Tuesday, April 26, 2011

Sany Char Koew Tiaw

Branch baru dah bukak kat area Subang.. Apa yang menariknya Sany Char Koew Tiaw ni sampai yang famous sangat, sampai budak-budak Vioszeroseven suka buat TT kat situ? (Branch kat Taman Tasik Titiwangsa). So malam minggu tadi Gua sekeluarga pun mencuba lah Sany Char Koew Tiaw ni..



Tapi sebenarnya, Gua bukannya nak makan sangat pun kat situ. Tujuan utama selain nak merasa Char Koew Tiaw si Sany ni, Gua nak beli kicap dia yang turut dijual di situ. So lepas ni boleh la Gua DIY masak sendiri kat rumah.

Sebotol, besar botol kicap tu harganya RM8. Tapi nak test punya pasal, Gua beli je... Masa nak beli tu, Tuan punya kedai cakap, kicap tu nak kena campur ngan air panas. So satu botol tu sebenarnya, lepas campur air panas, Gua boleh dapat 2-3 botol lagi yang sama saiz, selepas dicampur dengan air panas. So boleh la masak banyak kali.



Esok paginya, Gua jadi chef of the day lagi... Nama menu - char koew tiaw, dimasak kurang 1 minit 1 pinggan. Panjang nama dia. Tapi yang penting, semua orang puas hati Gua masak pagi tu.. Ada yang nak basah,kering, banjir, melimpah...Semua Gua bikin. Last sekali tu, Adik cakap kat Gua.."Esok Abah masak lagi ye".... Banyak la.. Masak meggi boleh la...

No comments:

Post a Comment