Friday, February 5, 2010

Jalan Dago lagi...


Kitaorang tak jadi nak pegi Rumah Tas sebab jauh sangat. Disebabkan hari ni mood shopping aku agak OK sikit, Ummi ajak aku gi Jalan Dago balik. Sebenarnya dia nak gi The Secret. Tapi dia lupa yang The Secret bukan kat Jalan Dago, tapi Jalan Riau. Aku pulak kena carik kemeja yang Shukri pesan hari tu. Aku tak jumpa kemeja Ralph Lauren. Aku SMS kat dia kalau nak Paul Smith ke, Burberry ke, Esprit ke, aku jumpa la. Dia suruh aku carik kat boutique Ralph Lauren. Isk.. Kalau ada pun kat boutique, sure mahal macam kat Malaysia jugak.

Aku dah malas nak cerita pasal teksi. Kesimpulannya, average tambang teksi kalau ikut meter dari satu tempat ke satu tempat, antara RPH10,000 dan max pun RPH20,000. Aku rasa cara ni lagi murah dari chartered supir ngan kereta dia for the whole day. Sebab diaorang nak RPH400,000 untuk 12 jam. Tu dah siap minyak sekali ngan parking. Lagipun aku tak rasa korang dapat habiskan sampai 10 lokasi untuk tempoh 12 jam kat Bandung ni. Setiap tempat at lease korang habiskan masa dalam 2 jam. Kalau 12 jam, paling kuat pun 6 tempat korang pegi. Itupun kaki dah macam tak jejak bumi dah rasanya. 6 x RPH20,000 baru RPH120,000. Lagi jimat naik teksi kot.



Kat Jalan Dago, singgah kat Donatelo. Ummi beli kasut untuk Adik. Local made, tapi cantik and very good quality. Donatelo ni kira macam butik untuk macam-macam jenis kasut. Aku menyesal tak beli kasut kerja kat sana.

Lepas tu kami masuk dari satu outlet ke satu outlet. Aku beli Jeans lagi kat Seximo. Kali ni memang original Burberry. Aku boleh muat saiz 38". Ingat nak sambar Tommy, tapi cutting dia ketat kat peha. Harganya... Ratusan ribu la jugak.



Aku masuk Glamour Factory Outlet, sebab tengok ada sale. Ada T-Shirt Reebok yang aku berkenan. RPH40,000 jek. Masa nak bayar tu, baru aku perasan. Pouch bag aku tertinggal kat fitting room kedai Seximo, masa aku try jeans Burberry tadi. Gila... Ada berjuta duit dalam pouch bag tu. Tu yang aku menyampah guna pouch bag ni. Kalau nak masuk toilet ke, fitting room ke, mesti nak bukak pastu gantung camtu je. Aku terus pegi balik kat kedai Seximo tadi. Nasib baik pouch bag aku baik je tergantung dalam fitting room tu. Mungkin takda orang masuk lagi kot fitting room tu. Kalau tak jangan harap la nak dapat balik. Aku check duit, semua ada lagi. Keluar je kedai tu ada orang mintak sedekah. Aku tak banyak cakap terus je hulur duit. Tanda syukur aku sebab duit aku tak hilang tadi. Gi balik Glamour factory outlet tu, terus bayar duit T-Shirt aku beli tadi. Ummi marah giler kat aku. Dah.. Lepas ni aku taknak pakai pouch bag lagi.



Ummi nak gi carik handbag. Ikut makluman orang kat situ, kat hujung Jalan Dago tu ada kedai kasut yang jual handbag jugak. Solution nama kedai tu. Dekat 1 kilo jugak la kalo nak berjalan. Banyak lemak aku pecah sepanjang aku turun Bandung ni. Jalan punya jalan, akhirnya sampai la kat kedai tu. Singgah kejap kat kedai air. Belasah air Aqua (air mineral) sebotol sorang. Ummi gi belek handbag kat sana. Aku dapat rasakan takda yang dia berkenan la kot. Buat letih berjalan jek. Tapi demi tak menghampakan aku, dia beli jugak sepasang kasut kerja.

Nak kena menapak balik dalam 1KM sebab aku nak gi Butik Grande. Nak carik baju Shukri. Dia suruh beli baju Paul Smith. Tapi aku kena test pakai semua baju tu sebab badan dia saiz aku jek. On the way nak ke Grande tu ada satu bangunan berkubah tu nampak cantik. So Ummi pun tangkap gambor aku berlatar belakangkan bangunan tu.

Aku ingat nak makan malam dulu la. Kali ni nak try makan simple-simple jek. Makan bakso je kot. Tapi peristiwa makan kali ni memberikan aku pengajaran yang amat bermakna. Jangan makan sembarangan kat Bandung ni. Salah makan, sengsara perut kita. Aku order Mee sup pedas. Takda la pedas sangat. Tapi mee ni la penyebab aku start berak gore malam tu, sampai berhari-hari. Entah apa dia mandrem dalam mee tu sampai teruk aku cirit-birit.

