Thursday, May 20, 2010

Main Game Bola


Dah dekat musim World Cup ni, tetiba aku ketagih main game bola kat PS2 Najmi. Aku tak sempat gi beli CD PS2 FIFA World Cup 2010 lagi.. So CD FIFA 10 ni pun kira layan la jugak..Aku baru habis main satu round FA Cup Tournament malam tadi. Aku ambik team Manchester City je bagi menang... Masa semi final tu, belasah Liverpool 4-2...

Musim World Cup nanti aku kena gi outstation ke Melaka dekat 3 minggu. Tak tau la tempat aku stay tu ada Astro ke tak...Macam nak kena layan World Cup kat kedai mamak je tahun ni....

Gila Judi


Asalkan boleh buat duit, semua boleh jalan....Vincent Tan jugak yang makin kaya. Banner ni aku rembat dari blog Pozan..rokmobil.blogspot.com...Start je Piala Dunia nanti, sure penuh kedai tikam judi, Sport Toto dengan golongan yang nak kaya cepat... Tapi yang makin kaya, si kapitalis Vincent Tan... SGHC sebagai salah satu komuniti yang perihatin dengan masalah ini, sekeras-kerasnya menentang penghalalan oleh kerajaan Judi Piala Dunia ni....

Friday, May 14, 2010

Manesss


Bekalan gula berkurangan kembali. Ini kedai dekat ngan rumah aku dah start sorok gula kat bawah meja kaunter dia. Ini semua taktik sebab nak tunjuk bekalan gula kurang dan nak paksa kerajaan naikkan harga gula. Utusan Meloya semalam (13 Mei) ada cerita pasal kerajaan sedang mempertimbangkan semula untuk menarik balik subsidi gula. Aik..Bukan baru je ke harga gula naik. Alasan, macam biasa la...Gula tak baik untuk kesihatan... Aku sejak tahun 2008, memang dah kurang ambik gula. Sekarang ni pun gi minum kat mana-mana, aku order semua yang kosong-kosong je... Nescafe 'O' Kosong, Teh 'O' Limau kosong...Tapi selalunya air kosong lah.. Nak manis sikit, order Milo kosong, Horlick kosong. Gula Equal tu , dah taraf macam handphone dah pada aku... Gi mana-mana pun mesti bawak. Aku pakai brand TESCO jek..Murah.


Kalau gula naik harga lagi, macam-macam bende pun akan naik harga la...Kadang-kdang yang takda kena-mengena dengan makanan pun naik harga jugak. Apa kena-mengena harga CD kat Distro Jimbo, Broken Noise naik harga sebab gula naik harga?

Melahap Kepak Ayam


Adik dah pandai makan kepak ayam... Kalau makan kat Ikea tu, dia boleh makan seketul tu, sorang-sorang je..Takda chan nak pau...

Gigi Berlubang = Nafas Berbau


Tadi aku baru hantar dental claim sebanyak RM150 kat HR...So aku ada balance lagi RM100 untuk claim dental tahun ni. Claim tu aku buat sebab hujung bulan hari tu aku buat tampalan gigi sebanyak 2 batang. Dah tua-tua macam ni, makin banyak gigi yang rosak dan start nak berlubang. Sebelum ni dah 3 batang gigi aku kena cabut sebab dah tak mampu ditampal... Lubang dah dalam sangat... Ada sekali masa zaman sekolah dulu, tengah makan nasik, ntah macam mana tergigit batu dalam nasik...Pecah gigi aku... Ni kes makcik kat dewan makan hostel aku masa tu tak cuci beras betul-betul. Aku patutnya saman je kantin tu...

Ada balance RM100 lagi untuk claim tu, aku ingat nak buat scaling gigi lah.. Orang cakap gigi boleh putih sikit. Ada satu teknik lagi, dia akan letak satu layer pemutih gigi kat gigi kita. Boleh tahan dekat 2 tahun putihnya... Tapi aku rasa mahal kot. Aku buat scaling je la kot...

Anak Sedara Kawen


Yang lelaki tu aku panggil dia Eppy... Salah sorang anak saudara aku (anak kepada sepupu aku..Kak Yong). Kalau ikutkan salasilah arwah nenek belah mak aku, ni kira cicit sulung dia lah...Ni gambar dia kawen masa bulan 3 hari tu...So kalau dia dapat anak nanti, aku akan naik pangkat jadi atuk la??? Tok Cik...

