Monday, October 4, 2010

Makan Di Meja VIP


Weekend lepas, gua gi kenduri kawen anak pompuan Haji Suhid bin Pawiro, JP (hehehe... Javanese Peranakan). Buat kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban tu. Niat di hati, nak datang awal dalam pukul 11:30 ke, pas makan terus blah la.. Sebab banyak open house hari tu gua nak pegi. Kira daripada breakfast sampai supper la penuh jadual.

Sampai Seremban pukul 12 lebih. Mencarik lokasi, dekat 15 minit. Pastu tunggu Shukri. Ada 2 tempat makan, satu khemah kat luar, satu lagi kat dalam dewan. Gua takut yang kat luar dewan tu majlis orang lain, so gua pun gi la carik Haji kat dewan. Jumpa je Haji, dia suruh penyambut tetamu bawak kami kat meja VIP. Pheh, first time gua jadik VIP.


Majlis memang grand. Ada live bank otai-otai main lagu lama ber 'slang' Nogori Sembilan (Minang). Dia punya MC, Abby Yus yang selalu berlakon lawak cakap Nogori Sembilan tu. Tapi bila jadik MC, lawak dia tak de orang gelak pun. Mungkin sebab oranmg kat situ memang orang tempatan.. Dah biasa dengan slang Negeri Sembilan. Kalo kita tgk kat TV tu, macam lawak sangat je.



Satu penyesalan yang amat sangat masuk dalam dewan. Kena tunggu pengantin datang, bersanding, tepung tawar, pengantin turun stage pegi meja makan... baru la tetamu boleh makan. At last dari pukul 12:45PM masuk dewan, pukul 2:30 baru dapat makan. Jawabnya, kansel la 2-3 open house yang aku nak pegi.

Buat Haji Suhid, selamat menerima menantu. Orang Ganu tu..Kalau bas rombongan pengantin nak hantar majlis rumah lelaki nanti ada kosong, boleh sekiranya anakanda menumpang balik kampung kat Gong Badak...

No comments:

Post a Comment