Aku test satu kasut PUMA kaler purple. Memang sedap dipakai. Ringan jek. Material dia macam Crocs jugak.Ummi suruh aku beli. Tapi kaler purple tu. Bila dah balik Malaysia ni, rasa nyesal jugak tak beli kasut tu.

Aku bagitau Shukri ada kemeja Tommy Hilfinger cantik kat Grande Factory Outlet. Dia suruh aku beli 5 helai. Mana cukup duit. At last aku beli dua je dulu. Esok ada budget aku beli lagi sehelai. Aku beli Tommy sehelai, Lacoste sehelai. Ummi belikan aku Baju Tommy Hilfinger kotak-kotak. Hadiah harijadi kata dia. Thank you so much darling.

Macam Kat Universal Studio


Aku teringin sangat nak gi Cihampelas ni bukannya apa. Aku nak tangkap gambo ngan Superman, Spiderman, He-Man, She-ra (ada ke?), Ultaman, Arnold SusahNakEja, Dragonball, etc. Patung-patung ni memang satu attraction yang dibuat oleh tokey-tokey kedai kat area situ.

Sampai je sana, aku terus masuk kedai Spiderman. Ada patung spiderman besar atas bumbung kedai dia. Aku berkenan dengan Backpack laptop jenama Palazzo ni. Tak pernah dengar nama brand ni. Tapi material dan harga agak menarik. Kalau convert duit Malaysia, dalam RM50 je kot. Kalau kat Malaysia kualiti macam beg ni, kurang-kurang RM130 kot. Jeans pun banyak kat sini. Tapi diragui jugak keaslian jenamanya. Kalau murah, kain pun cantik, belasah je la satu.



Aku tak beli lagi beg tadi. Ingat nak survey 2-3 kedai lagi. Masuk kedai Superman pulak. Harga beg dia lebih kurang sama je macam kedai tadi. Tapi design macam aku berkenan tadi takda. Aku beli T-Shirt gambo Patrick, (makhluk Tapak Sulaiman dari Bikini Bottom) untuk Najmi. Sure dia suka. Aku punya porch bag (Beg pinggang) dah koyak. Banyak sangat bawak duit. Berjuta-juta Rupiah katakana. Tapi sayang gak beg tu. Ummi bagi masa dia dapat hadiah dari Standard Chartered. United Color Of Benetton tu. Ummi suruh beli yang lain. Aku malas la. Bukan apa. Aku lebih selesa letak duit dalam wallet. Lebih organize.

Aku pegi balik kedai Spiderman tadi. Aku sambar je terus Beg Palazzo tadi. Aku sound Ummi awal-awal, jangan sumbat barang sangat dalam beg tu. Takut tak sempat nak menunjuk kat budak opis nanti. Ada satu kedai jeans tu bagi diskaun 50%. Aku pun belek la satu jeans Burberry tu. Walaupun aku tau memang tak ori punya. Tapi kain dia cantik. Ada 50% diskaun pulak tu. Convert duit Malaysia dalam RM30 jek. Belasah je lah. Kat luar kedai tu ada tempat alter seluar. Potong bawah, kaki kasik kecik sikit, kena RPH10,000. OK la tu. Kalau kat Malaysia kurang-kurang RM10 kena.

Aku dah rasa lapar. Ye lah, makan roti sapu jem strawberi je pagi tadi. Ada satu kedai Nasik Timbel kat seberang jalan. Kat Cihampelas ni, kedai dia dekat sangat dengan jalan besar. Jalan pulak punya la sibuk. Payah nak nyeberang jalan. Ada Patung He-Man ngan Wolverine kat kedai seberang jalan tu. Kena ambik gambo ni. Hmm..Patung Dragonball ngan Captain America pun ada.

Kedai nasik timbel kali ni tak la best macam kat Jalan Dago semalam. Aku order Nasik Timbel Bakar lauk Ayam + Tempe + Tauhu Goreng + Pegedil. Aku tak minum air maness. Order air teh tawar je la. Lagipun tu lah air paling murah dalam menu tu.

Ummi nak carik handbag. Aku cadangkan gi Rumah Tas. Tapi tak sure kat mana tempatnya. Aku memerlukan tempat ada wi-fi free. Boleh tanya Lebai Google kat mana Rumah Tas. Disebabkan nak guna wi-fi, Ummi masuk J-Co order Donut ngan coffee. Rumah Tas terletak kat Jalan Limbang. Jauh jugak tu. So lepas ni, gi Jalan Dago balik la. Kat sana pun ada 2-3 kedai handbag & kasut.

