Sunday, March 14, 2010

Slalom

Malam tadi kat TV3 ada la tunjuk interview dengan trailer filem Evolusi KL Drift 2 arahan Shamsul Yusof. Masa KL Drift dulu, ramai yang cakap mamat ni syok sendiri sebab dalam filem dia ni, dia lah jadi director, script writer, hero dan jugak penyanyi lagu tema KL Drift tu sendiri. Maklum la, filem lain takda nak ambik dia jadi hero pun. Tapi pada aku, hasil kerja dia ni kira kemas jugak la. Aku rasa ini satu revolusi pengarah-pengarah muda kat Malaysia ni. Dia pun taknak la terikut-ikut style bapak dia dulu buat filem.

Tapi aku pernah terfikir nak buat cerita drift turun naik Genting Highland guna Avanza je. Kira macam Avanza ni jadik transporter pada guest yang nak naik atau turun dari genting tu la. Aku rasa kalau aku buat cerita ni, aku kena tune kereta aku kat Indon kot.





Siapa kata van tak boleh buat drift?

Saturday, March 13, 2010

GIGI


Ini bukannya write up pasal Kumpulan Gigi dari Indonesia. Jauh sekali si Nizam Gigi ex-guitarist Insurrection / Desecrate dari Singapore. Ini pasal operasi mencabut gigi Najmi yang gagal dilakukan malam tadi. Aku tak sampai hati tengok dia nangis. Kalu ikutkan si dentist (ummi dia), dia sentap je benang kat gigi Najmi tu.

ACM 2075 - Ekzoz Buang Sarang


Tahun 1995 - 1999 moto Suzuki RG Sports memang moto untuk "Banting" yang favourite di dalam kategori kapchai (Saing Yamaha SS 110 la masa tu). Budak JB masa tu panggil rempit "Banting". Aku beli moto ni 2nd hand masa tahun 1997. Moto ni keluaran 1994 (1st edition). CC 110 jek. Tahun 1997 tu jugak Suzuki keluarkan facelift version untuk RG Sports ni dengan kapasiti engine yang lebih besar, 120CC. Dia panggil Suzuki RGV 120. Tapi ramai jugak member-member yang pakai RGV tukar set kepala RG Sports 110 je sebab taknak riak (Kepala RGV memang tak lawo pun). Berikut adalah spesifikasi moto aku yang pernah naik top speed 170KM/h masa test kat Jalan Skudai pukul 3 pagi:

Modifikasi Suzuki RG Sports 110 (A)
- Set Depan RGV 120
- Port & Polishing pada engine block and piston (Korek blok la maksudnya ni).
- Carburator modification
- Ekzoz modification (Buang sarang)
- Racing Step
- Tuned By - Bengkel Ah Heng

Kenapa aku tulis RG Sports 110 (A) yer?? ... Hehe, moto aku tu takde clutch yang selalu menjadi kutukan kawan-kawan terutamanya Mat Zul dan Pak Wan. Disebabkan faktor kutukan tu lah aku mengambil keputusan untuk bikin moto tu kaw-kaw punya. Habis duit biasiswa aku satu semester. Moto aku ni akhirnya kena rembat kat rumah sewa aku di Taman Universiti (Jalan Kebangsaan). Malam tu aku lupa lock handle dan pagar pulak bebudak tak tutup malam tu. Enchek yang tidur kat ruang tamu pun tidur dengan begitu lena malam tu sampai tak sedar ada orang masuk.

Lepas moto ni hilang, aku claim insuran dan dapat la RM2500. Duit ni aku buat beli Moto Modenas Kriss 110 yang sampai sekarang elok lagi dipakai Abah aku kat kampung. Masa aku pakai Kriss, aku tak pegi lagi workshop Ah Heng sebab takut kena racun sekali lagi. Aku dengar cerita akhirnya Ah Heng mati sebab accident masa tengah test moto yang dia baru tune.

Agent Orange


Kejadian ni berlaku tahun 1993 di supermarket Fajar, Teluk Intan. Manusia yang bertanggungjawab terhadap perancangan projek ni ialah sahabatku Radin Mohd. Zaimusyahir. Semua ini dilakukan demi semangat Thrash Metal yang sedang meruap di dalam diri aku. Aku telah berjaya merembat kaset Sodom ni kat supermarket Fajar. Tapi sampai kat hostel je, kaset bertukar tangan dari sorang ke seorang dan akhirnya hilang begitu sahaja....

