Saturday, March 20, 2010

Gigi Part 2


Malam Jumaat lepas, Operasi GIGI part 2 telah dijalankan. Dengan penuh sengsaranya aku tengok Najmi meraung menangis semasa operasi tu dijalankan lepas sembahyang maghrib. Tapi demi Sony PSP yang dijanjikan Ummi, operasi diteruskan jugak. "Malam ni Najmi nak makan kat mana pun, Najmi cakap je.. Nanti Ummi bawak".. Ceh, Ummi ni berjanji pulak.. Macam dia yang nak bawak. Aku jugak nanti yang drive.



Dekat 5 minit Ummi sebagai Bomoh Gigi malam tu cuba mencabut gigi Najmi menggunakan peralatan klinik gigi yang memang tak complete langsung, malahan tak dipakai langsung di klinik gigi, (guna benang je), aku tengok darah mula keluar dari celah gusi Najmi. Takpa, aku dah tak berapa mabuk darah lagi dah sejak aku tengok Ummi beranakkan Najmi 6 tahun lepas. "ambik kapas..ambik kapas" kata Ummi. Najmi meraung dan meronta sehingga aku ingat Satu Jalan Bumi U5/136A tu boleh dengar suara dia. Aku ngan Adik sibuk sebagai Paparazzi tak bertauliah malam tu menangkap gambar Najmi pakai Camera Phone je.



Kira-kira 2 minit setelah gusi Najmi mula mengeluarkan darah, sebatang gigi bahagian depan Najmi pun berjaya dicabut. "Bak gigi tu..Nak tangkap gambar" aku cakap. Aku pulak dok sibuk pasal nak tangkap gigi Najmi. Dan Ummi pula sibuk memujuk Najmi yang mula memperlahankan tangisannya. "Nanti Abah orderkan PSP kat Najmi yer".. Aik, aku jugak yang kena. "Ummi, jom kita beli PSP" kata Najmi... "Eh.. Bukan malam ni lah..Nanti lagi 14 hari Najmi dapat PSP Najmi ye".. Haha... 14 hari lagi baru gaji... Aku ngan Ummi dah kena ketepikan budget untuk PSP dia.


Malam tu masa nak pegi makan, Najmi demand nak makan kat McDonald. "Najmi makan burger tepi jalan dah la yer" Aku try counter offer. Muncung je mulut Najmi...Nak taknak, kena lah mengotakan janji Ummi tadi. Aku terus ke McDonald Kota Damansara, sebab kat Subang ni takda McD lagi... Kalau ada pun kat Airport Subang tu, rate dia lain daripada McD biasa. Rate Airport, charge labih la sikit.

No comments:

Post a Comment