Bandung Trip – Day 2, Pasar Baru


Aku ngan Ummi bangun awal hari ni. Ingat nak gi jalan banyak tempat hari ni. Pukul 6:30 pagi dah tercegat kat café hotel, nak breakfast. Kitaorang paling awal pagi tu. Tapi diaorang baru nak prepare breakfast. Cuma ada roti putih je untuk disapu ngan jem strawberi. Aku belasah je la apa yang ada. Nampak macam tengah nak prepare makanan berat. Mungkin mee goreng atau nasik kot. Tunggu-punya tunggu sampai dekat pukul 7:30 pagi tak hiding-hidang lagi makanan beratnya. Aku ingat sambung makan kat luar je lah.

Kali ni aku ngan Ummi menapak gi tepi jalan besar untuk tunggu teksi. Takda la jauh sangat. Pagi ni kami nak pegi Pasar Baru. Tempat ni orang cakap macam kat Tanah Abang la kalau kat Jakarta. Banyak jual kain baju, telekung, batik, kain pelekat etc. Kami sampai awal pagi tu kat Pasar Baru. Lebih kurang pukul 8 pagi. Kedai pun baru bukak. Kat Pasar Baru barang-barang dia kita boleh bargain, tak macam kat Factory Outlet. Elok datang pagi-pagi macam ni sebab boleh dapat harga ‘pecah telur’ kata orang sana. Pagi tu teksi kena lebih kurang RPH18,000. Ummi buat-buat macam dah biasa gi tempat tu supaya driver teksi takda nak cilok-cilok ikut jalan jauh.

Aku target nak beli kat mak aku tudung dalam 2 helai, T-Shirt Bandung, baju sulam abah untuk bawak gi masjid. Ummi pulak nak beli telekung dalam 3-4 pasang sebab ada orang order. Ummi memang terrer bab-bab bargain harga ni. Agak dia tak puas hati ngan harga dia nak, dia blah gi kedai lain je terus. Telekung kat sini memang murah. Kalau yang harga RPH150,000 tu, memang dah yang macam Mak Datin selalu pakai gi Masjid. Kalau kat Malaysia mau lebih kurang RM200 kot harganya.

Ummi jumpa satu toko ubat / jamu gerek punya. Tokey dia dah nak masuk 50 tahun tapi dok pakai skirt dengan kasut boot Tina Turner lagi. Rupanya ramai orang Malaysia datang kat toko Tanter Lisa ni, termasuk la 2-3 orang artis jugak. Tanter Lisa tunjuk kat Ummi gambar artis tu dari handphone dia siap ngan SMS artis tu lagi. Kagum gak Ummi. Tanter Lisa bagi makan kerepek ubi, aku tak tolak. Dekat separuh bekas aku makan. At last Ummi borong macam-macam ubat / jamu dari kedai dia ni. Biar la dia. Kalau menjadik pun, yang lawanya bini aku jugak.




Aku beli tudung untuk Mak, sehelai T-Shirt Bandung, Baju sulam untuk Abah, pastu key chain untuk budak-budak opis. Lebih kurang pukul 10:30 pagi kitaorang gerak ambik teksi gi Cihampelas pulak. Sementara tunggu teksi, sempat beli mainan Helikopter untuk Najmi. Ummi tawar, sure dapat murah punya lah.

Thursday, February 4, 2010

Bandung Trip - Day 1, Nasi Timbel Bakar


Outlet pertama kitaorang masuk, Victoria factory outlet, Jalan Dago. Kedainya nampak kecik je. Masuk je dalam, aku ingat ada banyak kedai lagi. Rupanya dia pecahkan bahagian Handbag, Baju budak, Baju Perempuan, Baju Lelaki dan Jeans. Panjangnya lebih kurang 100 meter. Kedai kecik, tapi panjang ke belakang. Aku tak beli apa-apa. Ingat nak survey-survey harga dulu. Ummi beli 2-3 pasang baju Najwa. Aku rasa paling best shopping kat Factory Outlet ni, baju-baju branded budak-budak la. Sebab kalau kat Malaysia, takkan pandang punya baju Ralph Lauren ke, Guess ke untuk budak-budak ni. Mesti beratus ringgit harganya. Kat Bandung, beratus ribu lagi.. Tapi Rupiah la.



Pastu gi masuk pulak The Uptown. Ummi beli jeans branded jugak. Apa ke namanya. Tak ingat pulak aku. Tapi cantik jeans tu. Belikan Najmi T-Shirt Nike Manchester United kaler hitam+biru. Aku kira poser jugak bola EPL ni. Tapi tau la sikit-sikit pasal team MU ni. Memang kalau aku cakap aku sokong MU, ramai kengkawan aku akan pulaukan aku. So lebih baik aku tak beli pun T-Shirt MU untuk diriku, sebab aku memang poser bola. Untuk Najmi takpa.

