Friday, October 1, 2010

Cendol Haji Shariff




Peminat cendol dan rojak yang true, kalau masuk Bandar Seremban, kena try Cendol Haji Shariff. Ni kira mainstream punya cendol la sebab bukan cendol tepi jalan yang selalu jual atas lori je tu, sebab dia jual kat restoran.


Kedai dia ni cuma ada Cendol dan beberapa jenis minuman lain dan rojak. Lu jangan gatal-gatal order roti canai banjir je, thosai ke apa. Mamak tu suruh lu pegi uli tepung je nanti.


Ada lagi satu kedai cendol gua teringin nak pegi tapi tak pegi-pegi. Cendol order sekali, tambah banyak kali kat Senawang. Yang ni dulu ada masuk Majalah 3. Nama dia Cendol Leman Dawi. Tak sempat lagi gua nak singgah.


Tuesday, September 28, 2010

Senapang Mainan Mahal


Kalau anak-anak lu orang gi kedai mainan, ada jual senapang ni, lu orang tarik dia gi jauh-jauh..bawak la diaorang gi tengok kereta control race tin ke... lu orang takda la sampai terpaksa nak kena beli senapang Nerf yang beratus-ratus ringgit harganya ni. Anak gua serba memahami erti perkataan 'MAHAL'....

Monday, September 27, 2010

Open House Sana Sini


KL ni, kalau time raya memang kengkadang terlajak-lajak sampai lebih sebulan. Weekend tadi berkesempatan pegi beraya di beberapa rumah dan surau yang menganjurkan majlis jamuan hari raya. Gua juga berpeluang beraya ke rumah Ipin kat Ampang, walaupun terpaksa meredah jem yang menggila bila time lepas raya ni terutamanya weekend. Dengar citer masa hari sabtu tu ada yang sangkut sampai 3 jam time nak keluar dari KL.

Tapi bagi gua yang paling happening masa gua layan jamuan hari raya kat surau sebelah taman gua. Start pukul 7 malam gua yang jarang sangat gi sembahyang jemaah kat surau, tapi makan punya pasal, malam tu Maghrib Isyak gua jemaah kat surau. Setakat ni takda satu open house pun yang gua pegi buat BBQ segar. Tapi surau taman kariah gua buat BBQ hari tu. Ayam, udang, sotong, ikan, kentang, jagung...semuanya dibakar segar....

Friday, September 17, 2010

Thursday, September 16, 2010

Masuk Darjah 1


Gua rasa, setakat ni Jabatan Pendidikan Selangor antara yang paling advance la, sebab dah ada sistem daftar budak nak masuk darjah 1 secara atas talian (online). Lu buat la, macam mana pun, at last nanti sampai kat sekolah, kerani dia akan suruh register online jugak. Nak suruh diaorang buat, kena bayar...

Alkisahnya, si Najmi ni dah lambat daftar. Dia sepatutnya daftar darjah 1sebelum April 2010 lepas. Tapi Gua yang tak berapa reti ni, baru je daftar dia bulan July lepas.. Mula-mula nak la register kat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.. Alih-alih surat sampai, dapat la sekolah kat Kg. Melayu Subang... Gua dah tengok sekolah tu.Memang OK, cuma payah sikit nak hantar sebab tak sama laluan gua gi kerja. So tadi gua buat la rayuan mintak masuk sekolah baru kat Subang Perdana, Seksyen U3. Itu pun kena buat online jugak. Keputusannya, bulan 10 nanti baru dapat. Mintak-mintak OK je lah.

Kipas Syorga


Masa gua belajar kat UTM dulu, ada member gua ni namanya Besor. Dia telah menggelar kipas yang mengeluarkan wap air selalu kita nampak kat kedai mamak tu sebagai Kipas Syur**. Betul-betul merepek siak Mamat ni. Tapi bila ingatkan balik aku memang akan tersenyum...


Kalau ilmu lu tinggi, lu boleh nampak wap air keluar dari gambar kipas ni

Baru-baru ni aircond Panasonic 1HP kat bilik aku buat perangai. Tak sejuk langsung. Memandangkan masa tu aku tengah outstation, Ummi telah membuat satu langkah drastik dengan membeli sebuah kipas berdiri yang boleh mengeluarkan wap air. Mahal jugak harga kipas ni. Tambah separuh harga lagi boleh dapat dah kot aircon yang takda brand punya. Tapi memang best kipas ni...Sejuk je macam pakai aircon dengan kelajuan kipas 1 dan temperature 25 darjah celcius je la rasanya. Tetiap malam kena isi tong air dia, supaya wap air boleh keluar. Kalau sapa-sapa nak, boleh contact gua. Gua boleh tolong belikan..Gua mark up harga 30 ringgit je dah la...

Ni tangki air dia..Takleh letak ikan Nemo dalam ni.....

Friday, September 10, 2010

Kayoss Di Pagi Raya



Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pagi ni agak Kayoss sebab ramai yang nak mandi last minute.. Nasib baik bilik air ada 2.. Biasa la..Kalau raya puasa, memang sunat kalau kita menjamah sedikit hidangan dulu... Sebab nak kejutkan perut untuk breakfast la kononnya sebab dah sebulan tak breakfast..

Jam dah 8:30 pagi, tapi semua belum keluar rumah laginak pegi masjid sembahyang raya.. Semua pakat rileks pasal ingat sembahyang raya start pukul 9.