Saturday, March 6, 2010

Stadium Sultan Mizan


Aku balik kampung sebelah mertua aku kat Gong Badak, Kuala Terengganu minggu lepas (Masa Maulidul Rasul). Sempat la singgah kat Kuala Kemaman pekena sata (Aku rasa sata paling best kat Terengganu). Pastu on the way sebelum sampai Kuala Terengganu, singgah kat Keropok 008 kat Kuala Abang pekena keropok lekor 'gete' goreng. Keropok 'gete' ni dia tak rebus dulu. Dia gentel lepas tu terus goreng.

Aku bukannya nak cerita pasal makanan kat Terengganu ni sebab kalau aku cerita, memang macam-macam makanan yang best kat Terengganu ni yang aku kena cerita. Aku cuma nak share gambar Stadium Sultan Mizan yang runtuh bulan 7 tahun 2009 lepas tapi masih belum diperbaiki sampai hari ini. Aku dengar cerita, kerajaan Terengganu saja taknak betulkan Stadium ni sebab tempat ni jadik satu tarikan pelancung pulak kat sana sekarang. Masa dia elok dulu takda orang nak gi tengok pun. Sekarang dah runtuh, ramai pulak yang melawat (termasuk la aku, walaupun stadium ni hanya 5 KM je dari rumah mertua aku). Stadium kontroversi ini adalah satu mercu tanda tentang ketirisan perbelajanjaan kerajaan Terengganu yang menggunakan duit pemberian rakyat secara sesuka hati diorang saja. Bayangkanlah sekiranya masa stadium ni runtuh, kita atau ahli keluarga kita berada di dalamnya. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Kolej 6 Rugby Team


Aku pernah jugak aktif sport zaman muda-muda dulu. Masa Tingkatan 5 kat MRSM Balik Pulau aku diperkenalkan dengan permainan rugbi yang ramai orang cakap permainan yang agak ganas dan mudah mengakibatkan pergaduhan berlaku di antara team yang bermain. Mana taknya, masa tengah 'scrum' tu, macam-macam boleh jadik. Kalau kau nak tumbuk orang tengah scrum tu pun selalunya referee bukannya perasan pun.

Masa aku duduk kat Kolej 6 UTM, sempat la main 2-3 game wakil kolej sebelum aku tarik diri sebab aku ada masalah lulut yang injured sebab accident moto masa tunggu result SPM dulu. Aku main pun sebab Kolej 6 masa tu tak cukup orang untuk main. So aku sekadar memenuhkan korum. Gambar ni aku dapat masa browse facebook seorang rakan yang kebetulan ada gambar aku sebagai bukti aku pernah main rugbi untuk Kolej 6.

Punk Tampal-Tampal


Thanks Mau (Muhammed Abdullah Umar) sebab upload gambar ni kat Facebook dia. Aku memang takda simpan gambar-gambar zaman muda-muda dulu sangat sebab koleksi aku dah dimakan anai-anai busut di bawah katil Faozan masa zaman duduk kat rumah sewa Kg. Baru, KL. Aku pun tak tahu la macam mana aku boleh duduk kat rumah tu selama lebih 2 tahun. Bergelumang dengan anai-anai dan tikus yang lalu kat muka aku masa aku tido.

Patches-patches kat baju aku tu sebahagiannya aku buat sendiri. Tebuk kertas, pastu letak di antara kain dengan blok kosong, letak rubber dye (palatka kot nama dia), pastu ratakan guna sekuji. Semuanya secara DIY dan memerlukan kerja yang rajin dan teliti. Itulah semangat seorang Punk. Semuanya kalau boleh nak DIY. Semangat tu jugak la yang aku bawak hingga ke hari ini walaupun aku dah berkeluarga. Setakat nak tebuk dinding kat rumah untuk gantung frame, takyah la sampai nak upah orang. Pinjam drill dari member, pastu drill sendiri. Setakat nak tukar spring kereta Avanza aku kepada spring BMW E36, buat sendiri jek. Takyah gi bengkel pastu nak kena bayor upah RM25. Bila kita buat sesuatu secara DIY, walau macamana buruk sekali pun hasilnya, selalunya kita akan puas dan kita mengurangkan sedikit income kepada Sang Kapitalis di luar sana.