Aku dah start lapar. Makan burger telur je dari pagi tadi. Jam dah dekat pukul 2:30 ptg waktu Indon. Masuk satu kedai makan ada jual nasik. Tapi tengok macam owner dia Chinese. Tak berani la aku nak try. Pengalaman aku gi Jakarta, gerai yang pakcik penjualnya pakai songkok pun boleh jual kodok goreng. So tanya la orang dekat-dekat situ, kedai kakan mana yang OK. Dia bagitau ada satu kedai masakan sunda dekat area Jalan Dago. Rumah Makan Dago Panyawangan. Pekena Nasik Timbel Bakar Special.. Pheh, tengah lapor memang tak ingat apa. Tapi memang sedap nasik ni. Tengah ada promosi kalau datang hari biasa (bukan hari libur / cuti) dapat 25% diskaun dari pukul 2 ptg - 6ptg.


Survey satu Factory outlet nama Grande. Murah-murah jugak barang dia. Aku kenen Jeans Burberry (tapi macam tak ori je rasanya), ngan baju kemeja untuk beli kat Shukri. Boleh kot beli 2-3 pasang kalau harganya macam ni. Tapi survey dulu lah. Ummi dah beli banyak barang. Aku tak beli apa lagi ni. Maklum la, aku ni bukan jenis yang gelojoh. Apa-apa hal aku mesti nak survey dulu sampai aku rasa puas hati baru aku beli.

Aku nak gi area lain pulak. Tahan satu Teksi Proton Wira. Aku sound awal-awal yang aku nak pakai meter. Meter minima dia tulis RPH5,000. Lain-lain pulak rate minima teksi kat sini. Aku cakap nak gi Cihampelas. Tapi adik teksi tu cakap Jalan Riau gerek-gerek barang dia. So aku suruh dia hantar ke Jalan Riau je la. Aku rasa budak teksi ni baik. Sampai Jalan Riau, aku suruh dia berenti kat The Secret. Meter baru RPH13,000. Disebabkan aku suka budak jujur macam dia, aku bagi je la RPH15,000.


The Secret ni kira famous jugak la kat area Jalan Riau. Tempatnya pun boleh katakan besar la jugak. Barang baeekk je semuanya. Tapi compare harga dengan Jalan Dago, lagi murah kat Jalan Dago. Aku nak pegi balik kat Grande, Jalan Dago tadi sebab kat sana aku rasa murah dari kat The Secret ni. Ummi aku tengok dah dapat beberapa helai baju yang dia berkenan. Aku tak beli apa lagi. Kat The Secret ni ada surau yang agak selesa untuk sembahyang. Belek-belek jeket casual Hugo Boss. Takda la murah sangat mcm Fendy cakap. Lebih kurang harga kat Pasar Malam Panjang Masjid India tetiap minggu tu je harganya. Mungkin murah dalam RM10 je kot.



Keluar dari The Secret, ada bebudak mintak sedekah. "Jual surat khabar untuk balut barang-barang belanja" katanya. Kesian aku tengok. Kat Indon ni, jurang kemiskinan dengan orang kaya terlalu jauh. Budak-budak macam ni, mungkin tak sekolah pun. Kalau dia sekolah pun, balik je terus dia bekerja carik duit untuk sesuap nasi mengalas perut. Macam selalu kita tengok dalam Sinetron kat Astro Aruna tu. Budak tu tengok aku nak tangkap gambar Ummi depan The Secret. Dia dapat idea untuk ambik upah tangkap gambar kitaorang berdua. Aku setuju. Jangan dia rembat camera aku sudah la. OK lah, aku puas hati dengan gambar dia ambik, so aku kasik dia RPH5,000. Suka giler budak tu. Kengkawan dia pun datang nak ajak kongsi duit tu. Pandai-pandai korang lah.

Masuk butik The Oasis, baru la aku capai sehelai T-Shirt FILA yang aku rasa murah gak harganya. Kalau aku tak beli baju jugak hari ni, esok lusa aku nak pakai baju apa? Kat sini ada banyak jugak choice. Tapi kebanyakan T-Shirt dia aku tak berapa yakin la dari segi keasliannya. Kat sini siap ada kain jeans gulung dan boleh tempah ikut cutting apa yang korang nak. Aku rasa Brand pun boleh pilih kot. Aku tak sure berapa hari boleh siap.




Aku nampak satu kedai ni banyak poster macam Burberry. So aku ngan Ummi pun masuk kedai ni. Namanya Branded Club. Cheh... Aku tak berkenan betul nama kedai ni. Macam tak layak je budak Punk pencen cam aku ni masuk kedai nama macam ni. Aku tak ingat Ummi beli apa kat kedai ni. Baju Najwa kot.