Mula-mula tu, semua taknak naik kereta gua. Ye lah.. ada BM 5 series nak pegi sembahyang raya jugak pagi ni, semua ingat nak naik kereta Along la..



Tapi tengok Along pun tak start-start kereta lagi, Mak, Abah ngan Abang Mat pun naik la kereta Gua... Sampai Masjid, Imam dah start angkat takbir rakaat pertama nak start sembahyang raya.. Kelam kabut gua parking kereta.. Dapat Saf paling belakang, dekat dengan
tangga keluar.. Nasib baik sempat..

Balik sembahyang, sessi photography.. Camera Olympus gua dah bengong sikit, sebab battery cepat kong.. baru snap 3-4 keping gambar dah kong bateri. Alhamdulillah, tahun ni semua family gua complete beraya kat Parit Nibong dulu.. So dapat la tangkap gambar potrait sekeluarga.. Slack sebab kamera Kak Long yang dah tangkap banyak gambar cantik, memory card pulak rosak.. Habis semua gambar raya... Tinggal la gambar dari camera gua yang tak seberapa ni..

Thursday, September 9, 2010

Sup Tulang Gore


Ni bukan la sehebat Sup Tulang Gore yang Jimbo cerita pernah makan kat Singapore. Sebab Sup Tulang Gore yang Jimbo cakap tu
sup dia kaler merah ala-ala bloody bone gitu....Tapi tetiap tahun, ni lah menu sahur puasa hari ke 29 @ 30 yang mak gua buat..
Banyak ni.. Sekali hadap je boleh habis

Gore.....Sup tulang gore


Pheh.. Memang kayosss dibuatnya... Habis semua anak cucu menantu mak gua dah terrer makan sup kaki lembu... Tak sampai 2 jam
sup siap dimasak, tinggal kuah jek....
Sedut Sum-sum kaki lembu pakai straw...Pheh...Kuning jek kaler dia

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidil Fitri


Gua bertolak balik untuk berhari raya di Kampung Parit Nibong, Bagan Datoh pukul 11 pagi tadi. Jalan boleh tahan la jugak sibuknya.. Cuma takda la kena lalu jem yang panjang berjela.Gua ikut jalan Subang Galaksi - Paya Jaras - Kuang - Ijok - Assam Jawa - Tanjung Karang - Kuala Selangor - Sekinchan - Sungai Besar - Sabak Bernam - Simpang 4, Hutan Melintang - Sungai Sumun - Batu 20 - Selekoh - Simpang 3 - Jalan Rungkup - Parit Nibong. Sampai rumah kira-kira jam 2:30 petang. Gua pun ada singgah 2-3 tempat tadi. Singgah Tesco Tanjung Karang, (beli kentang 99 sen sekilo) pastu singgah Billion simpang 4 (Ummi nak beli stokin Najmi).

Ni kira buka puasa pertama dengan Mak Abah untuk tahun ni. Alhamdulillah.. Dapat jugak gua sekali lagi berbuka puasa dan beraya dengan kedua orang tua gua tahun ni. Lepas buka puasa, pengumuman raya oleh orang yang paling glamer bila time nak umumkan tarikh puasa ataupun raya. So confirm raya 10/9 ni. Takyah gua nak kelam kabut malam ni. Esok masih ada lagi. Ijie sampai lebih kurang pukul 10:30 dengan Naim dan Hidayah. Abang Long mungkin sampai dalam pukul 1 atau 2 pagi.. Kak Idah dan Abang Mat, betolak esok pagi.

Untuk rakan-rakan di luar sana, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri... Maaf Zahir Dan Batin dari Gua sekeluarga..

Ikhlas....
FAIZAL HJ ALI, NATRAH HJ AMAT, MOHAMED FARHAN NAJMI FAIZAL, SITI FAREESYA NAJWA FAIZAL.

Shopping Perabot Swedish Hardcore

Hari ni masuk hari ke-3 berturut-turut Ummi gi melawat Kedai Perabot Sweden yang bernama Ikea kat Mutiara Damansara. Pernah member gua cakap, Ummi ni patut dapat jawatan penjaga kunci gate Ikea sebab kalau kena dia nak sangat pegi Ikea tu, pintu belum bukak lagi dia dah tunggu kat depan.

Shopping 1st day, beli bekas bunga stainless steel tu

Shopping 2nd day, beli rak kayu... Drill terus kat dinding

Shopping 3rd day, beli lampu kertas ni pulak..sapa koyakkan siap kena belasah..

Ni kira last minute shopping sebelum balik kampung, sebab gua ngan Ummi ingat nak tambah satu perabot simple kat area ruang tamu rumah gua. So Ummi dah rikie satu sofa yang namanya 'Klipan' kat Ikea ni. Gua pun follow je lah, sebab hanya Avanza power gua saja yang mampu membawa sofa ni balik ke rumah, tanpa menggunakan perkhidmatan penghantaran Ikea yang silap-silap kena charge entah berapa tah.

Sofa Klipan di dalam Avanza ku. Ikea memang packing sofa ni bagi senang nak bawak

So far, rekod barang gua pernah bawak dengan Avanza ni, peti ais satu pintu. Gua rasa, sofa ni kira pecah rekod terbaru la nampaknya. Tak rugi gua beli kereta ni yang dah berusia 5 tahun lebih.