Monday, October 4, 2010

Selamat Hari Jadi Natrah Haji Amat



Selamat Hari Jadi Ummi. I love you so much. Abah nak mintak maaf sebab tahun ni tak sempat nak celebrate grand-grand. But will bring all of us somewhere tonight to celebrate your birthday. Hadiah...hmmm, nanti Ummi pilih sendiri lah...

SGHC Open House

3 orang otai yang sedang membakar ayam, dari kiri, Abang Dollah, Wak dan Abang Zul

Semalam, secara tak rasminya gua jadi salah seorang ahli bertugas untuk majlis jamuan hari raya Jalan Bumi U5/136A, SGHC. Dari mengangkat khemah, susun meja, menghidupkan bara api dapur BBQ sampai la memanggang ayam, gua ada terlibat. Memang secara tradisinya, majlis-majlis anjuran kariah SGHC, mesti ada BBQ. So bila pukul 4:30 petang tu, nampak je asap naik, diaorang pun terus la serbu. Alhamdulillah, majlis kali ni consider berjaya. Sampai 10 malam baru settle. Makanan pun dengar citer, takda la yang sampai terbuang. Semua settle.

P/S: Kepada organizer, mintak maaf sebab kuah durian untuk cicah roti jala terpaksa bertukar kuah kari ayam. Durian tak musim sekarang ni..Takkan gua nak buat kuah durian pakai D24.

Makan Di Meja VIP


Weekend lepas, gua gi kenduri kawen anak pompuan Haji Suhid bin Pawiro, JP (hehehe... Javanese Peranakan). Buat kat Dewan Majlis Perbandaran Seremban tu. Niat di hati, nak datang awal dalam pukul 11:30 ke, pas makan terus blah la.. Sebab banyak open house hari tu gua nak pegi. Kira daripada breakfast sampai supper la penuh jadual.

Sampai Seremban pukul 12 lebih. Mencarik lokasi, dekat 15 minit. Pastu tunggu Shukri. Ada 2 tempat makan, satu khemah kat luar, satu lagi kat dalam dewan. Gua takut yang kat luar dewan tu majlis orang lain, so gua pun gi la carik Haji kat dewan. Jumpa je Haji, dia suruh penyambut tetamu bawak kami kat meja VIP. Pheh, first time gua jadik VIP.


Majlis memang grand. Ada live bank otai-otai main lagu lama ber 'slang' Nogori Sembilan (Minang). Dia punya MC, Abby Yus yang selalu berlakon lawak cakap Nogori Sembilan tu. Tapi bila jadik MC, lawak dia tak de orang gelak pun. Mungkin sebab oranmg kat situ memang orang tempatan.. Dah biasa dengan slang Negeri Sembilan. Kalo kita tgk kat TV tu, macam lawak sangat je.



Satu penyesalan yang amat sangat masuk dalam dewan. Kena tunggu pengantin datang, bersanding, tepung tawar, pengantin turun stage pegi meja makan... baru la tetamu boleh makan. At last dari pukul 12:45PM masuk dewan, pukul 2:30 baru dapat makan. Jawabnya, kansel la 2-3 open house yang aku nak pegi.

Buat Haji Suhid, selamat menerima menantu. Orang Ganu tu..Kalau bas rombongan pengantin nak hantar majlis rumah lelaki nanti ada kosong, boleh sekiranya anakanda menumpang balik kampung kat Gong Badak...

Friday, October 1, 2010

Cangkuk Seluar


Gua paling pantang kalau gua masuk tandas nak membuang ke apa, bukak je seluar gua tengok takda cangkuk seluar kat pintu. Semalam je 2 kali seluar gua jatuh atas lantai tolilet yang sememangnya diragui kebersihannya daripada najis....

Cendol Haji Shariff




Peminat cendol dan rojak yang true, kalau masuk Bandar Seremban, kena try Cendol Haji Shariff. Ni kira mainstream punya cendol la sebab bukan cendol tepi jalan yang selalu jual atas lori je tu, sebab dia jual kat restoran.


Kedai dia ni cuma ada Cendol dan beberapa jenis minuman lain dan rojak. Lu jangan gatal-gatal order roti canai banjir je, thosai ke apa. Mamak tu suruh lu pegi uli tepung je nanti.