Orang cakap kat Bandung ni ada satu tempat kira happening jugak time malam. Namanya Paris Van Java (Paris di Jawa la kononnya). Aku ambik satu teksi ni untuk gi sana. Sebabnya aku tengok google map tempat ni sepatutnya tak jauh dari hotel kitaorang stay. Aku dapat rasakan teksi ni nak pekena aku lagi ni. Meter punya la laju. Pastu sempat berenti isi minyak. Ada la seribu rupiah lebih meter tu berjalan masa teksi nak isi minyak. Ini takleh jadi. Aku mintak tolak seribu jugak nanti. Sampai Paris Van Java, meter tunjuk RPH17,000. Aku mintak diskaun seribu rupiah sebab dia berenti isi minyak. Mengamuk dia marah-marah kat aku sebab dia kata aku berkira. Mampos la..Aku memang tak puas hati ngan dia. Aku kasik RPH20,000 dia kata takda tukar. Aku rasa dah menyirap darah aku. Kereta kat belakang dah horn banyak kali. Meter naik lagi 500 rupiah. Aku korek-korek dapat RPH16,000. Dia mintak gak 500 rupiah tu. Aku kasik, aku keluar terus aku hempas pintu teksi tu. Ummi terkejut tgk aku mengamuk. Driver teksi tu jerit-jerit kat aku. Macam hamjadah... Nasib baik jugak la ada kereta kat belakang dia dah horn-horn kat dia. Kalau tak mau dia turun belasah aku.

Takda mende pun kat Paris Van Java ni. Ada supermarket Sogo yang harga barangnya lagi mahal dari Sogo KL. Aku gi Carrefour beli jajan, biskut, air gas untuk bawak balik bilik nanti. Kitaorang beli jugak jajan-jajan yang nak bagi kengkawan bila balik Malaysia nanti.

Aku tak telepon Najmi ngan Najwa lagi. Aku lupa nak activate roaming untuk Celcom. Kitaorang gi carik Simcard prepaid untuk buat call Malaysia. Orang cakap murah kalau call pakai prepaid kat sana, compare dengan buat roaming. aku beli la Simcard prepaid Mentari (Indosat). RPH10,000 dalam ada airtime RPH5,000. Aku top-up RPH5,000 lagi. Siut je. Top-up RPH5,000 kena bayar RPH7,000. Ada service charge. Tak habis-habis kene kencheng kat Bandung ni.



Aku dah tak larat nak jalan lagi. Ummi tanpa bagi isyarat kat aku, terus tahan teksi nak balik hotel. Kita mana makan malam lagi ni. Jawabnya makan dekat-dekat area hotel tu je la. Teksi ni lagi satu. Buat-buat tau jalan... Last-last melilau gi mana la.. Masuk ikut kawasan perumahan mana tah malam-malam macam ni. Last-last Ummi jugak yang tunjuk jalan sampai hotel. Aku tak ingat berapa kena teksi tu. Dalam RPH18,000 jugak la kot.

Sampai bilik aku call Najmi ngan Najwa kat rumah. Ada Uncle Mansur kata dia. Adik (Najwa) happy bukan main sebab Uncle datang temankan dia. Galok jugak anak aku ni. Aku rindu kat anak-anak aku skrg ni. Lepas call budak-budak tu, aku call pulak Mak mertua aku kat Tganu. Saja je Ummi nak tanya Mak dia nak pesan barang apa-apa tak kat Bandung ni. Dengan airtime RPH10,000 yang ada dalam phone ni, kira lama jugak dapat berbual. Dekat 20 minit ada kot.

Malam tu kami makan kat Kedai Nasik Padang je dekat-dekat ngan hotel tu. Menapak dekat 5 minit jugak la baru sampai. Lauk jangan cerita la. Stok pagi tadi punya la kot. Nasik padang memang macam ni. Diaorang takkan masak lauk baru punya kalau korang datang time petang ataupun malam. Aku ambik 4 ketul rendang daging. Setiap satu kena charge RPH5,000. haha.. Last-last dengan makan malam tak seberapa malam tu, kena belasah dekat RPH40,000 untuk 2 orang. Baik makan Nasik Timbel bakar.

Bandung Trip - Day 1, Kene Kencheng ngan teksi airport

KL - Bandung, penerbangan mengambil masa selama 1 jam setengah. Aku ingat nak dengar lagu dari handphone aku. Ummi pulak nak kongsi earphone ngan aku. Aku memang tak berapa suka dengar lagu guna earphone sebelah je... Takde feel. Nak pasang lagu ganas-ganas sikit pun tak sampai hati sebab Ummi tak layan lagu-lagu hardcore jet-jet apatah lagi Grind cincang-cincang daging. Abis kuat pun lagu Bunkface yang dia rasa habis punk la tu. So aku pun pasang lagu-lagu feeling meleleh. Ada ke aku dengar lagu Westlife, Jaiho (versi hindi..korang ada ke?)..