Thursday, May 13, 2010

SGHC Menyokong Gerakan Anti-Nuklear Di Malaysia

Kalau ada baca berita, semenjak dua menjak PM kita balik dari US menghadiri persidangan pasal Nuklear dengan Presiden Obama, dah ada keluar beberapa kenyataan dari Govt yang Malaysia bakal menggunakan tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun lagi. SGHC sure yang reaktor nuklear ni nanti akan dibeli dari jenis yang 2nd hand punya, sama lah jugak macam kapal selam, kapal navy, etc. Diorang keep on saying that pembangunan loji nuklear ini tidak merbahaya. Tapi bukankah sebelum ni pun dah beberapa kali berlaku kes loji nuklear yang runtuh?


" bayangkan buat stadium – stadium runtuh.
buat jalan - jalan runtuh
buat empangan – empangan runtuh
buat hospital – hospital runtuh
buat sekolah – sekolah runtuh
buat jambatan – jambatan runtuh

loji nuklear jika runtuh - bahayanya berjuta tahun

sellafeild
chernobyll
adalh dua contoh dimana loji janakuasa nuklear runtuh
hingga ke hari ini bahaya radio aktif telah menimbulkan
barah yang berterusan kepada warga yang duduk
beribu ribu batu dari kawasan itu. debu radio aktif
beterbangan dan bahaya yang dibawanya tidak tamat
hingga berjuta tahun. " - Diambil dari blog Tukar Tiub

Tanyalah Encik Wikipedia pasal Chernobyll Disaster yang berlaku di Ukraine tahun 1986.. Boleh klik link ni:


Salah satu usaha kecil untuk menyokong Gerakan Anti-Nuklear ini, copy banner Gerakan Anti-Nuklear yang warna kuning di atas tu dan letakkanlah di blog masing-masing... Sebarkanlah kepada dunia akan bahaya radioaktif kepada kita semua terutamanya generasi akan datang...


Sunday, May 9, 2010

Kad Untuk Kekasih

Adat manusia, menghantar kad kepada seseorang sebagai salah satu tanda menghargai / memperingati sesuatu peristiwa atau hari-hari penting dalam hidup seseorang itu. Budak-budak sekarang dah semakin advance. Najmi, lagi 2-3 hari sebelum Mother's Day, dia dah bagi hint kat aku untuk beli present sempena Mother's Day. Terus terang aku cakap, bila aku dah kawin ni baru aku kenal akan adanya hari ibu dan hari bapa. Sebelum ni, kadang-kadang Birthday mak abah aku pun aku tak pernah ingat...Bersempena dengan Hari Ibu ni, aku cuba memberikan didikan awal kepada anak-anak aku untuk memperingati Hari Ibu. Biarlah Ummi dia yang melahirkan diaorang akan sentiasa merasa dihargai oleh anak-anak sepanjang masa. Maka terhasil lah beberapa keping kad yang pada aku ada nilai seninya yang tersendiri...
Ni Adik Najwa punya...Aku suruh dia sambungkan dotted alphabets yang ada tulis Happy Mother's Day.. Tapi dia tak reti lagi...


Ni Najmi punya... Dia cuba melukis gambar kami sekeluarga.. Siap ada sticker bentuk Toyota Avanza lagi...



Ni aku terjumpa kad birthday yang aku bagi kat Ummi masa zaman bercinta dulu.. Masa tu aku taksub kepada dunia Crust Punk...Semua tulisan tu main potong tampal punya... Kat dalam kad ni dulu ada patches gambar hati yang aku print pakai rubber dye dan kain t-shirt hitam...

Selamat Hari Kekasihku........Ibu


Dibaca dengan nada emocore....

Buat Hajjah Jaharah Binti Mohamad.... Mak, Jai ucapkan Selamat Hari Ibu...Ku pohon ampun maaf jika aku banyak menyakiti hatimu selama ini. Semoga Mak Panjang umur dan murah rezeki...

Ibu mertua tercinta, Hajjah Siti Norazizan Binti Shd Abdullah.... Mak, terima kasih sebab merestui perkahwinan saya dengan anak mak, Natrah...aya akan menjaga dan membimbingnya hingga akhir hayat... Selamat Hari Ibu...

Kekasihku Natrah Binti Amat...Selaku Ummi kepada Mohamed Farhan Najmi dan Siti Fareesya Najwa, Abah ucapkan, Happy Ummi's Day... Jadilah Ummi yang baik untuk anak-anak kita... Kami semua sayang Ummi...