Ada lagi satu kedai cendol gua teringin nak pegi tapi tak pegi-pegi. Cendol order sekali, tambah banyak kali kat Senawang. Yang ni dulu ada masuk Majalah 3. Nama dia Cendol Leman Dawi. Tak sempat lagi gua nak singgah.


Tuesday, September 28, 2010

Senapang Mainan Mahal


Kalau anak-anak lu orang gi kedai mainan, ada jual senapang ni, lu orang tarik dia gi jauh-jauh..bawak la diaorang gi tengok kereta control race tin ke... lu orang takda la sampai terpaksa nak kena beli senapang Nerf yang beratus-ratus ringgit harganya ni. Anak gua serba memahami erti perkataan 'MAHAL'....

Monday, September 27, 2010

Open House Sana Sini


KL ni, kalau time raya memang kengkadang terlajak-lajak sampai lebih sebulan. Weekend tadi berkesempatan pegi beraya di beberapa rumah dan surau yang menganjurkan majlis jamuan hari raya. Gua juga berpeluang beraya ke rumah Ipin kat Ampang, walaupun terpaksa meredah jem yang menggila bila time lepas raya ni terutamanya weekend. Dengar citer masa hari sabtu tu ada yang sangkut sampai 3 jam time nak keluar dari KL.

Tapi bagi gua yang paling happening masa gua layan jamuan hari raya kat surau sebelah taman gua. Start pukul 7 malam gua yang jarang sangat gi sembahyang jemaah kat surau, tapi makan punya pasal, malam tu Maghrib Isyak gua jemaah kat surau. Setakat ni takda satu open house pun yang gua pegi buat BBQ segar. Tapi surau taman kariah gua buat BBQ hari tu. Ayam, udang, sotong, ikan, kentang, jagung...semuanya dibakar segar....

Friday, September 17, 2010

Thursday, September 16, 2010

Masuk Darjah 1


Gua rasa, setakat ni Jabatan Pendidikan Selangor antara yang paling advance la, sebab dah ada sistem daftar budak nak masuk darjah 1 secara atas talian (online). Lu buat la, macam mana pun, at last nanti sampai kat sekolah, kerani dia akan suruh register online jugak. Nak suruh diaorang buat, kena bayar...

Alkisahnya, si Najmi ni dah lambat daftar. Dia sepatutnya daftar darjah 1sebelum April 2010 lepas. Tapi Gua yang tak berapa reti ni, baru je daftar dia bulan July lepas.. Mula-mula nak la register kat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.. Alih-alih surat sampai, dapat la sekolah kat Kg. Melayu Subang... Gua dah tengok sekolah tu.Memang OK, cuma payah sikit nak hantar sebab tak sama laluan gua gi kerja. So tadi gua buat la rayuan mintak masuk sekolah baru kat Subang Perdana, Seksyen U3. Itu pun kena buat online jugak. Keputusannya, bulan 10 nanti baru dapat. Mintak-mintak OK je lah.

Kipas Syorga


Masa gua belajar kat UTM dulu, ada member gua ni namanya Besor. Dia telah menggelar kipas yang mengeluarkan wap air selalu kita nampak kat kedai mamak tu sebagai Kipas Syur**. Betul-betul merepek siak Mamat ni. Tapi bila ingatkan balik aku memang akan tersenyum...


Kalau ilmu lu tinggi, lu boleh nampak wap air keluar dari gambar kipas ni

Baru-baru ni aircond Panasonic 1HP kat bilik aku buat perangai. Tak sejuk langsung. Memandangkan masa tu aku tengah outstation, Ummi telah membuat satu langkah drastik dengan membeli sebuah kipas berdiri yang boleh mengeluarkan wap air. Mahal jugak harga kipas ni. Tambah separuh harga lagi boleh dapat dah kot aircon yang takda brand punya. Tapi memang best kipas ni...Sejuk je macam pakai aircon dengan kelajuan kipas 1 dan temperature 25 darjah celcius je la rasanya. Tetiap malam kena isi tong air dia, supaya wap air boleh keluar. Kalau sapa-sapa nak, boleh contact gua. Gua boleh tolong belikan..Gua mark up harga 30 ringgit je dah la...

Ni tangki air dia..Takleh letak ikan Nemo dalam ni.....