Waktu Indon lewat sejam dari waktu Malaysia. So masa kitaorang landed tu jam Malaysia dah 11:30am. Jam indon baru 10:30 am. Tapi kalau waktu sembahyang tu ikut je jam Malaysia sebab Subuh dia pun 4:45 am. Pukul 6 petang tu dah gelap. Airport kat Bandung, aku rasa airport kat Langkawi 2 kali lagi besar kot.

Aku masa kat Malaysia, ada la tgk kat google map lokasi hotel dan jaraknya dari airport. Kalau ikut Lebai Google, cuma 1.5 KM je dari airport. Tapi aku tak berani gamble nak jalan kaki ke. Takut tak sampai. Gi la ambik tiket teksi. Gila punya dekat dia nak charge RPH35,000. Dia kata jauh kalau nak gi Orange Homes tu. Kawasan dalam Taman Perumahan. Masuk dalam la jugak. Aku malas nak gaduh, aku bayor je la. Pastu teksi pulak cam nak kelentong aku je. Dia pusing-punya pusing macam buat-buat jauh je. Sampai je hotel aku tanya Irfan (tuan punya hotel tu kot). Dia kata dekat je hotel dari airport. Tak sampai 10 minit pun. Mulai saat ini, aku takkan percaya dah teksi kat Bandung. Pengajaran pertama, paksa diaorang guna meter.




Orange Homes tu, memang dia buat style resort. Kalau lapor sangat, gi tangkap ikan koi yang besar-besar dalam kolam dia tu, pastu bakar ngan lighter... Bilik punya la kecik. Ummi dah ajak aku tukar hotel lain. Aku cakap takkan nak burn je duit bayor hotel kat airasia. Dah la datang Bandung ni pun budget lebih kurang jek. Bincang punya bincang, kitaorang ketepikan duit RPH200,000 untuk duit teksi. Hopefully at lease cukup untuk 2 hari. Hari ke-3&4 nanti keluar budget teksi lain.

Taknak buang masa, aku keluarkan barang dalam backpack Ummi, untuk bawak gi shopping. Aku plan nak carik satu backpack laptop nanti. Bag laptop tu nanti dirasmikan dengan mengangkut barang la terlebih dahulu.

Kat lobby, aku suruh Irfan call teksi. Aku kata aku nak teksi meter. Dalam 15 minit sampai la satu teksi Toyota Vios (Standard teksi je Vios kat sana). Meter dia dah siap set minimum RPH6,000.

Lokasi pertama, Jalan Dago. Dalam 15 minit lebih la perjalanan. Kena RPH18,000. Tapi disebabkan call teksi dari hotel, kena charge minimum RPH20,000. OK la, boleh diterima. So lepas ni aku jalan kaki sampai tepi jalan besar baru tahan teksi. Takda kena charge call teksi.



KL - Bandung... Sekarang Jalan...


Pukul 5:30 pagi jam handphone aku dah berbunyik. Aku kena bersiap awal hari ni sebab dah janji ngan teksi pukul 7 pagi ambik aku. Nak hantar Najmi gi sekolah dia dulu. Pagi ni Najmi takyah mandi. Dia mandi kat sekolah je nanti. Lepas je sembayang subuh, aku bersiap dan kejut Najmi bangun. 6:30 am kawan Abang Azim call tanya jalan nak datang rumah aku. Dia dah ada kat area Bukit Subang. Aku bagi direction lebih kurang yang aku rasa takkan menyesatkan dia nak carik rumah aku. Sebab senang je nak carik Subang Galaxy ni. Abang ipar aku dari Perak takyah pakai Garmin pun boleh sampai rumah aku.

Time aku nak kuarkan kereta untuk hantar Najmi, teksi pun sampai. Aku suruh dia tunggu kejap sebab nak antor Najmi gi sekolah dulu. Sampai je sekolah Najmi, aik.. gelap lagi. Masalah... Tapi aku try jenguk dalam sekolah dia. Kat dapur lampu dah bukak. Ohh lega dah ada orang. Aku pun antar Najmi masuk sekolah dia. Dah ada sorang budak dah datang.

Balik je rumah aku panggil Ummi dengan harapan dia dah siap bersolek. OK dah siap. Terus naik teksi. Teksi masuk highway ikut Bukit Jelutong Shah Alam. Baru aku tau pagi-pagi jem jugak kat Tol Bukit Jelutong ni ye. Sepanjang jalan aku berbual-bual la ngan Adik Teksi ni. Just nak hilangkan rasa ngantuk. Nampak alim mungkin sebab dia pakai kopiah.