P/S: Tapi ada jugak patches yang aku beli dari Din Burung yang ternyata lebih halus hasil kerjanya. Mana Din Burung sekarang yer?

Bloody Death Goat


Jimbo. Kalau lu baca posting ni, aku nak rekemen kat kau band metal ni main kat mana-mana gig yang lu organize. Nama band "Kematian Kambing Berdarah" (Bloody Death Goat). Genre Javanese Melodic Death Metal (sebab sebahagian besar band member berketurunan Jawa). Aku copy paste review yang telah di 'translate' dari Majalah Rolling Stone tahun 1995.

Sebuah kugiran haram bawah tanah yang ditubuhkan di hostel SMKJ pada pertengahan tahun 1995 dan tidak mendapat izin dari pihak warden serta pengetua sekolah. Kugiran ini diberi name "Kematian Kambing Berdarah" atau dalam bahasa omputeh je Bloody Death Goat.Ia dianggotai oleh 5 orang pelajar yg tak baper tinggi IQ mereka. Muzik mereka lebih terarah kepada death metal serta diselang seli dgn unsur muzik Jawa dimana kebykkan anggotanya adalah keturunan Jawa. Meraka berjaya menghasilkan 1 demo tape yang bertajuk "Telinga Berdarah ditempeleng warden/Blood Ears got slap by a warden" yang mengandungi 4 buah lagi keras dan penuh kekejaman.Demo tape mereka telah terjual sebyk 100 unit dan dijual disekitar pasar lambak Sungai Sumun dan pasar pagi pekan Selekoh. Kugiran ini berkubur di akhir tahun 1995 apabila anggota kumpulan ini tidak setuju apabila pihak asrama meminta mereka menyanyikan lagu2 seperti Ukays,Spoon dan Scoin. Antara tajuk lagu demo mereka adalah:
Side A

1. Aku benci Kak Eton/I hate Kak Eton.
Dicipta oleh pemain gitar kugiran ini yakni Jikin the Evil killer(2 dari kanan). Lagu ini dicipta khas utk Kak Eton iaitu tukang masak dewan makan yg memasak makanan yg tak sedap. Lebih2 lagi bila masak ikan cencaru dimana sisik/jaket ikan tu tidak dibuang langsung.Apepunya malas la ini olang

2. Dimana kao kebumi bangkai itu/Where did u buried that carscass.
Lagu ni cipta oleh Amat the Godox menceritakan tentang kematian kucing kesayangannya. Walaupon berjiwa metal namun sifat cinta pada haiwan amat mendalam dalam jiwa Amat the godox ini. Kucing beliau bernama Tompok telah mati namun tiada sesiapa tahu dimana kubur kucing itu, sehinggalah hari ini.

Side B
3. Matematik buatku pening!/Math make me headache!
Lagu ini pula berkisar tentang kebencian angota kumpulan ni (yg berdiri kanan sekali) dgn mata menyorot ganas terhadap matapelajaran matematik. Walaupon hanya bermain tabla dan selaku backing vokal namun beliau tidak dpt menyelamai subjek matematik tersebut dengan baik.

4.Gundorowo/Gundorowo
Lagu ini tentang pengalaman ngeri budak hostel ini apabila disampuk oleh makhluk halus yakni lembaga hitam ketika membasuh seluar dalam pada jam 11 mlm di bilik air.

Full line up dari kiri ke kanan
Yahya the meat eater/Amat the Godox/Apis the witchhunter/Jikin the Evil Killer/Pozan the kuih Pow eater.

Gambar Gore Geli-Geli Minggu Ini


Jari sapa la ni... Gambar ini diambil di Bandung. Kira gore la jugak kan?

Blogspot - Kena block

Firewall kat office aku menyekat staff-staff untuk update blog masing-masing sejak 2 minggu lepas. Ini telah menambahkan koleksi-koleksi halaman web yang disekat di pejabat aku selain facebook, Malaysiakini (Pun sejak 2 minggu lepas), website-website MP3, etc. Aku punya streamyx application untuk Subang Galaxy sangkut sejak 2 bulan lepas. Alasan, Subang Galaxy tengah tunggu High Speed Broadband (HSBB) untuk disambungkan ke kawasan kami. Cabling dah siap. Aku dah tak larat nak activate broadband daily dari Celcom. Kalau laju takpa jugak.