanti sampai kat sekolah, kerani dia akan suruh register online jugak. Nak suruh diaorang buat, kena bayar...

Alkisahnya, si Najmi ni dah lambat daftar. Dia sepatutnya daftar darjah 1sebelum April 2010 lepas. Tapi Gua yang tak berapa reti ni, baru je daftar dia bulan July lepas.. Mula-mula nak la register kat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.. Alih-alih surat sampai, dapat la sekolah kat Kg. Melayu Subang... Gua dah tengok sekolah tu.Memang OK, cuma payah sikit nak hantar sebab tak sama laluan gua gi kerja. So tadi gua buat la rayuan mintak masuk sekolah baru kat Subang Perdana, Seksyen U3. Itu pun kena buat online jugak. Keputusannya, bulan 10 nanti baru dapat. Mintak-mintak OK je lah.

No comments:

Post a Comment