Sampai LCCT, jam menunjukkan pukul 8 pagi. Awal lagi ni. Flight pukul 9:45 am. Aku gi check in. Ramai gak orang nak gi Bandung pagi ni. Check in tak makan masa yang panjang sebab aku takda barang nak timbang. Dapat je tiket aku ajak Ummi gi breakfast. Taknak makan McD. Mainstream lagi mahal. So masuk la Marrybrown. Ummi makan bubur ayam ngan coffee aku makan burger telur. Boleh la alas perut. Lagipun kat rumah tadi sempat makan Roti ngan telur (same menu) Bibik buat. Jam 8:45 aku ajak Ummi gi masuk immigration check. Lebih kurang pukul 9 lebih gate bukak. Naik Airasia Indon punya. Lebih kurang pukul 10 baru berlepas.
"Pasangkan Sabuk Pengaman anda"

Wednesday, February 3, 2010

Aku nak gi enjoy kat Bandung...


Aku dah rasa mood holiday. Buat passport tahun 2005 sampai sekarang 2010 (Bulan 10 ni mati) baru dapat cop immigration untuk sekali trip masa gi Jakarta 2007 lepas. So bulan 8 tahun lepas aku belasah je la booking ticket Airasia (masa promotion Go Holidays) kononnya nak gi Bandung. Kira murah jugak la untuk 2 orang flight pegi balik termasuk hotel untuk 4 hari 3 malam. Tapi problemnya, kena pilih tarikh start hujung bulan Januari 2010 ke atas. Ikut perancangannya Projek e-Tanah Negeri Sembilan & Melaka dah nak kena start live bulan Januari 2010. Sure busy giler. Tapi alhamdulillah, aku belasah je ambik bulan Februari 2010 sebab Live untuk e-Tanah Negeri Sembilan & Melaka ditunda ke bulan April 2010. Kira tak la berapa busy sangat (ke aku yang mengular banyak?).

Masa 2-3 hari nak gi Bandung, budak-budak jeles je aku ambik cuti gi holiday. Gila apa, ambik cuti tengah orang lain sibuk-sibuk nak deliver projek, aku cuti. Aku cakap kalau aku tak ambik cuti sekarang, alamat expired cam tu je la passport aku, sebab lepas ni lagi busy giler. Fendy sibuk suruh aku belikan jeket ala-ala casual gitu. Dia kata kat Bandung boleh dapat dalam RM40 je. Kalau setakat kirim dengan air liur, mintak maaf la. Aku gi sana ni pun tengah dalam keadaan agak gawat jugak ni. Tapi tiket dah beli, mana boleh tukar. Kena 'On' je la. Takpa la, aku belikan key chain je la kat kau Fendy. Shukri bos aku pulak suruh gi beli baju keje Polo Ralph Lauren. dia nak 10 helai. Mak ai.. Banyaknya..Kata nak bagi duit. Dari sehari ke sehari aku tunggu, takda nak hulur-hulur pulak. Padahal dapat bonus 2 bulan tu. Aku follow dia gi beli TV Plasma Panasonic 42" masa keluar gaji hari tu. Takpa la..kalau setakat 2-3 helai, aku pakai duit aku dulu la. Balik karang dia bayo la. Lagipun dia dah tolong approve cuti aku. Dia silap tengok tarikh kot sebab dia ingat aku ambik cuti sehari..Padahal aku mintak 2 hari. Hehe.

Tukar duit RPH3 juta kat Tesco Mutiara Damansara. Sekelip mata je aku jadi jutawan. Jutawan rupiah je la..Rate RM368 = RPH1 juta. Nanti tukar la lagi. Bawak duit kat Tesco tak cukup. Ummi pun kata nak tukar duit lagi lepas ni. Aku dah ambik pengajaran masa gi Jakarta tahun 2007. Nak tukar duit rupiah, baik tukar kat Malaysia. Rate kita lebih menguntungkan. Setiap satu juta rupiah, kita untung dalam RM20 kalau tukar kat sini.

Aku bawak satu backpack 50 liter isi 2 helai baju, sehelai jeans. Ummi pulak bawak backpack 40 liter pun macam aku gak. bawak baju dalam 2 helai jek. Memang plan beg ni nak bawak naik atas kapal terbang (tempat passenger) sebab taknak bayar charge bagasi. Bayar baggage charge untuk time balik je. Ambik 15 kilo sorang (total 30KG kena RM40). Pasal transport nak gi LCCT pulak, aku dah survey shuttle bus. Semua start naik dari KL sentral atau Puduraya. Mana nak kejar pagi-pagi nak sampai sana. Duit parking kereta lagi. Last-last call Abang Azim naik cab dia. Aku rasa ni la cab ke LCCT yang paling murah. RM60 je dari Subang ke LCCT. Naik Waja lagi. Yang lain paling murah pun RM80.

Najmi ngan Najwa tinggal kat rumah ngan Bibik. Aku mintak tolong Mansur ngan bini dia tengok-tengokkan bebudak tu time malam. Nasib baik diaorang setuju. Aku pesan jugak kat Naim (Jiran depan rumah) tolong bagitau mak dia tengok-tengokkan rumah aku sepanjang pemergian aku ngan ummi. Kena tido awal sebab pukul 5:30 pagi aku dah nak bangun. Aku janji ngan cab pukul 7 pagi ambik aku kat rumah. Ummi pulak tido awal malam tu sebab sakit gigi. Aku dah cakap cabut geraham bongsu sakitnya berhari-hari. Bila dah cabut baru rasa macam dah taknak cabut gigi lagi dah.

Sunday, January 10, 2010

Tengok AJL Kat Handphone


Bukannya nak riak. Tapi disebabkan aku kena kerja time weekend dan ada Anugerah Juara Lagu ke-24 pulak tu malam ni, aku sempat la jugak tengok through iPhone aku yang ada TV. (iPhone ada TV ke? Tak tau la korang punya, tapi aku punya ada TV). Skrin kecik, 3.2" jek, masa Siti Norhaliza buat opening act tu, nampak Siti pun tak cun mana lah sebab skrin kecik. Cuma masa Faizal Tahir perform tu aku tak sempat tengok sebab bateri phone aku dah kong.

Sunday, January 3, 2010

Buah Tunjuk Langit


Hari ni bangun awal. Ingat nak gi Pasar Pagi kat Stadium Shah Alam. Lepas tu nak bwk budak-budak mandi kat Wet World Shah Alam. Aku punya buah ubat Tunjuk Langit dah habis. Alhamdulillah, sejak aku makan buah ni, darah tinggi aku dah turun ke normal balik. Glucose dalam darah pun dalam 6 - 7 je sekarang. Kira boleh maintain lah. Kesan-kesan sampingan lain tu ada jugak rasa. Ada macam sedikit bertenaga pulak pun ada. Ke cuma perasaan aku? Aku dah racun satu opis aku makan buah tunjuk langit ni. Ramai gak followers.

Parking punya lah payah hari tu. Last-last aku parking melintang je kat tengah jalan la jugak. Aku beli buah tunjuk langit sebotol besar terus. RM60, dapat diskaun jadik RM50. Boleh tahan lebih 3 bulan kot. Tapi aku kena re-pack balik sebab ada 2-3 orang order ngan aku. Tengah makan breakfast kat pasar, Shukri telepon. Maki aku sebab kereta aku parking melintang tengah jalan. Dia turun pasar pagi jugak la tu. Lepas makan aku gi beli ayat-ayat Al-Quran untuk gantung kat dinding. Teruk kena perli ngan mertua aku masa diorang datang rumah aku last week. Dia kata masuk rumah aku, lawa hiasan. Tapi tak sure rumah melayu ke rumah Cina ke, rumah India. Aku ada la jugak gantung ayat Bismillahirrahmanirrahim kat atas pintu tu. Dia tak perasan kot. Aku beli satu set, 3 frame untuk gantung kat ruang tamu rumah.

Lepas gi pasar, aku terus gerak pegi Wet World Shah Alam. Ramai giler orang. Weekend la katakan. Murah je ticket kat Wet World ni. Dewasa RM10, budak-budak RM8. Hari tu masa pegi first time Ummi tak mandi. Kali ni dia turun mandi jugak. Belum apa-apa dah kena cubit ngan Ummi suruh aku jaga mata. Ye lah Yang oi... Cemburu tanda sayang kata dia.



Aku sewa satu pelampung untuk aku main water coaster jap lagi. Tengah syok mandi, ada pulak makhluk yang pegi rembat pelampung aku. Siut jek. Pegi la bayo RM14 sewa. Lagi mau rembat orang punya. Pelampung tu ada nombor. Aku boleh carik punya. Ummi jumpa ada mamat India tengah beratur kat water coaster pegang pelampung nombor aku. Aku tak banyak cakap aku pegi hambat mamat tu. Aku sound je dia, "Lu ambik pelampung ni ada bayar tak?" Dia geleng kepala. Nasib baik la aku boleh control sabar lagi masa tu. Kalau tak aku maki tak cukup tanah je mamat tu. Taknak la sampai Wet World Shah Alam tu mandi darah pulak hari ni. Lepas aku rembat balik pelampung aku, aku terus beratur ngan Najmi. Aku tak tau la aku ni berat sangat ke. Sampai tengah jalan masa tengah sliding tu, air berenti. Aku pun dengan malunya menapak balik atas slider tu naik balik atas tower sementara nak tunggu dia pasang air balik. Najmi gian naik water coaster. Dia nak satu round lagi.

Hari dah panas terik. Jam 12 tghari aku pun naik untuk balik. Badan dah gelap kena sunburn.